46

6.7K 192 2
                                    

Aku berguling-guling di atas katil.Susah sungguh mata hendak lelap malam ini.Katil ini pula terasa besar pula apabila tiada Wahyu di sisi.

Rindu pula dengan suamiku itu. Katanya ke Kuala Lumpur paling lama dua hari.Selesai sahaja urusan dengan rakan perniagaan dari Hong Kong itu, mereka akan segera pulang.

Aku tersenyum sendiri.Siapa sangka aku akan tunduk pada Wahyu secepat ini ? Mungkin pertemuan semula membuat aku tersentak tentang perasaan sebenarku padanya.

Patutkah aku malu kerana kalah dalam pertempuran ini?

Kata Wahyu di malam pertama aku tiba hari itu.."anggap kita dalam pertempuran, kau mahu bebas dan aku tak mahu melepaskan.."

Tak apalah.Biarlah aku kalah asalkan rasa bahagia ini sangat tulen.Tak pernah lagi aku rasa diamuk gembira sebegini walaupun sebelum ini dilambakkan kemewahan oleh Mirza.

Aku silap tafsir tentang diri sendiri.Aku sangka kekayaan adalah puncak rasa bahagia yang patut aku nikmati.Rupanya berada dalam lingkungan cinta Wahyu lebih menjadikan aku tak keruan.

Telefon berbunyi.Aku melihat nama pemanggil.Mirza Fadhli.

Aku mahu membiarkan tapi separuh perasaanku mahu semuanya selesai.

Begitulah diriku.Pantas bila sudah ada keputusan di dalam kepala.

Tapi kadang-kadang kepantasan ini adalah tindakan bodoh yang melulu.Contohnya tak lain tak bukan lari dari perkahwinan empat tahun dulu.

Dalam berfikir, akhirnya aku menekan butang untuk menjawab panggilan Mirza.

"Dhia my dear..."lembut suara Mirza di hujung talian.

"Assalamualaikum Mirza.."balasku memberi salam.

Apa agaknya kata permulaan yang sesuai? Atau patutkah aku tunggu pertemuan, baru aku rungkaikan bahawa hubungan ini patut berakhir.

"Waalaikumussalam.Susahnya nak dapat cakap dengan you..Penat i text dari pagi you tak jawab pun.."

Mirza seakan merajuk.Memang pun, hatiku sah-sah sudah hilang keterujaan untuk berhubungan lagi dengannya.

Apatah lagi terkenang intipati pertemuanku dengan Farah Hanim, lagilah aku tawar hati.

"Im sorry, sibuk sangat di kampung ni.Macam-macam benda I kena uruskan.."kataku memberi alasan.

"Tak apa, I faham.You dah lama tak balik kampung kan.Macam mana tentang my proposal, you dah bincang dengan your mom ke?"

Ada bunyi tak sabar dari suaranya.

Aku menarik nafas.Bagaimana ya hendak aku jawab soalan ini? Aku tak mahu juga menyebabkan Mirza terlalu berduka, memandangkan banyak juga jasanya padaku.

"Emm..rasanya kita perlu bincang semula.Banyak benda tentang diri masing-masing yang kita tak tahu.."

Kataku perlahan-lahan.Berharap Mirza dapat menangkap ada unsur penolakan di situ.

"Kenapa ni sayang? Ada apa-apa yang perlu I tahu?"

"Emmm...nantilah Mirza.Bila kita jumpa nanti I jelaskan.You balik Malaysia bila?"tanyaku.

Kedengaran suara Mirza mengeluh dari hujung talian.

"Lagi 3 hari sayang.Tapi kalau you really need to talk something with me urgently, I ambil flight tomorrow.Boleh?"ada bunyi risau pada suaranya.

Aku tergelak.

"You ni, tak payahlah sampai macam tu..bila you balik nanti kita jumpe.Business first ok?"

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now