♡ Tiga ♡

8.4K 238 0
                                    

"Kenapa kau setuju?"

Marahku berapi pada Wahyu.Pintu bilik ku rapatkan.

Tudung di kepala ku tanggalkan.Ku campakkan sahaja atas katil, hampir-hampir sahaja mahu terkena muka Wahyu.

Kenduri kecil-kecilan pernikahanku dan Wahyu baru sahaja berakhir. Tak ramai pun jemputannya.

Mengejut katakan.Kurang 12 jam selepas perbincangan, semuanya diuruskan oleh Wahyu dan Pak Wali.

Dan dengan sekali lafaz, Wahyu sudah pun menjadi suami aku.

"Duduklah dulu.Kita bincang elok-elok.."pujuk Wahyu sambil menyuruh aku duduk di sebelahnya.

Aku duduk.Namun jauh di ceruk katil.Bersandar pada dinding.

"Kau tak kesian ke dengan ayah kau..Muka dia berharap sangat.."

Aku mendiamkan diri sahaja.Aku pun tak pasti kenapa aku harus melepaskan marah pada Wahyu.

Jika aku di tempatnya sekali pun, aku tak sanggup menolak permintaan seseorang yang aku sayangi.

Ayah lah..kenapa ayah buat aku macam ni? Kenapa kahwinkan aku cepat sangat? Banyak lagi impian yang belum aku capai.

"Dhia, aku tanya kau jawab betul-betul..Teruk sangat ke kahwin dengan aku?"

Wahyu bertanya lagi bila melihat aku diam sahaja.

"Kahwin tu benda besar la Wahyu..ingat boleh pusing balik ke? Ingat boleh cerai macam tu aje.."jawabku akhirnya.

"Tengok, tak sampai sejam nikah dah sebut hal cerai..Memang kahwin hal besar sebab tu ayah nak aku jadi suami kau.."

"Apsal pulak..?"

"Ayah tahu aku akan jaga kau elok-elok.Dia sayang kau sangat.Sebab tu dia nak orang yang sayang anak dia betul-betul yang jadi suami kau."

Gulp.Pertama kali seumur persahabatan aku dan Wahyu, dia mengeluarkan perkataan sayang.

Aku mengambil bantal.Baring di hujung katil. Memalingkan badan dari Wahyu, takut hendak berdepan dengannya.

"Pirah mabuk..Sayang konon.."kataku.Masih lagi mahu mencari gaduh.

"Tak percaya sudah.Kau tu aje yang tak habis-habis nak suami kaya lah..jutawan lah.Mana nak pandang orang miskin macam aku.."

"Dah memang kau miskin.Aku nak orang kaya.."

"Yalah..nanti aku kerja kuat-kuat.Kita majukan kilang tu ya..Kita kaya sama-sama.."Wahyu mula berlembut. Dia duduk di hujung kakiku.

"Tak nak..Kau jagalah kilang tu sorang-sorang..Aku nak kerja kat KL.."

Aku masih tak mahu beralah.Sampai bila-bila aku tak mahukan Wahyu jadi suamiku.

"Yalah, nanti aku bawak kau jalan-jalan pergi KL yer..."

"Tak nak aku kata..Lagi satu jangan nak ngada-ngada rapat-rapat dengan aku ya.Tidur jauh-jauh sikit.."pesanku keras padanya.

Lelaki.Bukan boleh percaya.

"Kau nak pergi mana Dhia? KLCC, Menara KL, Sunway Pyramid.."

Entah bila aku pun terlelap.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now