56

7.8K 194 0
                                    

Wahyu Hanafi's pov

"So inilah suami Dhia.."lelaki bernama Daim itu bersuara selepas aku memperkenalkan diri.Aku tersenyum sahaja.Tangan ku masukkan ke dalam kocek.

"Apa status Wahyu dan Dhia sekarang?"tanya Kak Baiti pula.

Kami berdiri di kawasan lobi berhampiran lif.Aku teringin mengajak mereka berdua duduk minum sebentar namun hari sudah pun senja.Banyak sebenarnya pertolongan yang aku mahu minta daripada mereka terutamanya Kak Baiti.

"Dhia akan balik kampung ikut saya kak.Kami dah berbaik semula.."jawabku.

Aku harap itu benar-benar akan terjadi.Sikap suka melulu dan drastik Dhia membuatkan aku trauma.Takut dia hilang daripadaku lagi selepas kejadian sebentar tadi.

"Dhia tu dah kenapa pulak masam aje tadi.Gaduh dengan Wahyu ke?"

Aku tersengih dan menghela nafas.Malu rasanya hendak bercerita hal rumahtangga kepada orang yang aku baru kenali.

"Tula kak. Ada masalah sikit tadi. Akak tolong tengok-tengokkan Dhia ye.Katanya nak berehat dulu dekat sini seminggu dua ni.Nanti saya ambil dia bawak balik kampung.."

Kak Baiti menggeleng-gelengkan kepala.

"Pening betullah dengan Dhia ni.Dari satu ke satu masalah.Memang eloklah Wahyu baik semula dengan Dhia.Dekat sini pun bukan selamat sangat.Orang lawa macam dia, ramai yang kacau daun.."

Aku tersenyum kelat sahaja.Itu yang aku risaukan. Dapat pula lelaki buaya macam Mirza.Walau Dhia aku yakin bijak menjaga maruahnya, tapi campur tangan syaitan tak ada siapa yang boleh nafikan.

Tanganku menyeluk saku seluar. Wang RM300 yang memang ada di situ ku keluarkan.

"Kak, ini buat belanja Dhia sepanjang minggu ni ye.Minggu depan saya datang ambil dia.Kalau boleh jangan bagi dia keluar rumah langsung.."

Jika boleh ku kurung dalam sangkar, aku kurung perempuan bernama Dhia Qaireen itu.Risau tak pernah hilang jika dia jauh dariku. Tapi apakan daya, dia terlalu ku kasihi.Melihat dia bersedih adalah benda paling akhir yang aku ingini.

Kak Baiti pada asalnya menolak namun akhirnya dia menerima juga wang tersebut.Abang Daim juga berpihak padaku mengatakan Dhia adalah tanggungjawabku.

"Iyalah Wahyu jangan risau.Akak akan tengok-tengokkan Dhia.."

Selesai berbincang dengan mereka, aku mencari masjid untuk menunaikan solat maghrib.Jam baru menunjukkan pukul 7.

Aku mencapai telefon untuk menghubungi Muzaffar pula.Penolong Pengurus Operasi di Kilang Beras Dhija.Lelaki berusia 32 tahun itu juga antara yang akrab denganku.

"Assalamualaikum Muz.."kataku bila dengar talian dijawab.

"Waalaikumussalam..ye bro.Ada apa telefon nak dekat maghrib ni?"Muzaffar menjawab.Terdengar suara nyaring anaknya di belakang sedang bermain.

"Aku rasa kita report polis pasal Iman la..Kau rasa macam mana?"aku meminta pendapat Muzaffar tentang Iman.

Mungkin ini adalah masa yang tepat untuk menyerahkan Iman pada pihak yang sepatutnya. Selama ini aku memberi peluang untuk Iman berubah memandangkan aku sudah mengenalinya lama.

Skandal keterlibatan Iman dalam sindiket penyeludupan beras import sebenarnya sudah lama. Aku dan Muzaffar sudah lama diberitahu oleh partner kami di Thailand.Iman antara orang tengah dalam membawa beras Siam secara seludup dan tanpa melalui proses duti import.Beras-beras itu kemudiannya dihantar ke pemborong serata Malaysia.

Pada mulanya aku tidak percaya.Apabila bukti-bukti transaksi pemindahan wang ke akaun Iman sehingga ratusan ribu ditunjukkan oleh Muzaffar padaku, baru aku yakin.Begitu juga dengan email-email perbualan yang boleh dijadikan bukti bahawa Iman terlibat dalam pengedaran beras seludup di Malaysia.Bagaimana Muzaffar dapat mengesan semua itu pun aku tak pasti.

"Dah lama aku bagitahu dengan kau kena report polis.Ini bukan kes datang lambat ke ofis.Ini sindiket besar. Silap haribulan nama kilang kita terpalit sekali.."hujah Muzaffar di hujung sana.

"Yelah, masalahnya bukan dia seorang yang buat kerja tu.Dia seorang je tak jadi apa.Itu yang aku berat nak buat report tu.Lagipun dia tak kacau kilang kita.."

"Aku dah bagitahu banyak kali pada kau biar polis yang uruskan.Kita buat part kita.Dapat report polis, kita terminate atau gantung Iman buat sementara waktu..Dia nak masuk lokap atau continue buat benda haram tu itu masalah dia. Janji kita dah lepas..."nasihat Muzaffar buat kesekian kalinya.

"Dia tak ada family la Muz. Aku kesian kat dia.."

"Sorryla bro. Aku rasa Iman jadi makin teruk sebab kau terlalu bagi muka dekat dia. Memangla dia tak ada family, tapi yang buat benda haram tu dia. Patut dia sedar diri dia sorang-sorang kat dunia ni.Janganlah buat benda yang salah.."

Aku menarik nafas. Apa yang dikatakan oleh Muzaffar itu sangatlah benar. Pada mulanya aku bawa Iman bekerja sekali kerana kasihankan dia menganggur. Iman banyak membantu aku ketika di zaman universiti dulu. Lama kelamaan dia mula cuba mengawal kehidupanku. Apatah lagi dengan ketiadaan Dhia di sisi. Paling aku tak sangka, dia berani terlibat dengan urusan sindiket penyeludupan beras.

"Kau kesian dekat dia.Dia ada kesian dekat kau? Kalau polis angkut kita sekali macam mana sebab dia kerja dekat syarikat kita? Lagi satu, tengok macam mana cara dia layan isteri kau dekat meeting hari itu. Kau nak rumah tangga kau hancur lagi kali ni sebab dia? "

"Hmm..tu lah Muz.Iman dah start buat hal dengan Dhia.Dia whatsapp Dhia video yang dia nak cium aku haritu.Tapi pelik bro..dia edit cantik gila. Nampak macam aku yang beria.."

Muzaffar tahu hal bodoh itu.Kejadian itu berlaku ketika meeting di Kuala Lumpur selepas percutian aku dan Dhia sekeluarga di Cameron Highland. Malam itu aku dan Dhina menemankan Iman berjumpa kawannya. Di lobi hotel, Dhina ke tandas. Aku dan Iman menunggu di hadapan lif. Tiba-tiba sahaja Iman datang, memeluk dan mencium bibirku.Sumpah kejadian itu tak sampai 5 saat. Tapi menjadi panjang bila diedit. Kejadian selepas itu tidak ditunjukkan pula di dalam video yang dihantar kepada Dhia.

"Aduh bro. Melampau betul Iman ni. Ada pulak yang jadi tukang record ya. Habis Dhia macam mana? Lari lagi pulak dia tu.."

"Kau jangan sebut perkataan tu Muz. Berpeluh dah aku dengar ni..."

Muzaffar tergelak di hujung sana.Dia sangat memahami aku dan tahu bahawa saat ini adalah paling bahagia buatku bila Dhia pulang semula ke pangkuanku.

"Dahlah bro. Azan dah. Bini dan anak-anak aku dah ready nak solat sekali.Kau settlekan hal kau dengan Dhia.Lepas tu jangan lupa projek baru kau nak launched dah minggu depan.  Iman punya hal kau jangan risau, jangan campur. Aku tahu nak buat apa..."

"Aku tak payah campur? Okay. kau buat apa yang patut Muz. Aku dah tahap tak larat nak layan ni.Serabut jadinya.Thanks banyak-banyak bro..."ucapku pada Muzaffar dan terus menamatkan talian.

Aku keluar dari kereta dan berjalan kaki menuju masjid. Di hadapanku ada pasangan suami isteri saling memegang tangan anak-anak mereka. Semoga suatu hari akan tiba bila aku dan Dhia dapat memimpin tangan anak-anak kami pula, menunaikan solat berjemaah di masjid.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now