"Kau nak ke mana Dhia..sinilah dapat abang.."
Abang Amir dan Abang Fairus masih bertegas tak mahu memberi aku lalu.Naik takut dibuatnya.
Memang setiap hari mereka duduk melepak di sini dan memerhatikan sahaja aku pulang dari sekolah.Mereka penganggur tetap kampung.Hari ini mereka gila agaknya, beria-ia mahu memegang aku.
"Sanalah.Dhia nak balik lah .."aku mengelakkan diri dari dipegang mereka.Abang Amir ada di depanku manakala Abang Fairus di belakangku.Bagaimana agaknya aku mahu melepaskan diri?
Ya Allah, menyesal rasanya aku marahkan Wahyu yang beria menyuruh aku menunggunya agar dapat balik bersama.Hari ini aku ada perjumpaan rumah sukan, makanya aku suruh Dhina balik dahulu.Wahyu yang merupakan Ketua Rumah Laksamana ada perbincangan sambungan dengan Cikgu Zapri.
"Abang teringin nak cium Dhia sikit..Wangi tak agaknya bau anak tokeh kilang padi ni?"
Abang Amir merapatkan tubuhnya denganku.Aku melangkah setapak ke belakang dan terlanggar pula dengan Abang Fairus.
Aku benar-benar takut.Suaraku tersekat di kerongkong.Air mata pula sudah mula mengalir.
"Tolong!!!"aku cuba juga menjerit sekuat hati apabila tak mampu melepaskan diri dari pegangan mereka.
"Babi korang!"Bagaikan superhero datang dari mana, Wahyu menendang kuat badan Abang Amir, menarik aku ke tepi dan sempat menampar sekuat hati Abang Fairus.
Sebaik aku ditolak ke tepi, dia menyambung membelasah mereka berdua.Aku melihat Wahyu benar-benar bertukar watak bagaikan serigala jadian.Tangkas sahaja dia menghayun pukulan sama ada dari kaki atau tangan ke arah mereka berdua.
Agaknya ilmu silat cekak yang dipelajari dari ayahnya Pak Wali sejak kecil habis ditumpahkan hari ini.Penganggur berdua itu pula bagaikan mangsa yang betul-betul tak berdaya, pasrah sahaja dipukul.Ceh, hanya berani mengusik perempuan.
"Jom Dhia..."Wahyu mengambil beg sekolahku dan menarik tanganku apabila mereka berdua tersadai kesakitan.
"Diorang buat apa dekat kau?"tanyanya sambil melibas-libaskan pasir yang terlekat di bajunya.
"Masa kau sampai tadi Abang Amir nak cium aku.."aduku perlahan.Masih lagi dalam keadaan takut.Begitu agaknya perasaan mangsa rogol, benar-benar tidak berdaya.
"Selamat.Kurang ajar betul.Aku pun tak pernah cium kau.."jawab Wahyu selamba.Aku menolak badannnya kuat-kuat.
"Bodoh!"jeritku.Dia tergelak kecil.Sukalah tu dapat mengusikku.
"Dhia, bangun.Dah sampai..."
Aku membukakan mata. Dalam samar-samar aku melihat Wahyu di sebelahku. Aku berada di dalam kereta dengannya. Rasanya tadi aku berbaring di atas sofa di biliknya. Bagaimana aku pula berada di dalam kereta bersamanya?Mimpi ngeri terimbaukan saat hampir dicabul dua orang kutu kampung membuatkan aku pening seketika.
"Macam mana aku boleh ada dalam kereta dengan kau pulak ni?Kereta aku mana?"tanyaku.
Wahyu tergelak nakal.
"Aku ajak Pakcik Guard usung kau pakai stretcher.Nampak aje kurus kau ni..berat macam ada batu.Dahlah tidur mati.Susah betul nak kejut.."
Aku memandangnya tidak percaya. Takkanlah aku yang seberat 46 kilo ini Wahyu perlukan strecher untuk mengangkatku.Wahyu senyum simpul sahaja melihatku terpinga-pinga. Serabai sangat agaknya rupaku ketika ini. Aku memandang jam di tangan.Ya Allah, sudah pukul 12.30 malam.
Bagaimana rancanganku yang mahu berada di kampung hanya 2 jam boleh terlajak hingga tengah malam?
"Lamanya kau meeting.Sampai tengah malam?"tanyaku pelik.Sudahlah hari ini hari Sabtu.
"Meeting habis pukul 7. Lepas tu aku sambung buat kerja dekat bilik. Kereta kau dekat kilang. Tak payah risau.Ada guard jaga.Jom, karang mak pelik kenapa aku tak masuk-masuk lagi dalam rumah.."
Maknanya aku tidur terbongkang sambil dia membuat kerja sepanjang malam.Okay, ini memang memalukan.Macam mana aku boleh langsung tidak sedar?
Dan ini pula di mana?Ya Allah, rumahku.Rindunya dengan rumah ini, dengan bilikku, dengan dapur, ruang tamunya.Rindunya dengan emak.Macam mana agaknya reaksi mak apabila melihat anak derhaka ini?
Tanpa sedar aku masuk semula ke dalam kereta.Wahyu menarik tanganku.
"Kenapa ni? Jomla masuk.Aku penat ni... "tanyanya.
"Wahyu, aku nak balik KL.Aku tak ready lagi nak jumpa mak.Tak pun hantar aku balik ke rumah kita dulu.Biar aku tidur sana.."kataku memberi cadangan pada Wahyu.Teringat rumah sewa mak yang diberikan kepada kami sewaktu mula-mula kahwin.
Wahyu menggeleng-gelengkan kepala.
"Rumah tu aku dah sewakan balik pada orang.Buat apa duduk sorang-sorang.Aku duduk sini sekarang temankan mak. Dhina ada kat U sekarang. Lagipun dah tengah malam ni.Kau nak balik macam mana?"jawabnya.
Aku membuat memek muka benci.Muka ku sembamkan pada dashboard kereta.Aduh, apalah gagalnya rancangan aku hari ini.
"Aku nak masuk ni.Nak mandi, nak tidur.Kau nak tidur sini, jangan lupa kunci pintu kereta.Mana tahu ada orang minyak ke, pontianak, pocong nak tumpang tidur sekali.."
Mendengar kata-kata itu aku terus melompat keluar dari kereta dan mengekorinya masuk ke dalam rumah.Wahyu gelak terkekeh-kekeh melihat aksi aku yang ketakutan.
Kami masuk ke dalam rumah tanpa membuka lampu.Langkah Wahyu pun perlahan-lahan, tak mahu mengejutkan mak yang sedang tidur agaknya.
Aku mengikut Wahyu masuk ke dalam bilikku. Nampaknya status sudah bertukar.Wahyu adalah penghuni rumah ini dan aku adalah tetamu.Aku duduk di atas katil.Dekorasi di dalam bilik ini tidak bertukar. Sama sahaja seperti 2 tahun lalu. Ada tambahan potret kami ketika nikah.Ya Tuhan, buruknya wajahku masam mencuka sedang Wahyu kelihatan ceria.Nampak sangat kena kahwin paksa.
Wahyu mengunci pintu bilik.Aku memandang sahaja tingkahlakunya.Moga-moga dia masih boleh dipercayai seperti dulu.Jika tidak, kepulanganku kali ini hanya sekadar menyerah diri kepadanya.
"Tak payah terkejutkan mak tengah-tengah malam ni.Esok pagi baru kau jumpa dia.."Wahyu bercakap separuh berbisik.Aku mengangguk sahaja, benar juga katanya.
Dia membuka bajunya tiba-tiba. Aku terus menjerit kuat melihat badannya tidak berbaju.
"Aku nak mandilah! Apasal kau menjerit?"dia memarahiku perlahan.Aku mengurut dada. Memanglah aku menjerit.Seumur hidup aku tak pernah lagi seorang lelaki menayangkan badannya di depanku, dalam ruang tertutup pula dan hanya berdua sahaja.
"Bukaklah baju dalam bilik air.Apasal bukak depan aku?"
"Sukalah, bilik aku.Tak nak tengok, pejam mata."jawab Wahyu selamba.Matanya nakal sahaja memandangku.Amboi, bilik ini sudah bertukar hak milik rupanya. Sudah bukan milikku lagi.
Aku membaringkan badan ke atas katil. Malas hendak bertekak dengannya.
Bodoh.Sajalah tu nak tayang six pack depan aku.Aku mengutuknya dalam hati.Sekilas aku menjeling dia yang masuk ke dalam bilik air.
Hmm..kenapa aku seperti dipukau saat ini?
YOU ARE READING
Suami Bukan Pilihan
RomanceDhia Qaireen dilamar oleh jutawan muda industri fesyen Malaysia, Mirza Fadhli. Apa yang dimimpikannya selama ini bagai mimpi jadi nyata. Jadi isteri jutawan. Tapi realitinya tidak semudah itu. Dhia ada rahsia besar. Kisah rekaan semata-mata.Tiada ke...