♡ 20♡

6.7K 150 1
                                    

"So, you tak nak tanya apa yang jadi between me and Farah? " tanya Mirza tiba-tiba.

Aku sedang asyik menyaksikan tarian klasik India yang dipersembahkan di atas pentas di hadapan kami. Seorang penari wanita penuh gemalai menari sambil diiringi tiupan seruling dan petikan alat muzik seakan gitar oleh dua lelaki di sampingnya.

Aku memandang Mirza dan mengangkat bahu.

"Entah, not my own business..Kalau you nak cerita, I sudi dengar. Kalau tak nak pun tak apa."jawabku cuba untuk menjauh dari permasalahan mereka.

"I decide to sack Farah, but takkan ambil legal action pada dia. Biarlah dia teruskan her business."

"Bagus, good move.Let it gone by gone kata orang kan..Lagipun benda dah jadi, betul tak?"kataku menyokong tindakan Mirza.

Aku tahu bukan mudah keputusan ini buat Mirza.Tetapi aku pasti dia telah berfikir apa yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

"Kalau diberi pilihan, I tak nak Farah tinggalkan Magenta.She part of Magenta..Tapi I kena adil untuk company.."luah Mirza.

Alahai sedih pula aku mendengarnya.Tertanya-tanya pula aku siapa Farah Hanim di dalam hati Mirza.

"I tak tahu she have a feeling for me..Kesian dia.She must think that I used her only.."

Ditipu dan dikhianat pun, Mirza tetap menyimpan rasa kasihan pada Farah.

Adakah dia sememangnya berhati mulia ataupun Farah mempunyai sisi istimewa di hati kecilnya.

"Ataupun you memang dah terover attention to her tak? Sebab tu dia rasa you only playing game with her?"tekaku selamba.

Aku mahu memukul mulut sendiri yang tidak berlesen ini.Simpan dalam hati sahaja cukuplah apa yang aku rasa.

"Maksud you?"Mirza memandangku.

Aku memikir kata-kata yang sesuai sedang mataku masih pegun memandang tarian di hadapan

"Emm..just like tonight.You only know me tak sampai sebulan pun.Tapi tengoklah the way you treat me.Baju mahal-mahal..dinner like a queen..I bet you dah berhabis almost ten thounsand only for me."

Aku mengetap bibir.Masih lagi belum sampai ke maksud sebenar.

"Kalau I yang baru first time date pun you dah treat macam ni, I guess Farah receive more than this.Plus your ultimate attention to her, mestilah dia ada hati dekat you.Takkan itu pun you tak boleh nak fikir."

Okay, sah.Mulut aku memang perlu diplaster.

Mirza mengeluh. Entah apa yang difikirkannya.

"I betul-betul tak faham perempuan.Sorry to say ye Dhia.I memang suka manjakan perempuan.I suka tengok ladies happy when I treat them.Tapi tak perlulah nak ada feeling in love.Tapi tak semua macam tu.Ada juga yang faham that our limit only friend."Mirza memandangku.Jus markisa di hadapannya disedut perlahan.

"Itulah bezanya perempuan dan lelaki kalau you nak tahu Mirza.Allah jadikan perempuan ni very soft inside.Dia mudah tersentuh, mudah rasa dihargai walaupun sekecil-kecil perhatian yang you bagi.Tapi once you cari pasal, you wont recognize her softness anymore.."hujahku.

Mirza mengangguk-anggukkan kepala.Entah setuju entah tidak dengan kata-kataku.

"But you are different Dhia..You tahu tak? You ada kelas sendiri.Bukan sekadar cantik tapi you are amazing"puji Mirza.Suaranya lembut dan matanya merenungku penuh menggoda.

Aku mengangkatkan kening.Kemudian aku tergelak.

"Apa yang amazingnya?Baru dua kali keluar sama you dah boleh detect what kind of person I am, hebatnya.."aku mengejeknya.

Memang sweet talker.Dia boleh berharap perempuan tidak akan terbuai dengan layanan sebegini.Dengan syarat perempuan itu gila.

Aku? Ada sedikit debar sebenarnya untuk menanti kata-kata pujian selanjutnya dari bibir merah Mirza.

"You berani nak basuh otak I.Nasihat I macam kaunselor entah dari mana.Padahal you are my staff.Indeed, you are so young..."

Gulp.Aku menelan liur.Ini pujian atau makian sebenarnya? Dia marahkah aku asyik bermulut lepas?

"You marah I ke?"tanyaku.Suaraku kawal agar perlahan sahaja untuk mempamerkan aksi kesal.Huhu.

"Nak marah kenapa? I berterima kasih pada you sebab tunjuk I jalan settlekan isu with Bangsar branch.Then masalah Farah.Kalau you tak ajak I siasat, mesti sampai sekarang I kena tipu.."

Aku senyum lega mendengar pengakuannya.

"Thats why I nak bagi you hadiah.Give me your hand.."pinta Mirza.

Aku teragak-agak menyuakan tangan kananku.

Mirza mengeluarkan seutas rantai tangan.Permukaannya bertatahkan batu-batu berlian kecil yang sungguh unik.Aku mengetapkan bibir sahaja apabila dia mengenakan rantai tersebut ke pergelangan tanganku.

"Cantik.Padan dengan you.."

"Apa ni Mirza? Dah banyak sangat you belanja I..Nanti kalau I ter"fall in love" with you, jangan menyesal.."kataku pura-pura mengugut.

Sedang hatiku berbunga ceria.Rezeki terpijak lagi hari ini.

"I memang nak you falling in love with me..."Mirza menjawab perlahan.

Bibirnya menguntum senyum.Jari jemarinya mengusap-usap permukaan tapak tanganku.

Perlahan-lahan wajahnya dirapatkan padaku.

Oh no!

Aku menarik tangan dan terus bangun.

"Sorry, I nak pergi tandas sekejap..."kataku dan terus keluar dari bilik tersebut.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now