43

7.2K 211 2
                                    

DHIA QAIREEN : "Kita bincang semula syarat nombor 2 bila free.Tak boleh rush buat keputusan."

Sent.

Message Received

WAHYU HANAFI: OK, BINCANG LEPAS NI KAT BILIK.MUST FINALISED TODAY ASAP.

"Hai, dah bercinta sikit punya lama masa ambik makanan still nak main whatsaap.Duduk sebelah-sebelah pulak tu...."perli Dhina padaku dan Wahyu.

Kami serentak tergelak.Pandai Dhina meneka.

"Bagi can la adik..Abang nak lepas rindu..Betul tak mak?"Wahyu meminta persetujuan emak.

Mak tersenyum sahaja dengan karenah menantu kesayangannya itu. Hatiku turut berbunga bila lihat mak berseri-seri semenjak semalam.

"Apa hal yang penting sangat sampai Iman cari abang dekat sini.?"tanya Dhina.

"Oh, dia baru dapat deal untuk supply beras premium ke Hong Kong..so nak ajak abang meeting dengan agen tu esok. Dekat KL.."

Aku diam sejenak mendengarkannya.Iman kedengaran sungguh berkarisma dan bijak dalam bekerja.Patutlah Wahyu nampak memerlukannya dalam syarikat.Tiba-tiba aku terasa rendah diri.

"So, abang pergi KL dengan Iman lah. Bila bertolak, petang ni?"tanyaku perlahan.

Ada bunyi cemburukah dalam nadaku?

"Haah, petang ni.Sayang ikut sekali lah.Mak dan adik pun ikutlah.."pelawa Wahyu.

Ikhlaskah dia atau ajak-ajak ayam sahaja.

"Tak apalah.Dhia tak nak pergi..."kataku menolak. Tak sanggup rasanya aku bagaikan mengganggu urusan bisnes.Apatah lagi terpaksa menghadap kemesraan Iman dan Wahyu.Bertambah sakit hatiku nanti.

"Pergilah kak.Kau dah kena start belajar sikit-sikit hal kilang, takkan nak biar abang sorang-sorang"kata Dhina pula memujukku.

Aku menggelengkan kepala.Entah kenapa aku menjadi degil tiba-tiba.

"Mak,abang, bagi Dhia rehat dulu boleh tak? Dhia baru je sampai kampung, tak sampai seminggu pun.In shaa Allah lepas ni Dhia tolong abang.."aku menjelaskan pada Wahyu dan mak.

"Betul tu Wahyu..Kamu pergi dengan Iman cukuplah.Bawa Dhina sebagai teman.Dhia balik dengan mak naik kereta kamu.

Wahyu diam sahaja. Dia menyuap nasi lemaknya.Tiba-tiba sahaja perangai menggeletisnya berhenti sendiri.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Kenapa macam marah aje ni?" tanyaku pada Wahyu sebaik kami masuk semula ke dalam bilik.

Dia terus berbaring tanpa menjawab soalanku.

Aku pula rasa bersalah tiba-tiba.Perlahan-lahan aku duduk di tepinya.

"Marah sebab Dhia tak nak ikut abang ke?"

Aku menukarkan kata ganti diri sayang kepada Dhia terus.Tak mampu rasanya aku bertukar drastik menjadi manja.Kembang tekakku kerana itu bukan diriku yang sebenar.

Wahyu menarik tanganku.Diletakkan di dadanya.

"Kenapa tak nak ikut?"tanyanya.

"Kan Dhia cakap tadi.Dhia nak rehat dulu, nak habiskan masa dengan mak.Dhia rindu mak.."jawabku perlahan.

"Bukan sebab nak lari lagi?

Rupanya dia berprasangka denganku. Emm.Siapa yang tidak?

Perasaanku cepat berubah.Dalam keghairahan hendak berpisah akibat dilonggokkan dengan kemewahan, aku terperangkap dengan perasaanku yang sebenar terhadap Wahyu.Tak mustahil ianya bertukar semula.

"Tak percaya Dhia ke?"

Dia menggelengkan kepala.Jujur sungguh.

"Abang takut hilang sayang lagi.Kalau boleh setiap saat abang nak sayang ada dengan abang.."

"Bila sayang tinggalkan abang dua tahun dulu, abang rasa down sangat.Rasa tak mampu nak teruskan hidup.Mujur amanat arwah ayah yang minta abang jaga mak buat abang terpaksa kuat."

"Kalau sayang tinggalkan abang lagi, maknanya abang kena lalui balik benda tu.Abang tak sanggup.."

Air mataku menitik mendengar pengakuannya.Zalimnya aku selama ini.Mendera dirinya dengan pergi tanpa sepatah kata dan melepaskan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul olehku padanya.

Wahyu duduk dan menyeka air mataku dengan jari-jemarinya.

"Jangan nangis.Sayang tahu kan benda paling abang benci kat dunia ni adalah air mata Dhia Qaireen ."

"Dhia minta maaf.Dhia tak pernah sangka abang betul-betul ada perasaan pada Dhia.Sebab kita kawan sejak kecil.."

Aku memeluk tubuhnya dan menangis di bahunya sepuas-puas hati.Air mataku bagai limpahan emosi yang lama aku pendam.

"Boleh abang tahu, dalam hati sayang ada abang atau Mirza?"tanyanya tanpa berlapik.Dia menegakkan badanku sebaik tangisanku reda.

"Dhia jawab pakai whatsapp boleh, malu nak jawab.."kataku tiba-tiba.Memang aku malu hendak mengaku.Bagaimana hendak menyusun ayat untuk menceritakan apa yang aku rasa?Itu memang bukan kepakaranku.

"Tak naklah pakai text.Abang nak dengar dari mulut sayang.."

"Erm..kalau Mirza abang nak buat apa?"tanyaku.Saja hendak mengusik.

Ternyata usikanku menjadi.Riak wajahnya bertukar.

"Emm..kalau Mirza pun tak ada apa-apa yang akan berubah.Sayang tetap akan jadi isteri abang sampai bila-bila..Sayang boleh mohon cerai dari mahkamah.Hanya undang-undang yang akan pisahkan kita.."

Suara Wahyu bertukar serius tiba-tiba.Dia merebahkan badan ke atas katil dan memalingkan badan ke arah dinding.

Mesti dia menyangka aku benar-benar bersungguh.

Aku berbaring di sebelahnya.Ku cuba beranikan diri untuk memeluknya dari belakang.Terdengar degup jantungnya dan jantungku bagai bersatu.

"Dhia selama ini tak pasti perasaan apa yang ada dalam hati Dhia untuk abang.Dhia selalu rindu abang.Tapi Dhia lebih rasa seronok bila ada orang kaya macam Mirza suka pada Dhia..."

Wahyu mengeluh dan mahu bangun dari perbaringan.Aku memeluknya lagi dengan lebih erat.Tak mahu dia beredar.Banyak lagi yang mahu aku jelaskan agar dia faham.

"Dhia tak habis cakap lagi.."

"Bila balik sini, Dhia rasa sakit hati sangat bila tengok Iman mesra dengan abang.Rasa sakit hati yang tak pernah Dhia rasa selama ini.Lepas tu bila kita berdua, Dhia rasa bahagia sangat.Rasa gelabah pun ada.Susah nak cakap rasa tu macam mana..Dan perasaan tu tak ada bila keluar berdua dengan Mirza."

"Dhia sedar Dhia buat salah yang sangat besar.Dhia tak sangka abang sanggup terima balik.Memang pada awal, Dhia nak bebas dari abang.Tapi bila tengok mak happy, abang jaga mak baik sangat, Dhia rasa Dhia dah lepaskan lelaki yang baik selama ni.."

Wahyu memusingkan tubuhnya.Kami berpelukan dalam keadaan bertentangan antara satu sama lain.

"Jadi?"dia bersuara tiba-tiba mahu aku membuat kesimpulan.

"Jadi, dalam hati Dhia ada abang.Dhia akan ikut cakap abang, terus tinggal di sini dan putuskan segala hubungan dengan Mirza.."jawabku tegas dalam sisa tangisan yang masih belum hilang.

Dia terus memelukku seerat mungkin hingga hela nafas kami jelas kedengaran antara satu sama lain.

Tiada kata perlu diungkapkan lagi kerana cinta kali ini dizahirkan dengan belaian Wahyu padaku bertemankan angin sejuk Cameron Highland.Aku tewas untuk bertahan bila keikhlasan cinta Wahyu mencairkan egoku yang beku selama ini.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now