♡ Satu ♡

14K 267 0
                                    

2014.

Aku meletakkan basikal di sebelah pangkin "port" kami. Wahyu sudah lama menunggu di situ dengan pancingnya.

Azam dan Khairul pula sedang mandi dalam tali air.

Aku duduk di sebelah Wahyu. Dia memandangku.

"Baru nak datang kan..Aku dah balik dua hari, tunggu kau tak sampai-sampai.."

Wahyu bagai marah padaku.Aku sudah berjanji untuk bertemunya semalam tetapi keadaan tidak mengizinkan.

"Sorryler.Ayah tak sihat.Baru keluar wad.Tak sampai hati nak keluar rumah semalam.."jawabku.

Memang betul. Ayah baru sahaja stabil.Minggu lepas dia diserang semula sakit jantung dan terpaksa dirawat di hospital.

"Oh ye ke? Habis ok dah Pak Yusuf, tak ada pulak abah aku cakap ?"tanya Wahyu.

Aku mengangguk.

"Ok macam tu ajelah.Doktor kata still kena hati-hati.."

Kami sama-sama memandang Azam dan Khairul yang sedang melakukan terjun tiruk.

"Isyh, apa pandang orang laki mandi pulak.."marah Wahyu padaku.

Hehehe.Aku gelak.

"Macam mana belajar, okay ke? Dah siap ke tesis kau?"

"Okaylah.Baru hantar.Tu yang balik kampung sekejap.Release tension.Dapat tengok muka kau hilang sikit serabut.."

Aku mencebikkan bibir.Suka sangat mengayat aku.

"Seronoklah kau nak habis belajar dah..Aku lagi setahun.Lamanya!!!"aku menjerit sambil mengangkatkan tangan tinggi-tinggi.

Aku muda setahun daripada Wahyu.Dia 21 dan aku 20.Dia di Universiti Malaya belajar kejuruteraan sedang aku..mmm..kolej di Sabak Bernam, belajar bisnes. Mimpilah ayah hendak lepaskan aku keluar dari sini.Inilah sahaja duniaku.

Wahyu kawan sejak kecil.Peliknya walau ramai lagi budak perempuan yang seusiaku, aku hanya selesa berkawan dengan Wahyu.

"Kau nak buat apa habis cepat-cepat?Dah tak sabar nak jadi bos ye.."ejek Wahyu.

"Tolong sikit..Bukan kau ke yang ayah aku asyik sebut suruh jaga kilang dia.."

Wahyu tersenyum sahaja.

"Kalau aku jaga kilang pun, kau tetap anak bos.Mana boleh aku lawan.."jawabnya pula.

Semua tahu aku anak tokeh kilang padi.Alah, kecik aje kilangnya pun.Tak boleh nak dibanggakan sangat.Tapi itulah titik peluh ayah sebagai usahawan.Dari pesawah hingga ke pemilik kilang.

"Aku nak kerja kat KL lah Wahyu.."luahku. Wahyu menolehku sekilas.

Rasanya tiap kali kami bertemu itu adalah luahanku yang wajib.Wahyu sahaja yang tahu betapa aku mahu keluar dari sini dan melihat dunia lain terutamanya Kuala Lumpur.

"Tak payahlah kerja kat KL.Tak ada apa pun.Kau duduk sehari kat sana pun dah pening.."

"Alah..kau dah memang belajar dekat situ tak apalah..Aku ni langsung tak pernah ke sana.."kataku sambil memuncungkan bibir..

Kaki ku kocak-kocakkan dalam air.Hatiku juga berkocak-kocak.

"Nanti aku bawak kau jalan-jalan kat sana.Tapi kita kerja sini cukuplah.Kau jadi bos.Biar aku tolong kau jaga kilang.."Wahyu cuba memujukku.

Sederhana sungguh Wahyu ini.Cita-citanya sejak dari dulu mahu membantu ayahku.

"Hmm..tak nak.Kau jagalah sorang-sorang.Aku nak pergi KL, nak kerja bahagian fesyen..untung-untung dapat suami kaya.."

Jawabku.Aku mengharap ada respon dari Wahyu, mahu tahu sama ada dia marah atau cemburu dengan kata-kataku.

Wahyu hanya memandang ke hadapan.Fokus pada batang pancingnya.



Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now