♡ 30♡

6.5K 156 2
                                    

"Apa lagi tu..kau nak masuk ke tak nak?"

Muka Wahyu betul-betul di hadapanku.Aku terkejut.Ya Allah, lamakah aku termenung hinggakan segala memori dua tahun ini laju terimbas kembali.

"Yelah, aku masuk.."aku mengekori langkahnya masuk ke dalam bangunan pejabat kilang padi milik arwah bapaku sambil diperhatikan beberapa orang pekerja.

Tiap kali bertembung ada sahaja pekerja yang menegur Wahyu

"Boss.."

"Boss, cantik awek.."ada juga yang nakal selamba mengusiknya. Wahyu mengangkat tangan, sporting sahaja dia.

Aku pula buat tidak faham.

Seumur hidupku ini kali pertama aku masuk ke kilang padi ini.Pertamanya aku memang tidak berminat langsung hendak ambil tahu apa-apa urusan tentang kilang ini.Keduanya, aku telah tetapkan dalam otakku Wahyu yang akan uruskan kilang ini.Kerana aku tahu walaupun dia tiada kaitan darah dengan arwah ayah, dia sungguh-sungguh mahu membantu ayah di kilang ini.

Sejujurnya, kilang ini tidaklah terlalu buruk seperti yang aku sangkakan.Laluan menuju ke pejabat dan bahagian pemprosesan kelihatan teratur dan kemas.Staf-staf juga kelihatan kemas semuanya berpakaian seragam.

Susunatur perabot dan carta-carta di bahagian dinding juga kelihatan sistematik dan moden.Tertanya-tanya juga olehku adakah suasana ini sememangnya diwarisi daripada zaman arwah ayah masih mentadbir atau Wahyu yang membawa perubahan.

"Aku ada meeting lagi ni..nak masuk sekali ke nak tunggu dulu?"tanya Wahyu sebaik kami tiba di laluan yang memisahkan 2 bilik bertentangan.

Di bahagian kiri bilik mesyuarat rasanya. Beberapa orang pekerja termasuk seorang wanita melihat kami di sebalik dinding kaca bilik tersebut.

"Aku tunggu tempat lainlah..Malulah orang tengok.."jawabku. Wahyu membuka pintu bilik di sebelah kanan. Dia membuat isyarat tangan menyuruh aku masuk. Baru aku sedar nama Wahyu tertera di pintu tersebut.

Pengarah Urusan
Wahyu Hanafi bin Waliuddin

"Duduklah dekat sini dulu.Dah habis nanti aku datang.Kalau lapar dalam laci tu ada biskut, ada kopi.Bancuh sendiri.Ada air panas dalam heater tu, Boleh baring kat sofa tu kalau penat duduk.."panjang Wahyu memberikan arahan seperti biasa dirinya.

Seketika terubat rindu di hatiku mendengar kata-katanya yang berbentuk arahan itu.

Dia ini langsung tak pernah berubah.Suka membebel macam mak nenek.Agaknya aku ini nampak seperti budak darjah enam, semua hendak diberitahu.

Aku mencebikkan diri tanda meluat.Terus menghempaskan punggung ke sofa.

Geramnya pula rasa di hati. Sudahlah misiku hendak mendapatkan tandatangan dalam setengah jam gagal, terpaksa pula menunggu dia di sini.

Tak apa Dhia.Hanya orang yang sabar akan dapat hasil.

"Kalau nak solat jalan terus nanti kau nampak surau.Toilet pun dekat-dekat situ.."Wahyu tak habis lagi bercakap.

"Dahlah..kau tak nampak ke semua orang pandang tu.."marahku. Aku memuncungkan bibir ke arah bilik mesyuarat.Semua sedang memandang ke arah kami. Sebaik sahaja melihat aku memandang ke arah mereka, masing-masing mengalihkan pandangan semula. Kecuali wanita yang seorang itu.

Rasanya ini wanita yang sama duduk di sebelah Wahyu sewaktu aku terserempak dengan Wahyu dua tahun lalu di Bangi. Dia masih bekerja di sini rupanya. Betulkah dia ada hubungan istimewa dengan Wahyu?Iman seingat aku namanya.

Wahyu masuk ke dalam bilik mesyuarat itu. Dia duduk setentang denganku manakala wanita bernama Iman itu di sebelahnya. Mesyuarat mereka kelihatan santai. Sesekali mereka tergelak besar. Iman pula asyik berbisik pada Wahyu, alahai gediknya!

Setiap kali aku mencuri pandang ke arah Wahyu, pasti lelaki itu sedang melihatku juga. Risaulah tu agaknya aku menyelongkar hartanya di dalam bilik ini. Mejanya berselerak dengan timbunan kertas dan buku.

Sedar tak sedar aku duduk di situ sudah mencecah empat jam lamanya. Hari pun sudah masuk petang.Aktivitiku sejak tadi bermain game di Iphone, menghabiskan biskut milik Wahyu dan mengumpat di dalam hati kegedikan Iman yang asyik berbisik dengan Wahyu.

Rasa bosan, aku mencapai sebuah buku pengurusan. "360 Leader"dari atas meja Wahyu, Sehelai demi sehelai aku baca, sekadar mengisi masa. Tiada yang menarik pun tulisan ini memandangkan bukan genre kesukaanku, jika buku fiksyen atau pun berkisar fesyen barulah menarik minatku.

Sekeping gambar jatuh. Gambar aku ketika usia 12 tahun dan Wahyu ketika di usia 13 tahun. Gambar ketika dia sekeluarga beraya di rumahku. Aku memakai kurung biru manakala dia pula sedondon berbaju melayu biru.

Comel pula aku dengan rambut ditocang dua. Wahyu pula seperti biasa. Seawal tingkatan 1 dia sudah mengumpul peminat dari kalangan remaja-remaja perempuan kampung kami. Dirinya memang dilahirkan berwajah tampan dan kelihatan matang sejak kecil.

Tak sengaja aku terlihat tulisan di sebalik gambar tersebut.

Dhia Qaireen
My First and Last Love

Aku menelan air liur. Cepat-cepat aku memasukkan semula gambar tersebut ke dalam buku. Mata ku intai untuk melihat Wahyu di sebelah sana. Memang dia sedang merenungku tajam. Marahkah dia aku menjumpai gambar ini?

Aku menarik sedikit bidai untuk melindungi pandangan dari luar. Terus berbaring di atas sofa untuk menghilangkan rasa sengal di badan.

Maksudnya dari Form 1 Wahyu sukakan aku lebih dari kawan? What the fish? Kenapa dia tak pernah beritahu?

Tak tahu apa perasaanku ketika ini.Yang pasti ada rama-rama di dalam perutku dan hatiku juga terasa mekar berbunga-bunga.Bahagiakah aku bila mengetahui seseorang mencintaiku sekian lama,

Ah sudah Dhia!!Fokus pada tujuan asal.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now