38

6.8K 158 0
                                    

Suasana ladang strawberi di Taman Sedia ini sangat mengujakan aku.Bagai anak kecil, aku dan Dhina berlumba-lumba memetik buah strawberi.

Wahyu dan mak duduk santai sahaja di kafe berhampiran sambil memerhatikan kami.Entah apa yang dibincangkan mereka aku tak tahu, nampak serius sahaja.

Aku harap Wahyu tidak memecahkan rahsia di sebalik kepulanganku kali ini.Kesian mak jika dia tahu anaknya ini ada rancangan yang bakal menghancurkan hatinya.

"Abang, kau bayar ya semua ni.."Dhina meletakkan bakul strawberinya di atas meja.Aku juga menurut langkahnya, duduk di sebelah emak dan berhadapan dengan Wahyu.

Ku lentokkan kepala di bahu emak.Tanganku lingkarkan ke pinggangnya.

"Penatla mak.."aduku manja.Dhina mencebikkan bibir.

"Mengada-ngada.Kau nak aiskrim tak kak?"

Aku sengih lebar.Lama rasanya aku tak sebahagia ini.Dikelilingi manusia yang sejak kecil memanjakan aku.

"Nak..sedapnya.Letak banyak sikit strawberi tau..."pintaku pada Dhina.

Dhina mencebik lagi namun langkahnya terus diatur menuju ke kaunter.

"Wahyu, ambil gambar aku dengan mak sekejap.."pintaku pada Wahyu sambil menghulurkan Iphone ku.

Wahyu melihat paparan di Iphone ku.

"3 missed call.Mirza Fadhli.."kata Wahyu perlahan sambil matanya merenung ke arahku tajam.

Aku membulatkan mata.Dia tak sepatutnya memecahkan rahsiaku tentang Mirza di hadapan emak.

"Siapa Mirza tu Dhia?" tanya mak padaku.Ada nada syak dari suaranya.

Aku senyum dan membuat wajah geram ke arah Wahyu.Dia selamba sahaja terus menerus membelek telefonku.Kurang ajar.

"Bos Dhia mak.Kecoh je Wahyu ni.."terangku pada mak dan berharap tiada soalan lanjutan selepas ini.

"Cepatlah ambil gambar aku dan mak.."arahku pada Wahyu.

Aku melentokkan semula kepalaku di bahu emak.Emak sporting menunjukkan simbol peace apabila diarahkan Wahyu.

"Dhia ambil gambar dengan Wahyu pulak..mak nak print gantung kat ruang tamu.."pinta mak.

Aku bangun perlahan-lahan untuk duduk di sebelah Wahyu.

"Eh, berdiri sandar dekat pagar tu lah, cantik sikit ada background ladang teh.."

Dhina yang baru tiba dengan sedulang makanan, aiskrim dan teh pula menyambung peranan mengarahkan aku dan Wahyu bergambar.

Aku berdiri hampir dengan Wahyu. Dia melingkarkan tangannya di leherku membuatkan jarak antara kami lebih rapat.

"Keras aje muka kau kak..Senyumlah sikit.."marah Dhina.

"Yelah, pandai-pandai aje kau ni kan.."giliran aku pula menyuarakan geramku pada Dhina.

Aku tersenyum, cuba untuk memberi posing terbaik untuk tatapan mak.

"Lagi sekali.."pinta Dhina.

Tiba-tiba terasa bibir Wahyu menyentuh pipiku.

Bengong.Tanganku laju untuk memukul Wahyu malangnya dia sudahpun lari dari sisiku.

"Yeay! Cayalah bang.."jerit Dhina bersorak.

Aku sudah tidak peduli mata-mata yang memerhati kami berkejaran di kafe tersebut.

Wahyu gelak terbahak-bahak dan akhirnya berhenti di satu sudut. Dalam gelak yang masih bersisa dia mengelak apabila aku cuba memukul tubuhnya.

Dapat juga ku pukul badannya berkali-kali hingga dia mengaduh kesakitan.

"Aduh, sakitlah.."katanya sambil mencapai tanganku dari terus menerus memukul lengannya.

"Padan muka, amboi bukan main lagi kau ye ambik kesempatan depan mak dan adik aku.Kan aku dah warning tadi jangan nak melebih-lebih.."

"Eh, kan kita dah janji tadi nak bagi mak happy.Cuba tengok sana, mak happy ke tak? "kata Wahyu sambil matanya memandang ke arah mak. Tangannya masih lagi menggenggam jemariku.

Aku melihat tatapan mata mak ke arah kami begitu gembira.Rasanya ini kali pertama aku melihat senyuman mak selebar ini.

"Jomlah kita minum.Nanti cair aiskrim kau."

Kami berjalan berpegangan tangan menuju ke arah mak dan Dhina.Aku biarkan sahaja genggaman itu jika itu mampu membuatkan senyuman lebar mak terus bertahan.

"Kau tak nak ais krim ke?"tanyaku pada Wahyu apabila melihat dia cuma menghirup teh perisa strawberi. Dia menggelengkan kepala sahaja.Aku dan Dhina sama-sama berebut strawberi di dalam ais krim masing-masing.

"Sampai bila agaknya Wahyu dan Dhia nak ber aku-kau ni..Sakit telinga mak mendengarnya. Orang suami isteri mesti ada panggilan istimewa.Baru mesra hubungan tu.."mak mula berleter.

"Panggillah sayang ke abang ke..dinda ke kekanda ke..kan mak? Barulah sejuk sikit hati mak.."Dhina menambah rencah.

Aku dan Wahyu sama-sama tersenyum simpul sahaja mendengarnya.

"Biarlah mak, Dhia ni pun kita tak tahu, lama atau sekejapnya duduk dengan kita. Entah-entah esok dah balik semula ke KL.."Wahyu merenungku tajam apabila mengungkapkan kata-kata itu. Aku diam sahaja.

"Dhia..."mak bersuara. Aku, Dhina dan Wahyu sama-sama menantikan butiran selanjutnya keluar dari bibir mak.

"Mak tak tahu apa perancangan Dhia selepas ni. Mak harap Dhia tak tinggalkan mak lagi. Sekurang-kurangnya selagi mak ada nyawa ni. Mak harap Dhia bagi peluang pada Wahyu untuk jaga Dhia. Mak nak tengok Dhia bahagia.Mak nak tengok Wahyu bahagia. Dua-dua mak sayang sama rata..."

Mataku mula bertakung mendengar isi hati mak. Mak bagaikan mengerti apa yang terjadi walau aku yakin Wahyu masih tidak bercerita pada mak tentang niatku untuk berpisah.

Kedua-dua tangan mak memegang tanganku dan tangan Wahyu serentak.Seolah-olah simbolik harapannya untuk kami bahagia hidup bersama. Aku mengesatkan air mata yang mula mengalir.

"Assalamualaikum..."satu suara wanita mengejutkan suasana hening di antara kami.

"Waalaikumussalam.."kami serentak menyahut. Seorang perempuan sedang memegang seorang anak kecil di sisinya. Wajahnya seperti biasa ku lihat.

"Dhia Qaireen kan, i Farah Hanim. Ingat tak..last 2 years you ada jumpa I dengan Mirza dekat Bangsar.."Perempuan itu memperkenalkan dirinya sambil bersalaman dengan kami. Aku baru tersedar itu adalah Farah Hanim, bekas pengurus Magenta yang punya sejarah hitam dengan Mirza.

"Oh..." Itu sahaja kata-kata yang mampu ku katakan sebelum bangun dan mengajak Farah Hanim duduk di meja lain.Wahyu seperti tadi, asyik merenung tajam, apa agaknya prasangka yang ada dalam sanubarinya, lagi-lagi bila nama Mirza timbul dari bibir orang asing.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now