40

7.2K 189 2
                                    

"Kenapa tak tidur lagi..?"

Aku diam sahaja.Mata ku pejamkan semula.Jemari ku tarik dari genggaman Wahyu.

"Kenapa kau masih tunggu aku?"aku tanya perlahan.Ada airmata mula menitik dari kelopak mataku yang tertutup.

"Sebab aku nikah hanya sekali.Dan sekali itu hanya dengan kau.."

"Tapi aku kan teruk.Buat apa kau setia dengan perempuan seteruk aku.Lepaskanlah aku.Kita mula hidup baru.."

Aku tak pasti kata-kata itu memang aku maksudkan atau tidak.

"Betul ke kau tak ada perasaan pada aku?"tanya Wahyu.

Aku memandangnya.Dia seperti biasa, memandangku dengan pandangan yang redup.

"Aku tak tahu."

Kataku.Itu yang sebenarnya.Aku cuma tahu perasaanku pada Wahyu tak sama bila aku bersama dengan lelaki lain walaupun bila bersama Mirza. Debar itu semakin ketara semenjak kepulanganku kali ini. Aku juga jadi cemburu dan sakit hati bila sahaja Iman bersama Wahyu.

"Kenapa kau nak bercerai dengan aku?"

Aku menggeleng-gelengkan kepala.Jawapanku terlalu membodohkan diriku sendiri.Kenyataan yang selalu benar buat semua perempuan yang materialistik tapi tak mahu mengaku mereka cintakan wang ringgit.

Siapa yang tak nak jadi kaya? Aku tak perlu berfikir tentang kesusahan hidup sampai bila-bila.Malah aku akan pastikan mak dan Dhina hidup berganda-ganda selesa dari sekarang.

"Aku tak mampu beri kau kemewahan macam Mirza.Tapi aku berani jamin akan sayang kau sampai bila-bila.Sampai kita tua.Tak ada lelaki yang akan sayang kau sama macam aku."

Janjinya.

"Boleh percaya ke pada janji lelaki? Sayang tu boleh bertukar bila-bila masa."

Wahyu menarik tanganku.Dibawa ke dadanya dan ditekannya di situ.

"Semua dalam dunia ni tak pasti sayang.Semua Allah yang punya..Sama juga macam harta dan kemewahan, bila-bila masa Allah boleh tarik balik..Tapi selagi kau adalah isteri aku yang sah, aku takkan sia-siakan kau.."

Aku menangis lagi.Mesti lelaki ini bosan dengan air mataku.Sejak kecil aku suka mengalirkan air mata di hadapan Wahyu. Tetapi di hadapan orang lain aku gadis yang sentiasa kelihatan ceria.

"Pulangkan semua yang Mirza beri pada kau.kereta, rumah,segala-galanya.Kembali pada aku, suami kau yang sah.."

Wahyu merapati aku.Air mataku disapunya perlahan.Aku  pula hanya merelakan.

"Mana kau tahu dia beri aku kereta dan rumah?"

"Apa lagi yang lelaki kaya tahu untuk beli hati perempuan?"

"Aku senang sangat dibeli kan?"

Ah, apa punya bodoh soalanku?

"Mungkin aku juga pentingkan diri sendiri Dhia. Aku tak mahu sakitkan hati aku tentang apa yang kau lakukan. Aku selfish bila aku tak mahu lepaskan kau walau kau sah terang-terang duakan aku. Aku pun tak pasti apa perasaan kau pada aku. Yang pasti aku nak kau jadi milik aku..Apa keadaan sekalipun.."

Aku diam sahaja mendengar pengakuan jujur Wahyu. Angin sejuk Cameron Highland menembus hingga ke tulang. Ada suara dalam hati yang meminta aku merapatkan tubuh pada lelaki yang mengiring menghadapku itu.

"Aku sayang kau sejak kecil..Dijodohkan dengan kau adalah benda terbaik pernah jadi dalam hidup aku..."

Wahyu memandangku redup. Jemarinya memainkan bibirku lama. Terasa ada rama-rama berterbangan dalam perut.Dari bibir, jari-jari itu memainkan pula anak rambutku di pangkal dahi dan turun semula ke pipi. Diusap-usapnya semula di situ.

Aku memejamkan mata.Takut membayangkan apa yang akan berlaku seterusnya.

"Dhia.."suara Wahyu kedengaran romantis sekali memanggilku.

"Hmm.."aku menyahut sepatah.

"Tidurlah..kau mesti penat.Macam-macam benda jadi hari ni.."

Terasa ada keluhan kecil keluar dari bibirku.

Aduh, malu pula rasanya. Pasti wajahku kemerahan. Adakah itu petanda aku gembira dibelai sebegitu mesra oleh lelaki yang satu ketika dahulu teman aku bertepuk tampar?

"Ok, aku tidur dulu.."balasku seraya terus memusingkan badan dan baring menelentang. Jarak antara aku dan Wahyu ku jauhkan sedikit.

Wahyu bangun.Membetulkan selimut  di tubuhku.Tangannya terus membelai-belai anak rambutku.

Aku pura-pura tidur.Mata ku pejamkan rapat.Cepatlah pagi, aura dingin dan sunyi Cameron Highland menimbulkan segala perasaan asing antara aku dan Wahyu.

Terasa ada kucupan lembut di dahiku. Lama dan rapat.

"Tidur lena sayangku Dhia Qaireen..Aku tetap tunggu bila cinta kau betul-betul untuk aku.."

Aku mengiringkan badan membelakangi Wahyu.Air mataku turun lagi.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now