♡ Sembilan Belas ♡

5.9K 141 0
                                    

Aku menyarung blouse hitam yang diminta Mirza untuk malam ini.

Jenama Victoria.Tak pernah terfikir olehku untuk menyarung pakaian ilham daripada Victoria Bekham ini.Mimpi jadi nyata.

Dress ini pada kelas yang tersendiri.Potongan elok mengikut tubuh namun sedikit terdedah di bahagian dada.

"Cantik.Sesuai dengan Dhia.Pandai pula Mirza pilih.."puji Kak Baiti. Dia daripada tadi membelek-belek helaian baju yang diberi oleh Mirza.

Nampak sangat aku tidak berapa arif tentang jenama pakaian yang diberi oleh Mirza memandangkan Kak Baiti nampak lebih teruja dalam meneliti setiap inci helaian demi helaian baju-baju tersebut.

Aku memusing-musingkan badan di hadapan cermin. Cantik tapi rasanya aku tak akan patuh pada permintaan Mirza malam ini.

Aku tak mahu dianggap mudah pada temujanji pertama ini. Aku akan keluar dengannya sebagai seorang perempuan dan bukannya staf.

Terasa gatal pula kepalaku tiba-tiba. Ada persoalan di dalam hatiku? Dalam pada aku tertanya-tanya apakah tujuan Mirza yang sebenarnya, ada rasa teruja di dalam hatiku.

Terasa bagaikan Cinderella yang tiba-tiba bertuah.Daripada pelarian rumahtangga yang tidak aku relakan, malam ini aku dijemput untuk dinner oleh jutawan muda.

Pelarian rumahtangga.

Comel juga bunyinya.Sayangnya rumahtangga yang aku berlari tinggalkan itu sebenarnya sedang berdiri utuh di belakangku.

Cuma aku yang tidak sedarkan diri.Mengharap ianya roboh sendiri.Berdoa setiap saat semoga Wahyu putus asa denganku dan memfailkan perintah cerai buatku.

Meremang tiba-tiba bulu romaku.Cerai, Wahyu..perkataan-perkataan itu bagaikan elektrik yang merenjut nadiku.Terbayang pandangan mata Wahyu yang penuh dengan amarah dan benci siang tadi.

"Ha..tu kenapa geleng-geleng kepala tu?"Kak Baiti menegurku.

Aku tersengih.Kantoi.Ketara agaknya otak aku ke lain.

"Tak lah kak.Tak nak lah pakai baju ni.Seksi banget.."

"Seksi ke? Tak adalah seksi sangat.Leher aje luas sikit.."balas Kak Baiti.

"Tak naklah. Antara yang kuning dengan biru ni mana lagi okay?"aku bertegas dan mengalihkan soalanku pada Kak Baiti untuk membuat pilihan yang lain buatku.

"Kuning ni lah Dhia.Biru ni maybe lagi sesuai untuk formal event.."

Aku mencapai dress kuning dan berlari masuk ke dalam bilik air untuk menukar pakaian.

Janjiku dengan Mirza jam lapan malam.Lagi setengah jam dan aku masih belum bersiap.

~~~~~~~~~~~☆☆~~~~~~☆☆~~~

"Kenapa tak pakai Victoria black tu?"tanya Mirza sebaik aku masuk ke keretanya.

Aku tersenyum sahaja walau dalam hati berdebar juga.Masih terasa gap antara aku dan dirinya selaku staf dan pekerja.

"Emm..i keep that one for another date.."jawabku dengan tutur satu demi satu.Itu sahaja yang terlintas di kepalaku agar tidak membuatkan Mirza tersingung.

"So you consider tonight is a date..?"

Intonasi Mirza berubah 360 darjah mendengar jawapanku tadi.Daripada suram kepada nakal bunyinya.

"Depend.."jawabku sepatah.

"So, do you wish another date after tonight?"

"Haha. We'll see.Tengok macam mana prestasi our date tonight.."aku tergelak besar, spontan. Berani pula aku menguji Mirza melalui kata-kata. Sekurang-kurangnya aku mahu dia tahu aku tak mudah dikawal 100%.

Mirza meneruskan pemanduannya.Setengah jam kemudian, dia menghentikan kereta di hadapan sebuah bangl0 besar di atas Bukit Tunku.

"Ni ke tempat you nak bawak I dinner? Macam someone's mansion aje.."komenku perlahan.

Mirza hanya tersenyum. Dia menghulurkan tangan untuk memimpinku. Aku teragak-agak untuk menyambut. Akhirnya tanganku di dalam genggamannya.

Kami berjalan seiringan. Seorang pelayan berjalan mendahului kami menuju ke tingkat atas. Aku memerhati keadaan sekeliling villa tersebut. Hiasan dalamannya diubahsuai mengikut citarasa Hindi zaman klasik.

Mataku asyik tertumpu ke atas syiling, merenung lampu chandelier gergasi yang memukau pandangan. Boneka gajah pula tersergam di tengah pancuran air di bahagian tengah ruang.

Pelayan-pelayan yang berdiri di sepanjang laluan tangga juga berpakaian tradisional India. Meletakkan tangan di dada dan menunduk separuh badan apabila aku dan Mirza melintasi mereka seorang demi seorang. Membuatkan aku tiba-tiba terasa seperti puteri raja pada zaman purba.

Kami dibawa masuk ke sebuah bilik yang mempunyai hiasan yang sama konsep seperti di bawah. Bagaikan istana raja kesultanan Delhi.

"This restaurant only limited to VVIP, and must with membership card.."terang Mirza apabila melihat aku masih terpinga-pinga melihat persekitaran bilik.

Manakan tidak, untuk bilik ini sahaja hanya ada satu meja bulat paras lutut. Kami duduk di atas bantal bertatahkan labuci pelbagai warna. Di bahagian hadapan, ada pentas memenuhi ruang.

Selang sepuluh minit, ada pelayan masuk sambil membawa makanan. Aku menelan liur melihat hidangan India lengkap. Unik juga Mirza ini,jarang-jarang dinner berkonsepkan begini.Biasanya candle light dinner bersama makanan barat.

Bagus pun, perut aku asyik menyanyi keroncong dari tadi.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now