37

6.8K 154 1
                                    

Aku melabuhkan punggung ke sofa sementara menunggu Wahyu membuat pendaftaran masuk. Dhina dan mak duduk di hadapanku. Teh hangat yang dihidangkan oleh pihak hotel ku hirup perlahan.

Aku memerhati keadaan sekeliling.Interior dalaman Hotel Smokehouse di Tanah Rata ini sangat menarik. Bercirikan kolonial dan kedesaan Inggeris.

"Penat ke mak?"tanyaku.

Mak mengangguk perlahan. Aku mengambil tangan mak dan mengurut-urut perlahan. Tangan mak semakin kelihatan berurat. Kurus dan kasar.

"Mak tak makan ke? Tinggal tulang aje ni.."tanpa sedar kata-kata itu keluar dari mulutku. Sedetik terus perasaan bersalah hinggap di mindaku.

Mak kurus disebabkan aku.

"Buat-buat tanya pulak kan.Macam mana mak nak lalu makan kalau anak sulung dia dua tahun hilang tak tahu pergi mana?"

Semburan kata-kata Dhina membuatkan aku malu sendiri.Mak mengenggam tanganku kuat-kuat.Wajahnya tiada sebarang reaksi.

"Adik tempah berapa bilik?Mak kongsi bilik dengan adik ajela ye.Tak payah membazir banyak-banyak bilik.."

Mak menukar topik perbualan.

"Adik book family suit mak.Ada dua bilik.Adik share dengan mak.Pasangan pengantin lama tapi baru jejak kasih ni kita bagi sebilik.."

Aku tergelak kecil.Aduhai, ini pun satu masalah.Bagaimana aku mahu tempuhi satu lagi malam bertemankan Wahyu dalan bilik yang sama?

"Aku nak sebilik dengan mak la dik.Rindu sangat nak tidur dengan mak.Kita bertiga la ye tidur sekali.."kataku membuat alasan.

Mak tersenyum-senyum sahaja memandang Dhina.Tahukah mak apa yang sedang bermain di fikiranku saat ini?

"Eh mana boleh kak, katil mak dengan aku single. Kau nak menyelit dekat mana? Katil double untuk bilik kau kecik pulak, tak muat bertiga.."cepat sahaja Dhina membangkang ideaku untuk tidak sebilik dengan Wahyu.

Aku menghentakkan kaki perlahan. Rasanya jelas wajahku mempamerkan reaksi tidak mahu. Terus lupa dengan janjiku pada Wahyu untuk menggembirakan mak sepanjang percutian kami di sini.

"Tak baik buat suami macam tu..Yang lepas-lepas jangan dikenang-kenang lagi.Mula yang baru..Tak apa, lepas-lepas ni boleh tidur dengan mak.Dekat sini cuba tebus balik dosa Dhia dengan Wahyu.."

Mak memberikan nasihat. Aku termenung panjang mendengarnya.

Takkan tertebus dosaku pada Wahyu dan semua, mak.Malah kepulanganku kali ini semata-mata untuk menamatkan episod dosaku pada Wahyu.

Tapi nampaknya harapan mak untuk aku kembali semula pada Wahyu sangat menggunung.

"Mak..."rasanya mahu sahaja aku berterus terang pada mak tentang niatku mahu berpisah dengan Wahyu. Rasa mahu meletup dadaku menyembunyikan apa yang tersemat di hatiku.

Sanggupkah aku untuk menyakitkan hati mak sekali lagi? Adakah aku mahu terus menjadi anak yang hanya pentingkan diri sendiri.

"Jom, boleh masuk bilik.."Wahyu menghampiri kami sekaligus menghentikan terus kata-kataku.

Aku bangun memimpin tangan mak dan mengekori Wahyu yang seronok berbual dengan Dhina.

Family suit yang ditempah oleh Dhina sangat selesa. Ianya seakan rumah kecil dan ada balkoni di hadapannya.Berdiri di balkoni kami dihidangkan dengan landskap taman di hadapan hotel.

Memasuki ruang dalam suit, ada dua bilik tidur yang dipisahkan ruang rehat yang luas.Pemandangan di tingkap sangat mendamaikan dengam berlatar belakangkan bukit bukau diselaputi kabus sejuk Cameron Highland.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now