♡ 33 ♡

6.8K 184 9
                                    

Wahyu Hanafi

Aku melepaskan nafas perlahan-lahan setelah betul-betul ku pastikan Dhia tidur.Sesak nafasku asyik bertahan sejak dia mula naik ke atas katil.

Berkesan juga taktikku sengaja membolot kesemua bantal dan selimut malam ini.Akhirnya dia kalah dengan ego sendiri.

Terasa lapangnya dunia apabila wanita yang aku rindu selama ini baring serapat mungkin denganku.Tangannya yang halus memeluk tubuhku membuatkan aku rasa penuh.

Mustahil aku tidur malam ini.Biarlah aku berjaga dan menatap indahnya ciptaan Tuhan sepanjang malam ini.

Jariku perlahan-lahan mengusap rambutnya, mengusik perlahan hidungnya yang mancung, pipinya yang penuh dan akhirnya bibir yang merah itu.

Ku tahan sahaja perasaan di dalam diri yang lazim untuk semua lelaki.Sejak dia keluar dari bilik air tadi, aku sudah tidak tenteram.

Indahnya Dhia tanpa secalit make up dan kelihatan segar sekali selepas mandi.Akhirnya perkara paling selamat aku boleh lakukan ialah dengan buat-buat tidur.

Seperti yang aku harapkan dia naik juga ke atas katil dan berkongsi selimut denganku.Namun yang paling aku tak sangka dia melanggar undang-undangnya sendiri sewaktu mula-mula kahwin denganku agar tidak baring berdekatan.

Selama ini aku melihat sahaja Dhia dari jauh, hampir setiap minggu malahan kadang-kadang tiga kali seminggu aku turun ke Kuala Lumpur semata-mata hendak melepaskan rindu.

Cukuplah dapat melihat dia gelak dan ketawa.Rasa senang hati apabila melihat dia selamat.

Walaupun aku kerap panas hati melihat dia keluar dengan lelaki kaya itu,tapi aku menahan sahaja rasa marah.

Selagi Dhia tahu menjaga maruahnya dan batasnya, aku masih mampu bertahan.

"Abang, berdosa tau abang biarkan Kak Dhia macam tu.."Dhina selalu memberikanku nasihat.

"Seret aje dia balik abang.Dhina pun tak sanggup abang jadi dayus macam ni.."saran Dhina lagi.

Mak pula (mak mertuaku atau mak Dhia) pula selalu memberikan bayangan.

"Kalau Wahyu dah tak ada apa-apa ikatan dengan Dhia pun, mak tetap anggap Wahyu anak mak.Mak sedih tengok Dhia buat Wahyu macam ni.."

Mungkin mak dan Dhina rasa bersalah kerana Dhia ada pertalian darah dengan mereka.Dan tindakan Dhia sedikit sebanyak mengaibkan mereka.

Tapi sanggupkah aku melepaskan satu-satunya perempuan yang aku cintai sejak kecil?

Namun aku bertuah abah dan ummiku (ibu dan bapa kandungku) memberi sepenuh sokongan padaku walau apa jua yang aku lakukan.

"Doa banyak-banyak Wahyu.Solat hajat tiap-tiap hari.Cepat atau lambat Dhia akan balik semula.."nasihat abah selalu.

Mungkin mereka menghormati perasaanku terhadap Dhia yang bukan menyayanginya sekadar kawan sejak kecil.

Sejak usia 16 tahun, abah sudah mengetahui rahsiaku yang mahukan Dhia sebagai pasangan hidupku.

Justeru itu, aku sentiasa yakin doa-doaku setiap hari akan dimakbulkan Allah.Cepat atau lambat aku tak tahu.

Yang pasti Dhia secara sahnya memang isteriku.Aku mahukan dia rela hati kembali padaku.Bukan lagi dalan keadaan dipaksa.

Aku yakin inilah masanya.Allah sedang perlahan-lahan menunaikan permintaanku.

Sekembalinya Dhia ke kampung dengan hajat untuk berpisah denganku adalah batu loncatan agar dia lembut hati menerimaku.

Hela nafas Dhia sewaktu tidur menenangkanku.Aku menarik tangannya agar memelukku lebih erat.

Sedar tak sedar jam sudah pun 6 pagi.Azan dari masjid berdekatan membuatkan aku sedar waktu indah ini sudah pun berakhir.Perlahan-lahan aku merungkai tangan Dhia dan segera membersihkan diri untuk ke masjid.

"Wahyu.."suara mak memanggilku dari luar pintu.Agaknya dia mahu mengajak aku ke masjid.Aku mencapai kopiah di atas meja solek.

Aku melihat Dhia yang masih nyenyak tidur.Sesekali tangannya bergerak-gerak mencari sesuatu.Cari akulah tu!

Tak pernah aku sangka Dhia mempunyai tabiat tidur yang susah dikejutkan.Dahulu rasanya tidak begini.Walau saat aku dukung dia dari pejabat masuk ke kereta semalam, dia langsung tidak tersedar.

"Ye mak, saya dah siap.Nak ke masjid ye..?"

Aku membuka pintu seluasnya.Membiarkan mak dapat melihat anak sulung yang dirinduinya itu.

Aku lihat mak terpaku memandang Dhia di atas katil.Ada air mata mengalir perlahan-lahan di pipinya.

Mak mengesat air mata di pipinya.

"Mak tunggu dekat kereta.Kejutkanlah isteri tu bangun subuh.Entah berapa lama tak solat subuh agaknya dekat KL tu..."pesan mak padaku.

"Baik mak.."kataku dan melihat sahaja emak berlalu.Huh, mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Sama-sama ego.Aku tahu mak rindukan anaknya yang seorang ini walau tak pernah dia luahkan walau sekali pun.

Aku duduk di tepi Dhia.Ku tepuk-tepuk pipinya yang gebu itu.

"Dhia, bangun.Subuh.."

Dia cuma mengeliat sahaja.Aku tepuk-tepuk pipinya lagi.Liat betul dia hendak membuka mata.

Dalam cahaya lampu bilik yang terang dan jarak yang hampir, aku terpesona sekali lagi dengan kesempurnaan wajahnya.

Entah kenapa laju pula bibirku mahu turun mencium dahinya yang luas itu. Mungkin terlalu bahagia agaknya dia ada di depan mataku.

Tiba-tiba Dhia membuka matanya.

"Hah, apa kau nak buat..??"Dia terus bangun dan aku pula tak sempat mengelak.Kepala kami bertembung dan terhantuk kuat.

"Aduh..."aku mengerang sambil memegang dahi.

"Kepala batu ke? Kerasnya..sakit.."aku mengusap-usap lagi dahiku.

Dhia memandangku tajam.

"Apa kau nak buat tadi?"tanyanya dengan mata yang sudah kelihatan segar.Terkejut agaknya.

"Aku nak kejutkan kau..Mak suruh kau bangun subuh.."aku menjawab.

Mukanya berubah apabila aku menyebut nama mak. Fuh, selamat ada idea menggunakan nama mak.

"Mak nampak aku tadi ke?"tanyanya.Ada gusar dalam suaranya.

"Nampak.Aku nak pergi masjid dengan mak ni.Pergi mandi dengan solat subuh.Jangan tidur balik.Nanti susah nak kejut.."panjang arahanku kali ini.

Saja seronok melihat dia mencebik tiap kali aku membebel.

"Yelah..Ingat ye..kau jangan cuba-cuba nak cium aku.Aku tahu apa kau nak buat tadi.."tiba-tiba dia memberi amaran.

Aku mengangkatkan punggung dan pergi ke pintu.Ketinggalan jemaahla jawabnya mak pagi ini dek aku disoal siasat Dhia.

"Tadi memang aku mengaku nak cium kau.Tapi siapa yang mula-mula naik katil himpit aku tidur.Siap peluk-peluk aku.Sesak nafas tahu tak dibuatnya.."

Aku sengaja mahu membuat Dhia malu.Mukanya bertukar merah.Sebiji bantal dibaling tepat ke arahku.Aku tergelak dan cepat-cepat keluar dari rumah untuk mendapatkan mak.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now