52

7.5K 178 7
                                    

"Hai Mirza, Fadh..Sorry kacau.."

Terkejut mereka berdua yang sedang berpelukan tanpa seurat benang melihat aku tiba-tiba muncul di hadapan. Walaupun terasa loya melihat tayangan percuma di hadapan mata, aku tetap berdiri tegak dan tersenyum untuk menampakkan ketenangan diri.

"Dhia.."

Mirza bersuara sepatah.Manakala Fadhlina pula menurunkan badannya ke dalam tab yang dipenuhi sabun, mahu menyembunyikan diri agaknya.

"Ya Mirza. Saya Dhia.Perempuan kampung yang you ajak kahwin beberapa minggu lepas. Sorry kacau your luxurious time.Mungkin tak sesuai but I dont care..."

Mirza perlahan-lahan mahu keluar.Automatik aku menjerit.

"No!! Stay kat situ. Mata I lama lagi nak guna, tak pasal-pasal buta tengok benda haram hari ni.."

Mirza duduk semula.Mereka berdua kelihatan seperti anak penguin di Zoo Negara.Terpaku dan patuh mendengar kata-kataku.

Sepatutnya aku bawa rotan.Ku libas sedikit punggung kedua-duanya sebagai pengajaran.

Aku menarik nafas sebelum memulakan kata-kata. Sebenarnya aku terlalu geram, risau tiada perkataan yang mampu ku luahkan ketika ini.

"Listen Mirza.I cakap sekali sahaja.You jangan cari I lagi lepas ni.I resign from Magenta dan I tolak lamaran you.."

"Ini kunci kereta.I dah parking kat bawah.You boleh ambil balik Porsche you yang mahal tu, I tak hairan."kataku dan membalingkan kunci tersebut ke mukanya. Dia terkejut, mujur dia sempat mengelak,kunci terjatuh ke dalam air.

"Ini kad akses untuk rumah, you boleh guna bila-bila masa jika nak bergusti dengan Fadh, atau mana-mana perempuan busuk yang lain."aku baling juga dan terkena pada kepala Fadhlina.Perempuan biang itu mengaduh perlahan.

"Ini telefon dan cincin."Dua barang terakhir itu sengaja aku jatuhkan dalam tandas. Ikutkan hati mahu sahaja aku tekan butang flush.Biar dia kerugian berpuluh-puluh ribu.

Sengaja aku balas dengan kekasaran kali ini.Biar Mirza ingat sampai bila-bila.Dia ingat aku apa? Apa tujuan dia mahu mengahwini aku?Sekadar pelengkap dalam biodata  kehidupannya dan pada masa yang sama dia perlukan wanita lain juga untuk memuaskan nafsunya?

"Dhia..."Mirza merayu lagi.

"Diam. Jangan sebut nama I..Geli tahu tak?I nak balik dah ni.You can continue your game dengan Fadh.Harap-harap you tak sakit jantung masa tengah klimaks.."

Aku berpaling.Tiba-tiba teringat tentang Farah Hanim dan Izzati.

"Lagi satu, I jumpa Farah last week dengan anak you, Izzati.I rasa better you jumpa diorang.I dah suggest pada Farah buat ujian DNA dan kalau you still tak nak mengaku,  Farah will supply the news to press.Biar lingkup bisnes you.Biar malu mak ayah you.."

"Lastly....."aku menegaskan di situ.

"You tak payah nak rasa bersalah sangat pada I. Sebab I pun dah kahwin.Dengan orang lain.Memang Tuhan suruh I jumpa lelaki tak guna macam you dulu untuk I hargai apa yang ada depan mata I"

Dengan kata-kata itu aku terus berlalu keluar laju-laju menuju lif.Mujur jika hendak turun tak memerlukan akses. Mirza masih belum sempat meletakkan password sebagai tambahan keselamatan.

Lega aku bila turun ke bawah.Terasa satu beban yang menghempap kepalaku lenyap tiba-tiba. Dari rasa bersalah kerana menipu Mirza kepada rasa geram kerana tak sangka rupa-rupanya aku juga ditipu selama ini.

Matahari terik.Dan tiada teksi kelihatan pula di saat ini.Sudahlah aku ketiadaan telefon bimbit ketika ini, jika tidak boleh juga ku hubungi Uber atau Grab.

Aduh.Aku menepuk dahi. Memang aku ni tak berfikir panjang.Segala nombor telefon ada di dalam telefon itu, dan aku buangkan tanpa berfikir panjang ke dalam mangkuk tandas.

Bagaimana pula caranya untuk ku hubungi Wahyu atau mak jika berlaku sebarang masalah? Bagaimana untuk memberitahu Kak Baiti bahawa aku akan berhenti kerja dan pulang ke kampung selepas ini?

Aku memeriksa beg tangan, mujur kunci rumah sewa ada.Aku mahu ke sana selepas ini untuk mengambil barang-barangku.Mungkin aku akan meninggalkan nota untuk Kak Baiti.

Mata ku halakan ke hadapan. Satu lagi masalah.Mirza berdiri di hadapanku.Dengan rambut dan baju sedikit basah, mungkin tidak dilap dengan sempurna.

Apalah dia ni..kenapalah tak bersedia dengan tuala jika ada plan untuk bercinta di bilik air?

"Dhia..I tak tahu nak explain apa.I guess I have to admit apa yang you nampak tadi.  But when I said I love you, I really meant it.."

Dia mengusap rambutnya yang basah.Aku pula menyilangkan tangan.Panas terik membuatkan aku malas hendak memberi respon.

"Dhia, bagi i peluang.."Mirza merayu.Spontan aku menggeleng-gelengkan kepala.

"No.Mirza.Anggap kita tak ada jodoh ok.I harap you akan bertanggungjawab dengan perempuan-perempuan yang you pernah rosakkan hidup mereka.Apatah lagi yang sampai mengandung macam Farah?Banyak yang dia kena korbankan sebab you."

Mirza mengeluh.

"Dhia.Itu benda biasa dalam hidup I sebelum ni.I janji akan berubah untuk you kalau itu yang you nak."

Aku membuat muka jelek.

"Itu biasa bagi you.Luar biasa bagi I.You nak berubah, please berubah sebab Tuhan, bukan sebab I. Lagi satu..I dah cakap tadi kan I dah kahwin.."

"You tipu kan Dhia..Bila masa pulak you kahwin? You kahwin dengan siapa? Takkan you balik sekejap dekat kampung, you pergi kahwin?"

Aku menarik nafas.Kali ini aku berjalan menuju ke kawasan  pejalan kaki berhadapan lobi.Lebih redup.Mirza mengekoriku.

"I minta maaf sebab tipu you.Tapi i rasa kita sekarang 0-0 sebab apa yang you buat dengan Fadh tadi lebih jijik. I memang dah kahwin tapi I lari tinggalkan my husband. Dah lama.Actually I nak failkan cerai sebelum ni tapi tulah, rahsia Allah kita tak tahu. I tak jadi nak proceed with that.And you saw what happen today, Tuhan nak tunjukkan yang I memang tak patut tinggalkan suami I.."

Kata-kata itu ku luahkan lancar dan lembut sekali.Tiada nada marah dan agresif seperti tadi.

"Tapi I sayang you Dhia..I sanggup bagi apa sahaja yang you nak.."

"Tak, you tak sayang I.You cuma gunakan I.Tapi tak apalah, I pun tak pernah sayang pada you.I sayang duit you sahaja.Sorry about that.Minta halal ye apa yang you belanja I selama ini.."

Terpaksa pula aku meminta halal.Kurus-keringlah badanku jika masih berlagak ego dan mahu mengganti semua duit yang Mirza pernah belanjakan untukku.Sekali keluar sahaja belanja untukku mencecah ratusan ringgit.

"Tak apa Dhia.We can continue with that.I akan make sure you jadi perempuan paling bahagia.Please.Kahwin dengan I.Tinggalkan suami you.."

Aku memejamkan mata.Degil betul Mirza Fadhli ni.Apa lagi ayat yang padu patut aku suarakan agar dia faham?

"Dhia..."

Mirza menarik tanganku.Aku cuba menarik semula agar dia melepaskan.

"Apa ni Mirza?"marahku.

"Apa ni pegang-pegang? "Suara lelaki lain pula menegur dari belakang.

Aku menoleh.Boleh pula Wahyu ada di sini?So klise.

Boleh pula Wahyu ada di sini?So klise

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now