Aku membuka mata apabila terasa ada renjisan air di muka. Di tepiku Wahyu duduk, memandang sambil tersenyum.Manis.
Dah pagi ke? Aku memandang tingkap.Kelihatan masih gelap dari luar.
"Subuh jom.Aku tunggu.Kita jemaah sama-sama.."
Aku menggosok-gosokkan mata.Tak sangka aku berjaya juga tidur sehingga pagi di sebalik pelbagai emosi yang berkecamuk semalam.
"Kau dah mandi ke?"tanyaku.
Dia tergelak.
"Tak mandi.Sejuk.Gosok gigi dan ambil wuduk aje..Lagipun tak perlu mandi awal sangat.Kita tak buat apa-apa pun semalam.."jawabnya sambil tersengih-sengih.
Aku terkebil-kebil seketika sebelum faham apa yang dimaksudkannya.
"Bengong.."kataku pura-pura marah dan terus membalingkan bantal tepat menuju mukanya.
"Cepat-cepat, karang habis waktu.Isteri apa ni, bangun pun suami kejut.Ni pun dah 6.30 pagi.."bebelnya.
Wahyu memang sesumpah.Semalam dia beraksi penuh romatik, hari ini dia kembali ke tabiat asalnya, suka berleter.
Selesai solat, aku meneliti text whatsapp dari Mirza. Hanya mesej pendek "I miss you.My first thought in the morning is you.."
Aku bagai tidak berminat pula hendak membalas mesejnya.Terkenang isi perbincanganku dengan Farah Hanim semalam.Serta merta terbayang si cilik Izzati yang pastinya rindukan kasih sayang seorang bapa.Betulkah Mirza bapa Izzati seperti yang dikatakan Farah?
Mataku memerhati pula Wahyu yang sedang gigih bersenam di hadapan katil dengan melakukan plank. Matanya dihadapkan ke rancangan Malaysia Hari Ini di kaca televisyen.
Aku memegang dada.Terasa laju dibuai perasaan gementar tiba-tiba.
Entah kenapa aku terasa Wahyu seolah-olah sedang menggodaku. Apa lagi agaknya aksi selepas ini untuk membuatkan aku tak senang duduk.
"Aku nak tidur kejap.Nak breakfast nanti kejut tau.."kataku ringkas memberi pesanan. Wahyu bingkas membetulkan kedudukan dan duduk memandangku.
"Tidur ke?Mandila dulu.Kejap lagi boleh sarapan.Mak biasa makan awal waktu pagi."
Aku menjeling dari ekor mata sahaja.
"Kau mandi dulula.."jawabku sambil terus merebahkan badan ke atas katil dan menarik selimut.
"Mandi sekali la..Jimat masa.."ada gelak di hujung ayat.
Sah, dia memang tengah merenyam.Aku buat tak dengar sahaja.Lagi dilayan lain pula jadinya.Seboleh mungkin aku masih mahu bertahan antara aku dan Wahyu.Biar masa menentukan.
Tentang Mirza pula,entahlah. Aku harap diberi petunjuk dan kekuatan untuk keluar dari konflik ini.Aku mahu selesaikan secepat mungkin.Memang dari awal aku susah mencari tempat dalam hati untuk Mirza.
Yang ada dalam hatiku hanya kekayaan Mirza.
Hatiku bagai sudah separuh dimiliki Wahyu sejak pertemuan semula kali ini.Mungkin sebenarnya selama ini memang milik Wahyu cuma aku ego untuk mengakuinya.Kepulanganku kali ini bagai dibantu Tuhan untuk menjelaskan apa yang tidak pasti.
Bunyi pancuran air dari tandas membuatkan aku semakin tak tenang.Mataku dipejam tapi tak mampu untuk tidur.
Akhirnya aku bangun untuk mencari baju di dalam beg pakaian.Aku tak bawa banyak pakaian memandangkan ikut perancangan kami akan pulang hari ini.Percutian ringkas kata Dhina.
"Pakai jeans dengan kemeja ajela..Tak payah gosok.."kataku seorang diri sambil mencangkung di hadapan beg.
"Tak apalah..biar aku gosokkan.."
Suara Wahyu membuatkan aku hampir terjelepuk ke belakang.Terkejut kerana aku tak sedar bila dia keluar dari tandas.
Aku menoleh.Sekali lagi aku terkejut bila dia hanya bertuala.Cepat-cepat aku bangun.
"Apa ni..pakai baju dalam toilet la..tak reti nak respect orang ke?"Marahku dan terus berjalan laju menuju tandas.
Habis semua baju yang hendak dipakai termasuk pakaian dalam berterabur di lantai hotel.
Wahyu menarik tanganku.Aku menghentikan langkah tapi masih membelakanginya.
"Sorryla, aku lupa bawak baju masuk toilet.."katanya memohon maaf tapi kedua-dua tangannya memeluk aku dari belakang.
Suaraku tersekat di kerongkong.Tak mampu hendak berfikir apa-apa apatah lagi jarak kami terlalu rapat.
"Janganla..aku busuk.Tak mandi lagi.."itu sahaja yang mampu keluar dari bibirku.Itu pun terlalu perlahan dan kedengaran menggigil.
"Tak apa.mana ada busuk.Sekejap je. Aku tak buat apa-apa, aku janji.."balasnya juga perlahan.Bibirnya mencium belakang telingaku perlahan-lahan.Pelukannya semakin dieratkan.
Aku menarik nafas.Rasanya aku akan rebah ke lantai jika tidak dipeluk ketika ini.Lemah longlai lututku dibuatnya.
Pintu bilik tiba-tiba diketuk. Aku cepat-cepat meloloskan diri dari pelukan Wahyu.
"Aku buka kejap.Dhina kot.."kataku pada Wahyu tergagap-gagap.
Dia cuma menarik rambutnya ke belakang.Mukanya nampak kecewa dengan kejutan tiba-tiba itu.
Pintu bilik dibuka.Satu lagi kejutan yang tak disangka.
"Iman, apa you buat kat sini..?"tanya Wahyu dari belakang.
Iman memandang Wahyu lama.Baru aku tersedar yang dia sedang merenung suamiku tidak berbaju saat itu.
Sekejap, apa yang aku sebut, suamiku?
"Eh, sorry Wahyu.Ada hal urgent I nak cakap.I call you semalam, tak angkat.I call Auntie Hajar pagi ni tanya kat mana you all stay.."
Aku bagaikan pembuka pintu yang terpinga-pinga mendengar perbualan mereka berdua.Seorang sedang terpesona agaknya melihat lelaki yang hanya bertuala dan seorang lagi bangga agaknya menunjukkan asetnya.
"Ok, kejap lagi ye Cik Iman.Tunggu suami saya bersiap dulu.."kataku laju dan mahu menutup pintu.
Dhina pula datang tiba-tiba.
"Sorry kak, bang, aku suruh Iman duduk dekat sofa depan je.."
Dhina menarik tangan Iman.Aku terus menutup pintu.
Mataku menjeling Wahyu sambil mengutip baju-baju yang berterabur di lantai.
"Kenapa nak marah pulak ni..?"tanya Wahyu sambil mengekoriku menuju tandas
"Dah biasa ye tayang-tayang body dekat dia, kenapa tak peluk cium aje dia terus tadi.."perliku pada Wahyu.
Aku membuka pintu tandas tapi tanganku ditarik semula oleh Wahyu.Tubuhku disandarkan ke dinding bersebelahan pintu.
Tak sempat aku berkata apa-apa, bibirku dicium lama oleh Wahyu.Aku rasa mataku terbeliak kali ini kerana terkejut dengan tindakannya.
Lama di bibirku, akhirnya dia menjarakkan tubuh. Aku membetulkan badan.
"Jangan marah sayang.Abang dengan Iman tak ada apa-apa.Sumpah.."
Aku menarik nafas.Sebenarnya aku sudah lupa tentang Iman akibat aksi spontannya tadi.Aku terus membuka pintu bilik air dan menguncinya laju-laju.
"Sayang, abang pergi turun breakfast dulu, sayang turun dengan adik ye.."
Berabang sayang pulak..360 darjah Wahyu menggila pagi ini !Tapi yang lebih gila adalah aku, jantung bagai nak gugur dari tadi terbuai dengan dirinya.
YOU ARE READING
Suami Bukan Pilihan
RomantizmDhia Qaireen dilamar oleh jutawan muda industri fesyen Malaysia, Mirza Fadhli. Apa yang dimimpikannya selama ini bagai mimpi jadi nyata. Jadi isteri jutawan. Tapi realitinya tidak semudah itu. Dhia ada rahsia besar. Kisah rekaan semata-mata.Tiada ke...