♡ Enam ♡

7.2K 193 2
                                    

Bunyi notification sms mengejutkan aku daripada lena.

Daripada Wahyu.

"Dhia, bangun solat subuh.Lepas subuh nak tidur balik pun tak apa, tidurlah"

Aku bangun perlahan.Seminggu lebih pernikahan kami, Wahyu setia mengejutkan aku untuk bangun Subuh.

Seperti yang dicadangkannya, selepas solat Subuh, aku kembali menarik selimut.Hujan lebat di luar lebih menyebabkan aku malas untuk memulakan hari.

Aku tersedar jam 8 pagi. Keluar dari bilik, ada sekeping nota ditampal di televisyen.

"Aku gerak dulu.Sarapan ada bawah tudung saji.Lauk untuk tiga hari ni ada dalam fridge.Panaskan guna microwave aje.Kalau takut,pergi balik rumah mak.Aku dah isikan minyak kereta.Ada RM200 aku dah letak atas peti ais buat belanja.Tunggu aku balik Khamis ni.."

Like..serius? Punya panjang lebar nota dia.

Aku menjenguk ke dapur.Bawah tudung saji ada bihun goreng dan jemput-jemput.

Peti ais bahagian atas ku buka.Deretan bekas makanan berisi lauk tersusun rapi.

Dia ni takut aku kebulur ke apa? Aku isteri ke suami sebenarnya? Memang aku tak payah masak eh?

Elleh, nak ambil hati aku lah tu.Nanti bila aku dah mula suka  pada dia, entah-entah aku jadi babu dalam rumah ni.

Aku makan ala kadar untuk mengisi perut.Kemudian duduk di ruang tamu untuk menonton televisyen.

Rancangan bual bicara di TV3 tidak berapa menarik hatiku.Tetapi kemunculan seorang pakar motivasi memanggil perhatianku.

"Kita tak boleh mengharapkan orang lain atau persekitaran untuk mendapat apa yang kita nak.Kita yang harus kejar mimpi kita.Go for it!"

Go for it !

Kata-kata itu asyik berulang-ulang di dalam kepalaku sehingga waktu tengahari.

Adakah aku harus menunggu Wahyu untuk mencapai cita-citaku?

Berapa lama lagi Wahyu akan menjadi jutawan?

Suami jutawan..itu cita-cita aku.

Dalam kepalaku terus terbayang Kak Nurbaiti, fasilitator dari UiTM yang ku kenali saat Kem Bina Semangat anjuran kolejku tahun lepas.

Kami pernah berhubungan sekali sebelum ini melalui aplikasi Facebook dan dia ada memberikanku nombor telefonnya. Katanya dia sekarang sudah bekerja sebagai designer butik terkenal di Damansara.

Aku terus membuka aplikasi whatsaap dan memulakan langkah pertama.

Assalamualaikum, Kak Baiti.Dhia Qaireen ni dari Sabak Bernam. Apa khabar?

Aku menunggu.Tak sampai seminit dia membalas.

Waalaikumussalam.Dhia.Thank you sudi contact akak. Akak sihat. Ada apa-apa ke Dhia contact akak ni?

Pucuk dicita ulam mendatang.

"Dhia nak tanya kalau akak tahu ada peluang kerja kat mana-mana.Plus Dhia nak tumpang sekali rumah sewa akak.Kalau akak tak keberatan la..Dhia betul-betul desperate perlukan kerja sekarang.."

Aku ketepikan malu kali ini.Jika tak mula, takkan dapat hasilnya.Jika tak bertanya,aku tak akan ke mana-mana.

"Allah...macam tahu-tahu aje Dhia ni..Boss akak memang suruh cari assistant butik.Rumah sewa tak apa.Dhia dialu-alukan duduk dengan akak.Memang akak duduk seorang.."

Yeay !! Aku menjerit sekuat hati.Tak sangka percubaan pertama aku kali ini terus berhasil.

Kak Baiti menghantar lokasi rumah sewanya. Aku menganggarkan akan tiba di rumahnya jam 7 malam.

Sabak Bernam -Kuala Lumpur hanya dua jam. Jika aku bergerak selepas asar, pasti aku akan tiba pada waktu maghrib.

Tapi beranikah aku memandu sejauh itu? Tak apa Dhia, you can do it!

Tapi bagaimana mak, Dhina dan Wahyu?

Tak apa Dhia, untuk mencapai sesuatu, ada sesuatu yang bakal terkorban.

Tak apa, Wahyu ada.Mak dan Dhina akan selamat dengannya.

Dhia, go for it!

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now