39

6.5K 190 2
                                    

"Dahlah kak, pergi balik bilik kau.Aku nak tidur ni.."tegur Dhina padaku.

Aku masih lagi berbaring di katilnya menonton televisyen sementara mak sudah pun nyenyak tidur.

Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.Selepas bersiar-siar di ladang strawberi, kami mencuci mata di pasar malam dan makan malam di restoran seafood.

Tiba di hotel, Wahyu awal-awal mengatakan dia penat dan mahu berehat dahulu.Aku pula sengaja mahu melarikan diri daripadanya dengan memberi alasan mahu bersembang dengan mak.

"Ala..tak habis lagi kan cerita ni.Biarla aku tengok sampai habis.."

Padahal filem hindustan Dilwale Dulhania La Jayengge ini sudah sebati dalam otakku.Jika disuruh aku ulang dialognya pun aku boleh jika dicabar.

Dhina menggelengkan kepala mendengar alasanku.

"Habis, apa fungsi bilik kau ada tv jugak.Pergila tengok kat sana.."

"Wahyu tidurla.Nanti dia terjaga pulak.."jawabku memberi alasan.

Dhina sudah hilang sabar agaknya denganku.Adikku ini memang kasar sikit orangnya.Agaknya mak kempunan anak lelaki masa mengandungkan Dhina.

Tanganku ditarik dan aku ditolak keluar dari biliknya.Aku berpura-pura menangis dan meronta-ronta tak rela dihalau.

"Good night tuan puteri.Pandai-pandailah kau settlekan sendiri.."katanya sebelum menutup pintu secara kasar.Nyaris tanganku hampir dikepit.

Masuk ke bilik sendiri, perasaan seronok bergaduh dengan Dhina bertukar sayu melihat Wahyu sedang tidur di sofa.Dia sudah bersih bertukar baju, sejadah kelihatan berlipat menandakan solat isya' sudah ditunaikan.

Agaknya dia mahu aku benar-benar selesa dengan tidak berkongsi katil dengannya.

Aku mencuit lengannya.

"Wahyu.."kataku berulang kali sehingga dia tersedar dan mengusap-usap muka.

"Kenapa sayang.."agaknya tersasul kata-kata itu dari mulutnya.Aku tergelak.

"Tidur atas katillah.Nanti sakit badan.Esok kau nak drive balik.."

"Tak apa ke? Kau okay ke?" tanyanya seolah-olah memohon sesuatu yang serius daripadaku.

"Ok, tidur aje kan..."

Dia senyum dan bangkit membawa bantal serta selimut menuju katil.

"Jangan lupa jama' isya dan maghrib.."pesannya sebelum merebahkan badan semula.

Aku mengangguk sahaja.Wahyu nampak penat sekali.Agaknya keletihan memandu sejak pagi tadi.Dan yalah, katanya semalam tak nyenyak tidur kerana dipeluk aku.

Yelah.Aku juga yang salah.

Selesai mandi dan solat, aku berbaring di atas katil.Selimut ku tarik dan badan ku iringkan menghadap Wahyu. Dia tidur berdengkur halus, menandakan betul-betul nyenyak.

Pandangan ku halakan ke wajahnya namun fikiranku asyik terkenangkan bait-bait kata daripada Farah Hanim tadi.

"Siapa tu?"tanya Farah Hanim sambil matanya menghala ke arah Wahyu yang sedang leka berbual dengan mak dan Dhina.

Aku diam sahaja.Kami tidaklah terlalu rapat untuk aku bercerita tentang peribadiku.Kami hanya bertemu sekali dan itu pun dua tahun lalu.Apa haknya untuk mengambil peduli tentang diriku?

"I guess he not your ordinary friend.Nampak lain macam mesra.."Farah Hanim masih gigih mencucuk sisi peribadiku.

Aku menarik nafas.Rasanya aku harus menghentikan perbualan ini sebelum butang marahku menyala.

"Sorry, i rasa tak berapa sesuai la soalan you tu.Kita tak ada kena mengena dan tak kenal sangat pun sebenarnya.."

Farah tenang sahaja mendengar jawapanku.Anak kecil di sebelahnya ralit sedang menyuap aiskrim.

"You memang tak kenal I.Tapi I kenal you.You Dhia Qaireen binti Yusof, perempuan yang Mirza sibuk nak jadikan isteri.Tapi kesian Mirza, perempuan yang dia anggap naif dan baik macam you rupa-rupanya player.Ada boyfriend lain kat belakang dia.."

Aku memeluk tubuh.Cuba bertenang sebolehnya dan mengelak tanganku yang mulai gatal hendak menarik tudung Farah Hanim.

"Okay.I tak kisah pun you nak kata apa.Itu hak you.Hak mulut dan otak you untuk berfikir.I rasa mungkin you terlampau kuat tengok drama..."

Aku tergelak kecil.Tangan ku capai tisu di atas meja dan cuba mengelap mulut kanak-kanak di sebelahnya.

"Paling penting you bukan sesiapa pun untuk Mirza.Kakak dia pun bukan, wife dia pun bukan, girlfriend pun bukan.Atau maybe you ni reporter, lepas kena sack dari Magenta you tukar kerja ye? Jadi penyibuk hal orang.."

Kasar sedikit kata-kataku.Namun aku puas dapat membuatkan wajah Farah Hanim bertukar merah menahan marah.

Itu lebih menarik agaknya dari adegan tarik-menarik tudung.

I guess.

"Ni siapa? Adik you ke? Comel.Dah besar nanti mesti cantik macam you.."

Manis pula mulutku memuji Farah.Sebenarnya aku takut untuk berterusan perang mulut.Itu bukan caraku.

Farah Hanim menghela nafas.Dia nampak tenang sedikit dari tadi.Tangannya mengusap-usap rambut gadis kecil yang ku anggarkan x3 atau 4 tahun usianya itu.

"Dhia.."

"Yep.."

"You tahu tak kenapa I still jadi penyibuk hal Mirza?"

"Tak.."laju sahaja aku menyahut.Aku pandang wajah Farah Hanim tanpa perasaan.

"Ini Izzaty, anak I. Mirza ayah pada Izzaty, itu hakikat yang I nak Mirza terima walau dia tak nak mengaku sampai sekarang.

Aku tercengang mendengarnya.Biar betik?Maksudnya Mirza adalah suami pada Farah.

"I tak faham.Maksudnya you pernah kahwin dengan Mirza ke apa?"

"Ini anak yang lahir tanpa nikah..You faham tak? I ditinggalkan selepas Mirza dapat apa yang dia nak."

Aku mengetapkan bibir.Berat tuduhan Farah ini.Takkan Mirza sezalim itu.

"Tapi I tetap nak tuntut hak Izzaty.Walau Mirza tak nak mengaku.Walau dia kata dia tak pernah cintakan I.."

Aku menarik nafas panjang.Pening rasanya kepalaku mendengar cerita Farah ini.

"Betul ke you ni..?"

Dia senyum sinis mendengar soalanku.

"I rasa memang Allah takdirkan untuk I jumpa you kat Cameron hari ni.Untuk I minta tolong pada you.Tinggalkan Mirza.Dan untuk I tolong you supaya tak salah buat keputusan.."

Aku memandang sahaja wajah Farah Hanim lama.Tak tahu reaksi apa yang patut ku tunjukkan.

"Entahlah Farah.I pun tak tahu nak kata apa.By the way thank you for sharing this story.I fikir dulu."itu sahaja jawapanku dan aku terus berlalu mendapatkan Wahyu, mak dan Dhina.

Jika betul apa yang diceritakan Farah, patutkah aku menimbangkan lagi lamaran Mirza?Apa nasib Izzaty?

Paling penting, lelaki sebegitukah yang patut aku kahwini dan tinggalkan Wahyu yang setia menunggu aku selama ini?

Jari kelinking Wahyu ku taut dengan jari telunjukku.Aku memejamkan mata.

Kenapa aku bodoh tinggalkan kau dulu Wahyu? Kini segalanya serba tak kena.

Sekarang sebelah kakiku telah melangkah ke alam fantasi milik Mirza yang aku idam-idamkan, walau menerima cerita buruk tentang Mirza, perasaan tamakku bagai menghalang aku tinggalkan dirinya.

Jemari Wahyu terasa menggenggam kuat tanganku.Aku membuka mata.

Mata kami bertentangan.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now