♡ Sepuluh ♡

6.9K 181 0
                                    

Peah, jurusolek yang biasa bertugas untuk photoshoot butik asyik mundar-mundar di hadapanku yang sedang menyusun baju. Rimas pula aku dibuatnya.

"Kenapa kak?"

Walaupun hakikatnya Peah adalah abang, aku tetap memanggilnya "kak" untuk menggembirakan hatinya.

Ramai juga jurusolek dan designer terdiri dari golongan lelaki berpewatakan seperti perempuan.Biarlah, itu urusan mereka.

"Model yang Kak Fatin booked tu last minute cancel.Benci betul.Matilah kalau Mirza tahu."Kak Fatin tiba-tiba menyampuk dari belakang.

"Oh.."balasku sepatah sambil terus menyambung kerja.

"Kalau postpone date lain tak boleh ke?"Peah pula bersuara.

"Isunya sekarang, boss dah suruh aku booked 3 magazine untuk masukkan gambar photoshoot ni.Siap dah bayar..Macam mana nak buat ni? "Kak Fatin membalas soalan Peah.

Tiba-tiba Peah menghampiriku, menegakkan badanku dan membelek mukaku lama.

"Apa ni kak? Malulah.."marahku perlahan apabila dibelek sebegitu.

Peah tetap lelaki apa keadaan sekali pun.Aku tak selesa dipegang-pegang begitu.

"Fatin, ambik Dhia ajelah jadi bidan terjun.Muka badan dah perfect dah ni.Tinggal make up sikit, silap hari bulan lagi meletup dari model kau tu.."

Giliran Kak Fatin pula menarik tanganku. Dia menggaya-gayakan beberapa helai baju dengan tubuhku.

"Bolehla Dhia ye..Nanti akak tanya Mirza kejap.Payment Dhia nanti akak try nego dengan Mirza biar sama dengan price yang agency tu mintak.."

Kak Fatin meminta persetujuanku.

Aku mengangguk sahaja.Pura-pura mempamerkan wajah terpaksa.Sedang dalam hati punyalah suka.

Jadi model okay, siapa tak nak?

Tapi bagaimana kalau Wahyu dan mak dapat mengesan aku melalui gambarku di majalah?

Tak apa rasanya.Aku jarang mengenakan make up, mungkin wajahku akan jauh berbeza untuk dikenalpasti.

Lagipun siapa yang rajin membeli majalah?

Kak Fatin selesai bercakap di telefon.Agaknya dengan big boss, Mirza.Lagaknya seperti dia sedang menjelaskan apa yang terjadi dan meminta persetujuannya.

"Okay, Peah.Mirza kata proceed.Kejap lagi dia datang tengok.."

Aku sendiri hampir tidak mengenali wajahku apabila selesai disolek.Kak Fatin dan Kak Baiti pula menggayakan aku dengan busana pengantin hasil rekaan Kak Baiti.

"Wah, rezeki kau lah Baiti dapat housemate jadi model untuk design baju kau.Kau ni cantik jugak Dhia, apasal tak mintak jadi model.." puji Kak Fatin padaku.

Aku senyum sahaja.Rasanya pujian itu selalu sahaja ku terima sejak kecil.Ramai juga lelaki yang mempelawa untuk bercinta, tetapi ditepis kuat oleh arwah ayah.

Hanya Wahyu satu-satunya lelaki yang dibenarkan mendekati aku.Punyalah sayang ayah pada Wahyu.

Aku bergaya di hadapan kamera mengikut arahan dan telunjuk dari photographer dan Kak Fatin, mula-mula aku kelihatan kekok.Lama kelamaan lenggok badan dan ekspressi wajahku memuaskan hati mereka.

Selesai photoshoot, aku duduk bersama Kak Fatin.Dia membelikanku milo ais untuk menghilangkan dahaga.

Penat juga rupanya bergambar.Bukan semudah yang aku sangkakan.

"Ni ke model yang you cakap tadi Fatin.."suara dari belakang mengejutkan kami.

Mirza menarik kerusi dan duduk setentang denganku. Aku membetulkan kedudukan agar lebih kelihatan selesa. Sedikit berdebar untuk berhampiran dengan lelaki jenis impianku ini buat pertama kali.

"Yep, Mirza.Actually our staff jugak, maybe you ada ternampak dia sebelum ni.Dhia Qaireen.."Kak Fatin memperkenalkan aku.

Mirza mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Cantik.Tapi sorry I memang tak pernah perasan you Dhia sebelum ni.."puji Mirza disusuli dengan maaf.

Sahlah, tanpa solekan dan baju cantik seperti ini aku tak mendapat perhatiannya langsung.

"So, next time, tak payah pening kepala cari model lah Fatin. Put Dhia as our brand look..okay?"saran Mirza pada Kak Fatin.

Aku menjerit keseronokan dalam hati.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now