49

7.2K 181 5
                                    

Aku menyediakan sarapan untuk mak dan Wahyu pagi ini.Syukur, niatku semalam untuk menjadi orang pertama bangun  di waktu pagi dan menyiapkan sarapan untuk semua tercapai.

Sampai bila aku hendak menjadi manja dan bergantung pada mak dan Wahyu dalam urusan masak-memasak. Jika aku sudah memasang tekad untuk menjadi isteri yang baik, memasak adalah agenda yang wajib dalam rutin harianku.

Sambil menyediakan sambal nasi lemak, mataku tak lekang melihat resepi di telefon bimbit.
Harap-harap hasilnya memuaskan.

"Rajinnya sayang bangun awal pagi ni.Tak tidur ke lepas subuh tadi?"

Wahyu turun ke dapur.Segar sahaja wajahnya, sudah mandi agaknya.

"Buat nasi lemak ye..wangi bau daun pandan.."

"Haah, harap-harap jadilah.."kataku. Wahyu memelukku dari belakang.

"Jadi in shaa Allah.Apa yang sayang buat semua sedap..dont worry.."katanya lembut di telinga.

Aku menoleh ke belakang.Wajah Wahyu nakal sekali.Geram pula aku dibuatnya.Asyik double-meaning.

"Dahlah, abang ni.Malu dekat mak.Daripada melekat macam belangkas ni, baik tolong Dhia apa yang patut.."nasihatku lembut padanya.

Wahyu tergelak.

"Okaylah abang tolong, sayang ni tak romantik langsung.Waktu pagi la terbaik nak berkasih sayang..."

Mulut Wahyu membebel namun tangannya laju membuat kerja.Timun di dalam peti ais segera dipotong, telur yang sudah direbus dikupasnya dan dipotong dua, sambal pula dicedok dan diletakkan ke dalam mangkuk. Aku pula yang duduk, seronok melihat dia laju di dapur.

"Masalahnya abang tu bukan waktu pagi aje berkasih sayang, pagi petang siang malam..."

Dia gelak lagi mendengar kata-kataku. Segera dia datang padaku dan memberi ciuman di pipi kiriku.

"Biarlah..isteri saya.Saya punya sukalah.."

Aku menggeleng-gelengkan kepala.Rasa bahagia sebenarnya walau kadangkala sikap romantiknya ini agak menjengkelkan.Tidak kira masa dan tempat.

Mungkin dia betul-betul maksudkan mahu waktu bahagia yang hilang saat aku melarikan diri dulu digantikan sebaik mungkin.

Telefonku berbunyi tiba-tiba di tepi dapur.Tak sempat aku bangun, Wahyu terus mengambilnya.

"Mirza Fadhli"..katanya dan merenungku tajam. Hilang terus raut wajah yang romantik tadi dan bertukar menjadi serius.

"Assalamualaikum..."kata Wahyu memberi salam.

Aku tak mampu berbuat apa-apa selain berharap Wahyu tak berkata sesuatu yang boleh menimbulkan masalah. Sungguh, aku mahu hubungan antara Mirza dan aku ditamatkan secara baik.

"Tak,aku bukan abang dia.."serius lagi suara Wahyu.Aku memejamkan mata, mahu menarik telefon itu tapi perasaan serba salah.

Risau Wahyu pula menaruh prasangka.

"Tak apa, nanti aku suruh Dhia call kau balik.."

Itu sahaja yang dikatakan Wahyu.Telefon bimbitku dihulurkan kepadaku. Dia merenungku tajam.

"Bila nak settle hal dengan Mirza...?"

Kerusi ditarik dan dia duduk di hadapanku. Aku jadi seram dengan riak wajahnya. Aku mengurangkan debar dengan membetulkan rambut. Mata ku halakan ke luar melalui pintu dapur yang terbuka.

"Mirza dah ada kat Malaysia hari ini rasanya.Dhia pergi Kl hari ini, pulangkan kereta dan semua benda."jawabku ringkas.Harap dapat memuaskan hati Wahyu.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now