47

6.8K 178 0
                                    

Selesai sarapan bersama mak pagi itu, aku meminta izin daripada mak untuk ke tanah perkuburan.

Selepas subuh tadi, tiba-tiba sahaja muncul rasa rindu kepada arwah ayah.

"Baik-baik Dhia.Kalau tak ada orang, jangan lama-lama sangat.Terus balik rumah."

Aku mengiyakan sahaja.Sebenarnya kawasan perkuburan dan rumah kami tidaklah jauh mana.

Teringat dulu sewaktu kecil, aku dan Dhina perlu melintasi kawasan kubur sebelum sampai ke rumah Ustazah Halimah, guru mengaji kami. Sinonim dengan kubur, kami memang takut untuk melintasi kawasan itu apatah lagi pada waktu malam.

Wahyu pula selaku satu-satunya budak lelaki yang rapat dengan kami adik beradik, setia menemankan kami pergi dan pulang dari rumah ke tempat mengaji. Dia sanggup datang ke rumah kami dulu sedangkan rumahnya dan rumah Ustazah Halimah bersebelahan.

Mengenangkan betapa sweetnya Wahyu terhadapku sejak dulu, pelik juga kenapa aku tak pernah perasan apa yang Wahyu rasakan padaku selama ini.

Hakikatnya, bila menjengah usia remaja aku juga selalu dijentik rasa berdebar bila berada berhampiran dengan Wahyu. Tapi mungkin hubungan kami yang akrab bagaikan ahli keluarga membuatkan aku menidakkan sahaja perasaan itu.

Dalam melayan perasaan, aku tiba di kubur arwah ayah.Alhamdulillah, ianya berjaga dengan kemas. Aku membaca surah yassin sekali lalu.

Bagai ada ayah di hadapan, sedang tersenyum dan membetulkan bacaanku.

"Dhia, ayah tak ada tinggalkan apa-apa yang lagi berharga pada Dhia dan adik selain agama Islam.Dhia jagalah iman Dhia elok-elok.."

"Jangan tinggal solat, jangan tinggal Al Quran..."

Tanpa sedar air mataku mengalir laju.Ayah sudah lama tinggalkan aku.Tapi terasa dia terlalu hampir denganku. Kasih sayangnya, gurauannya, tegurannya semua terlalu akrab dengan hatiku.

"Tak baik nangis dekat kubur sayang..."

Aku menoleh.Wahyu rupanya.Bagai mahu gugur jantung tiba-tiba ada suara di sebelah sedang saat aku tiba tadi tiada siapa di sini.

"Bagilah salam dulu.Terkejut tahu tak..."kataku perlahan.

Wahyu tergelak sahaja.Jarinya sama-sama menyeka air mata di pipiku.

"Bila abang sampai?"

"Baru sampai. Hantar adik pergi kolej dulu.Sampai rumah mak bagitahu sayang pergi kubur.."

Aku diam sahaja.Tanganku laju mencabut rumput-rumput yang mulai naik berhampiran kubur ayah.

"Balik jom, panas ni.."katanya dan menarik tanganku. Aku bangkit dan mengekori sahaja.

Sekilas kubur ayah ku pandang.

"Nanti Dhia datang lagi ayah.Assalamualaikum.."bisikku dalam hati.

Memang betul katanya. Matahari sudah terpacak di atas kepala walaupun jam baru menunjukkan pukul 10 pagi.

"Ikut abang masuk ofis hari ini.."kata Wahyu sebaik sahaja aku duduk di dalam keretanya. Pendingin udara dipasang.

Terasa nikmat tak terkata apabila tubuh yang hangat serta-merta dihinggap udara sejuk.

"Tak naklah, Dhia pakai t-shirt buruk aje.."kataku memberi alasan.

Memang betul pun, aku cuma berseluar sukan dan berbaju T. Tudung pula hanya selendang yang ku selempangkan di leher.

"Tak apa, cantik dah ni..Abang rindu Dhia sangat.."katanya dan memulakan pemanduan.

Aku tergelak kecil.Terasa dalam usia remaja pula bila ungkapan rindu dan cinta asyik diulang-ulang sejak aku tunduk pada Wahyu untuk suburkan semula perkahwinan ini.

Tidak bertangguh, sebelah tangannya laju mencapai tanganku.Diramas-ramasnya perlahan.Betullah, rindu sangat agaknya dia.

"Dahlah, bahayalah abang bawak kereta macam ni.Nanti terlanggar anak orang ke, lembu orang ke, kan menganiaya namanya?"

Wahyu tersenyum sahaja memandangku sekilas. Perlakuannya itu dihentikan dan pemanduannya diteruskan.

Namun sebaik sahaja keluar kereta hingga ke kawasan kilang, genggaman Wahyu tak lepas dari tanganku.

Aku cuba menarik perlahan. Segan juga rasanya apabila diperhatikan staf-staf yang lalu berhampiran kami.Mereka bagai tergesa-gesa menuju ke tempat yang sama seperti Wahyu.

"Malulah bang.."aku tergelak-gelak kecil.Walaupun ada rasa bahagia, aku tetap geli hati dengan sikap Wahyu pagi ini.

"Pedulik, abang nak ganti waktu yang hilang dulu.Jangan mimpi Dhia nak lepas lagi dari abang.."kata Wahyu berbisik nakal di telingaku.

Aku mencebik manja sahaja.

Wahyu membawaku ke kawasan perhimpunan .Lebih kurang 50 orang staf sudah menunggu di dalam termasuk Iman yang berdiri tegak di bahagian hadapan. Mencuka sahaja wajahnya melihat aku tiba berpegangan tangan dengan Wahyu.

Aku pula rasanya pucat tidak berdarah apabila segenap mata di ruang itu memandang ke arahku.

Perhimpunan dimulakan dengan pembentangan operasi syarikat oleh Penolong Pengurus Operasi, Muzaffar Bakri.

Baru aku jelas struktur organisasi di syarikat ini, di bawah Wahyu, Muzaffar menguruskan Operasi dan Iman rupanya Pengurus bahagian Pemasaran.

"Rasanya sebelum gossip yang tak betul tersebar, baik saya kenalkan siapa yang di sebelah saya ini..."

Tiba-tiba Wahyu bersuara.Aku yang terkejut pula terkulat-kulat antara mahu tersenyum atau tidak.

"Ini isteri saya, Puan Dhia Qaireen.Macam yang saya selalu kata sebelum ini, saya cuma membantu sahaja.Pemilik dan pengurus sebenar Syarikat Beras Dhija adalah Puan Dhia Qaireen dan adiknya Cik Dhina.."

Rasa tak bernafas aku dibuatnya.Melampau betul Wahyu pagi ini.Mana hendak ku letakkan muka yang tidak berbedak dan berpakaian seolah-olah baru pulang latihan bola jaring ini?

Aku tersenyum kelat apabila tepukan gemuruh diberikan dan mikrofon dihulurkan kepadaku oleh Wahyu.

Dari tepi aku melihat Iman tersenyum sinis. Mungkin dia mengharapkan aku jatuh terjelepuk pengsan dan memalukan diri sendiri.

Aku menyambut huluran mikrofon tersebut.Beberapa orang staf bersiul nakal.

"Assalamualaikum.Selamat pagi.Terima kasih Encik Wahyu Hanafi sudi perkenalkan saya pada semua pagi ini.Terima kasih juga buat semua kerana setia bersama Syarikat Beras Dhija.In shaa Allah kita sama-sama usaha sebaiknya untuk bawa nama baik syarikat ke aras yang lebih membanggakan.."kataku lancar namun satu demi satu perkataan ku lontarkan.

"Tapi di kesempatan ini saya mewakili keluarga arwah Haji Yusof dan Hajjah Hajar nak sampaikan jutaan terima kasih khususnya kepada suami saya Encik Wahyu, Cik Iman dan Encik Muzaffar yang mengetuai barisan hadapan kilang ini.Maafkan saya kerana lambat menyertai barisan.Terima kasih sekali lagi."

Kata-kataku itu mendapat sorakan dan tepukan gemuruh dari semua.Wahyu mengambil semula mikrofon dari tanganku sambil tersenyum manis.

"Terima kasih sayang .."katanya selamba dengan mikrofon di tangan. Sekali lagi semua bersorak, gamat dibuatnya.Buang tebiat agaknya bos mereka pagi ini.

Seorang sahaja yang tetap mencuka.Iman gagal menyembunyikan rasa meluatnya, siap dengan pakej tangan dikipas-kipaskan ke muka.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now