Bunyi ketukan bertalu-talu di pintu bilik.
"Kak Dhia, Abang Wahyu..bangun.."
Aku membukakan mata perlahan-lahan.Jam baru menunjukkan pukul 4 pagi.
Kenapa Dhina ni?
Aku bangun dari katil dan menuju ke pintu.Hampir sahaja aku terjatuh kerana tersadung sesuatu.
Wahyu! Apa yang dibuatnya berbaring di lantai bilikku.Dia pun tersedar daripada tidur akibat ditendang olehku.
Oh, Wahyu sudah bernikah denganku semalam. Kepalaku sedikit pening.
Pintu bilik ku buka.
"Kak..ayah dah tak ada!!" Dhina menangis teresak-esak dan memelukku.
Ya Allah! Terasa semangat dalam diriku diangkat terbang tinggi.
Aku terduduk dan turut menangis teresak-esak.Wahyu memelukku erat dari belakang.
♡~~~~~~~~~♡♡♡♡~~~~~~~~~~♡
Pulang dari tanah perkuburan, mak memanggil aku dan Wahyu duduk di meja makan.
"Wahyu, Dhia, terima kasih banyak-banyak tunaikan hajat ayah.Ayah dah lama nak Wahyu jadi keluarga.."
"Hmm.."aku menjawab tanpa perkataan.
"Yalah mak.Terima kasih juga mak terima Wahyu jadi menantu.."ucap Wahyu berbahasa.
Aku hanya merenung tin biskut di atas meja.Berganda-ganda sedihku hari ini.
Semalam terpaksa berkahwin dengan kawan baik.
Hari ini aku kehilangan ayah.Mungkin semuanya lega kerana hajat ayah tertunai.
Tapi hatiku bengkak kerana tidak sepenuh perasaan menerima sahabat sendiri jadi suami.Bukan ini suami yang aku idam-idamkan.
"Mak harap perkahwinan kamu berdua kekal.Jangan ego.Jaga keperluan masing-masing.."
"Rumah sewa mak dekat kampung sebelah baru kosong.Wahyu bawalah Dhia duduk rumah tu..Dah kahwin kena belajar hidup berdua.."
Aku menggeleng-gelengkan kepala.
"Tak nak lah mak.Dhia kan tak habis kolej lagi..Wahyu pun tak konvo lagi.."aku beria-ia membantah cadangan mak.
Mata ku halakan pada Wahyu. Meminta sokongan.
"Tak apalah mak.Segan lah saya nak duduk rumah sewa mak.Nanti saya cari rumah sendiri."
"Apa kau ni? Kita duduk sini ajelah.Takkan ayah baru meninggal dah nak pindah keluar."
Geram pula rasa hati bila Wahyu ke lain pula perancangannya.
Hidup berdua sebagai suami isteri? Mimpi apa dia ni? Kerja pun belum lagi.Dia nak bagi aku makan apa?
"Kak Dhia, janganlah panggil kau dekat suami tu.Tukarlah jadi abang ke sayang ke bie ke..."Dhina menegurku.
Aku menjeling sahaja ke arah Dhina.Dia dan Wahyu sama-sama tersenyum kecil
Nak kena Dhina ni.Baru sehari ada abang ipar, dah nak berpaling tadah dariku.
"Tak apa Dhina.Slow-slow.Semuanya berlaku cepat sangat.Kan sayang..."Wahyu menguis sikuku.
"Wek..."aku tak mampu lagi menahan geli geleman bila dipanggil sayang di hadapan mak dan Dhia.
Senyum lebar mak melihat aksi Wahyu cuba bergurau denganku.
"Wahyu, tak apa.Duduk aje rumah mak tu.Bila dah stabil nanti, terpulang pada Wahyu dan Dhia, nak duduk situ ke atau nak beli rumah lain ke..Kalau segan, bagi aje mak sebulan seratus dua..Cukuplah tu buat permulaan.
Wahyu mengangguk-anggukkan kepalanya bila mak bertegas mahu kami berpindah ke rumah sewanya.
Aku diam sahaja.Tahu suaraku tiada erti lagi.Mak dah ada Wahyu sebagai menantu.
YOU ARE READING
Suami Bukan Pilihan
RomanceDhia Qaireen dilamar oleh jutawan muda industri fesyen Malaysia, Mirza Fadhli. Apa yang dimimpikannya selama ini bagai mimpi jadi nyata. Jadi isteri jutawan. Tapi realitinya tidak semudah itu. Dhia ada rahsia besar. Kisah rekaan semata-mata.Tiada ke...