♡ 28 ♡

5.8K 149 0
                                    

"Lambat turun..I dah tunggu setengah jam..."kata Mirza dalam nada merajuk dibuat-buat. Aku memandangnya sambil tersenyum manis.

Mirza bersandar di kereta berwarna merah cili yang tak pernah aku lihat sebelum ini.Kereta baru mungkin.Porsche 718 jika aku tak salah meneka.

"Cantik kereta.Bau kedai lagi.."pujiku sebaik sahaja masuk ke tempat duduk di sebelah pemandu.

"Your dream car kan?"tanya Mirza sambil menghidupkan enjin.Aku menoleh untuk melihat ruang belakang.

"Haah,pandai you teka.."kataku.

Teringat hari pertunjukan fesyen di Bukit Bintang bulan lepas, seorang daripada rakan niaga Mirza memandu kereta seperti ini, aku memandang tidak berkelip.

Aku jatuh cinta terus buat kali pertama melihat Porsche 718 ini.Gabungan gaya elegan dan berani terasa serasi dengan diriku.

"I tengok you pandang macam nak makan Porsche William last month.."usik Mirza.

Aku memandangnya tidak percaya.Malunya, nampak sangat aku tidak pandai mengawal keterujaan.

"Ye ke, malunya!"aku menjerit kecil dan menutup muka.

"Tak payah malulah..normal lah tu.Sometimes its hard to hide our emotions bila nampak something yang kita suka.."pujuk Mirza.

Aku senyum semula mendengar kata-katanya itu.

"Macam I nampak you for the first time..macam cinta pandang pertama orang kata.."tambahnya lagi.

Aku menjeling manja mendengar ayat-ayat romantisnya itu.Spontan tanganku mencubit lengan kirinya yang sedang memegang stereng.

Dia mengaduh kecil.

"Dah breakfast?"tanya Mirza

"Dah..makan sikit tadi lepas subuh.."

"Oh, okaylah tu.I pun dah breakfast sikit pagi tadi.Boleh kita terus pergi tempat yang I nak bawak you tu.."

Usai subuh tadi aku sempat menjamah Cornflakes bersama susu segar.Sengaja makan di awal pagi, takut terserempak dengan Kak Baiti.Tak sangka bertembung juga dengannya saat aku mahu keluar tadi.

"Balik kampung minta cerai atau clash dengan Mirza, balik kampung terus.."

Naik bulu romaku apabila teringat kata dua dari mulut Kak Baiti tadi.Tak pernah aku melihat dia setegas ini.Rahsia besar dariku berjaya mengeluarkan singa dalam dirinya.

Sebenarnya apa yang dikatakannya benar.Sampai bila aku harus hidup sebegini.Seolah-olah berdiri di atas tali yang halus, segalanya salah untuk diriku.

Tapi aku takut berhadapan dengan masalah.Aku takut berdepan dengan Wahyu.Aku takut menghadapi raut wajah mak yang semestinya membenciku.

Ah, biarlah.Biar masa menentukan.Seketika aku menyumpah diri sendiri di dalam hati, kata-kata itu bagaikan sebati di dalam diri.Sebagaimana teruk aku diamuk rasa bersalah, akhirnya aku membiarkan sahaja segalanya berlalu.

"Jom, dah sampai..."

Aku memandang ke luar tingkap. Dalam tak sedar aku asyik berfikir, akhirnya tak sedar aku dibawa ke mana.

Aku keluar dari kereta dan melihat kami berada di bahagian basement tempat letak kereta.

"Kita dekat mana ni?"tanyaku.

"Tulah, menung aje.Kalau I culik you pun, you tak sedar kan?"usik Mirza.

Aku mencebik sahaja dan terus melangkah di sebelahnya menuju lif.Mirza meletakkan kad akses ke bahagian pengesan dan automatik lif terus ditutup pintunya dan bergerak ke tingkat atas.

Tiba di tingkat 13, pintu lif dibuka dan terus membawa aku ke bahagian dalam sebuah kondominium mewah.

Aku mengikut sahaja langkah Mirza di hadapanku.Mulut bagai terkunci kerana terlampau kagum.

Mungkin kerana masih kosong dan tidak diletakkan sebarang perabot, kondominium itu terlalu luas.Mungkin tiga kali ganda lebih luas dari apartment Kak Baiti.

Ada tiga bilik tidur semuanya.Setiap bilik dilengkapi bilik mandi tersendiri.Dari ruang tamu bersambung dengan balkoni.

Di balkoni rupa-rupanya terdapat kolam renang kecil.Sesuai untuk seorang dua berendam sambil mencuci mata melihat pemandangan atas bandar.

"Subang Jaya kan?"tanyaku pada Mirza.Sayup-sayup aku melihat mercu bangunan Empire Hotel.

"Yelah.Kita ke sini pun you tak sedar kan.memanglah you ni kuat berangan.."Mirza mencuit hidungku.Aku tersengih sahaja, malu.

"Rumah you ke?"tanyaku.

"Rumah I, baru aje dapat kunci, you suka?."tanya Mirza pula.

Aku mengangguk sahaja.Untunglah jadi orang kaya.Beli rumah semacam membeli baju.Rasa perlu dan tertarik, terus beli.

"Baguslah you suka, sebab rumah ni you akan duduk sini.."

Aku membulatkan mata mendengar kata-katanya itu.Seriuskah dia?

"Nak buat apa I nak duduk rumah you? "tanyaku bodoh.Sebenarnya dalam hati aku bagai dapat mengagak Mirza mempunyai misi penting pagi ini.

"Sebab I nak bagi you.."jawabnya lagi.

Aku menarik nafas dan memandang Mirza lama.

"Kenapa pulak you nak bagi I? You dah bagi I hadiah macam-macam..takkan sampai nak bagi rumah pulak.."kataku cuba menjual mahal dan tak mahu kelihatan terlalu teruja.

"Hari tu you nak bukti kan sama ada I serius pada you atau tak..betul tak? "tanya Mirza.

Dia membalas renunganku lembut.Tangannya cuba untuk mencapai tanganku.Aku melangkah setapak ke belakang dan melarikan mata.

"Alah..dengan Farah Hanim pun you hadiahkan rumah kan..So maknanya dengan dia pun you serius kan?'

Aku membangkitkan persoalan tentang Farah Hanim kali ini, sengaja hendak mengujinya lagi.

"Farah lain..Dia my staff. That house as a gift to her, to appreciate her hardwork, untuk you lain..."jelas Mirza.Dia terhenti di hujung kata-katanya.

"Untuk I lain kenapa?"aku terus menyampuk.Mahu Mirza meneruskan kata-katanya.

Aku lihat Mirza mengeluarkan sesuatu dari poket seluar jeansnya. Perlahan-lahan dia membuka bekas cincin yang diletakkan atas tapak tangan kirinya.

"Apa ni?"tanyaku bodoh seolah-olah tak pernah melihat cincin.

Sungguh, aku terkejut kerana reaksi Mirza pagi ini agak berlainan dari gayanya yang biasa.Dia nampak sungguh serius saat merenung aku tika ini.

"You lain.I nak you ambil rumah ni sebab I nak tinggal sama-sama dengan you.As husband and wife.Dhia Qaireen, please marry me.."

Bagai watak dalam cerita Cinderella, aku ternganga akibat terkejut menerima lamaran.

Bezanya Cinderella terkejut dan gembira.

Aku pula terkejut dan panik.

Bagaimana aku nak menerima lamarannya kerana perempuan mustahil untuk berkahwin dua?

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now