36

6.5K 174 1
                                    

"Ini family vacation la Iman..sorryla.I tak boleh bawak you.."

Aku memasang telinga mendengar Wahyu memberikan alasan pada Iman yang beriya-iya mahu mengikut percutian kami ke Cameron Highland. Aku di dalam kereta  hanya menjeling sekilas melihat Iman dan Wahyu yang berbincang bagaikan pasangan kekasih sedang bergaduh.

"Mak tak siap lagi ke dik? " aku bertanya pada Dhina yang baru masuk ke dalam kereta. Aku duduk di sebelah tempat duduk pemandu seperti diminta Wahyu sebentar tadi.

"Mak pergi rumah Makcik Tijah, bagitahu kita nak pergi jalan.Nak suruh siramkan bunga-bunga dia kot.."

Aku tergelak.Mak dan bunga-bunganya memang sinonim.Hasilnya halaman kami kelihatan bagaikan nurseri bunga.Sebut sahaja bunga apa, semuanya ada.

"Apasal tu kak? " Dhina bertanya padaku sambil mulutnya dimuncungkan ke arah Wahyu dan Iman.Wahyu kelihatan mahu segera menghabiskan perbincangan itu manakala Iman pula masih mendesak.

"Entah, dia nak ikut rasanya.Wahyu tak bagi.."kataku selamba. Mataku hala pula ke arah kiriman Whatsap daripada Mirza.

Penuh kata-kata rindu. Sayangnya aku tidak merasa getar rindu itu sama sekali.Wajahku lebih panas saat ini melihat adegan Wahyu dan Iman.

"Tak faham bahasa betul Iman ni.Orang kata jadi penyibuk kat ofis cukuplah. Sampai ke rumah dia nak follow abang dah kenapa? Yang abang pun satu, tak reti nak bertegas.Manalah Iman tu tak menjadi-jadi gediknya..."

Aku memandang Dhina yang menjegilkan mata memandang ke arah mereka di luar. Wahyu berhak memilih Iman jika dia mahu. Gadis itu berada di sisinya saat aku isterinya yang sah meninggalkan dia lama.

"Tulah kau kak..Lama sangat tinggalkan abang, dah ada orang lain cucuk jarum.."usik Dhina.

Aku tergelak kecil.Cuba menyembunyikan rasa sebenar dalam hatiku.

"Diorang memang couple ke dik?"

"Kau rasa? "

"Entah..Kalau betul pun tak apalah kot.Biarlah Wahyu dapat perempuan yang lebih baik dari aku.."

Jawabku perlahan sahaja.Tiada ikhlas langsung kata-kata itu. Entah kenapa hatiku bagai dekat semula dengan Wahyu sejak mula tiba ke kampung.

Menafikan perasaan terhadapnya lebih mudah apabila jarak antara kami jauh.

"Senang aje kau cakap kan kak.Abang Wahyu setengah gila tunggu kau balik, kau free-free aje nak bagi dia kat Iman.."

Aku mendengus.Tujuan kepulanganku ke kampung mulai kabur digugat perasaanku yang semakin tak pasti.

Wahyu berpaling dan memandang ke arahku tajam tiba-tiba.Jantungku tiba-tiba bergerak laju bagai tiada irama yang senada.

~~~~~~~~~~~•~•••~~~~~~~~~~

"Dhina booking hotel ke homestay?" Wahyu menoleh sekilas padaku. Aku hampir terlelap menurut jejak mak dan Dhina yang tidur sebaik kami mula bergerak.

"Hotel rasanya. Entah, aku lupa nak tanya betul-betul."

"Ngantuk ke? Tidurla. Lama lagi ni nak sampai.."

Aku menggelengkan kepala. Tak sampai hati rasanya hendak membiarkan Wahyu memandu seorang diri.  Sudahlah aku hanya mendiamkan diri sejak tadi. Dia juga bagai tiada idea untuk memulakan perbualan denganku.

"Iman tu banyak tolong aku kat pejabat. Secara tak langsung dia rapat jugak dengan mak. Sebab mak pun masih lagi involve dengan hal management kilang sikit-sikit kan.."

Aku mencebikkan bibir sahaja mendengar kata-kata Wahyu secara tiba-tiba.

"Tak tanya pun.."kataku perlahan. Buat apalah agaknya penjelasan itu agaknya? Risau aku cemburu atau apa?

"Sebab tak tanyalah aku bagitahu. Aku tak nak mood kau spoil kita nak pergi berjalan ni.."

"Ingat aku jealous ke? Sorry sikit.."

"Takpelah kalau tak jealous pun. Aku sedar aku siapa.Aku saja bagitahu..."Mendatar sahaja suara Wahyu membalas. Aku memandang wajahnya dari tepi. Kecil hatikah dia dengan kata-kataku?

Seraut wajahnya sangat tenang ketika memandu. Sesekali bibirnya menyanyi perlahan mengikut lagu di radio. Kulitnya kelihatan cerah berbanding zaman remaja dulu. Tubuhnya sedang-sedang sahaja , tidak terlalu kurus dan tidak pula berisi. Dengan kumis sedikit di atas bibir, penampilannya sempurna. Membuatkan aku faham mengapa Iman begitu berani mahu menjadi sainganku.

Sedar dirinya diperhatikan,  sepantas kilat Wahyu menoleh ke arahku.

"Kenapa pandang aku macam tu? Tak puas ye tidur peluk aku semalam.."usik Wahyu.

Terasa pipiku panas tiba-tiba. Malu bila diingatkan semula kejadian di dalam bilik tidur semalam.

"Boleh blah..."kataku pura-pura marah dan memandang ke luar semula. Hijau kawasan perbukitan di kiri dan kanan memberi ketenangan yang mengasyikkan. Lupa semula dengan kekusutan yang ada di dalam hatiku.

"Kau dah bagitahu bos untuk cuti ni ke? Lama ke ambil cuti? " suara Wahyu memecah semula tembok kesunyian antara kami berdua. Kereta sudah di pertengahan jalan berbukit Tapah untuk menuju kawasan tinggi Cameron Highland. Aku memegang seat belt kuat-kuat. Dari kecil aku memang alah jika kereta dipandu di jalan yang berliku-liku.

Mulalah segala rasa loya dan mual mulai timbul.

"Dua minggu..."Kepulanganku yang sepatutnya tak lebih dari 24 jam sudah meleret-leret kepada agenda yang tak pasti. Aku sepatutnya dengan agenda mahu memohon perceraian secara baik dari Wahyu.

Wahyu pula seolah-olah mahu menghubungkan semula kasih antara aku dan emak. Atau mahu mencuri semula hatiku. Entahlah. Hatiku tidak keruan sejak semalam.

"Dalam dashboard tu ada minyak cap kapak.Sapu kat hidung kalau loya.."

Lelaki ini memang pakar tentang apa sahaja mengenai diriku. Ada rasa sendu di hati bila dia mampu membaca apa yang aku rasa tanpa perlu aku bersuara.Bau minyak cap kapak menghilangkan seketika rasa mual.

"Dhia..."

"Hmm"sahutku pendek.

"Kita bagi mak happy ye kat Cameron ni.."pintanya pendek dan perlahan. Takut didengari mak agaknya.

"Maksud kau?"

Wahyu menarik tanganku dan diletakkan di atas peha kirinya. Aku tergamam seketika.Tanganku diramas-ramas namun pandangannya tetap fokus ke arah pemanduan.

"Kita berlakon yang kita tak ada masalah boleh?"

Aku berusaha menarik semula tanganku.

"Boleh?"tanyanya lagi.

"Okay..lepaslah tangan aku. Bahayalah drive sebelah tangan..."aku bersetuju dalam nada separuh marah. Dia akhirnya melepaskan tanganku.

" Tapi aku tak berlakon bila aku kata aku happy kau ada dengan aku.."

"Yalah tu..."

"Betul..terasa nak peluk kau 24 jam.Tak nak kau hilang lagi..."

"Apa peluk-peluk? Kau lupa ya apa tujuan aku balik kampung ni..."kataku keras. Tak mahu terus hanyut.Tak mahu juga Wahyu beranggapan hajatku untuk berpisah dengannya sudah terkubur

"Tak lupa...tapi aku dah kata aku tak nak kan..Jadi kau anggap kita ni dalam pertempuran. Kau dalam percubaan nak berpisah dengan aku. Aku pula dalam cubaan nak buat kau balas cinta aku...Kita tengok siapa yang menang.."

Aku gelak sinis sahaja.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now