"Kenapa ni?"
Tanya Wahyu apabila aku melentokkan kepalaku di bahunya.Lengannya juga ku raih sebaik sahaja kami masuk ke dalam kereta.
Terbayang wajah Mirza yang terpinga-pinga apabila Wahyu memperkenalkan diri tadi.
"Aku suami dia.Jangan berani-berani nak cari Dhia lagi.Kalau tak siap kau.."
Wahyu memberi amaran.Aku juga terkejut apabila dia bersuara sekeras itu.Hanya itu sahaja yang dikatakannya sebelum tanganku ditarik.Kami berjalan laju menuju kawasan parkir bersebelahan bangunan berhadapan Empire Condominium.
"Kenapa Dhia senyum-senyum ni? Tak nampak ke abang tengah naik angin ni?"tegurnya lagi. Aku buat tidak dengar sahaja.Lengannya ku genggam lagi erat. Haruman dari tubuhnya membuat aku semakin tenang.
"Terima kasih datang.Dhia pening dah, telefon Dhia masuk dalam lubang toilet.Tak tahu macam mana nak contact abang.."
"Ha, masuk lubang toilet?.Macam mana boleh jadi macam tu? Dhia buang air sambil main phone ke?"
"Tak...telefon tu Mirza bagi.Dhia campak terus tadi dalam toilet.Geram dengan dia.."
Wahyu menggeleng-gelengkan kepala apabila aku ceritakan apa yang terjadi.
"So Dhia frustla ni.."teka Wahyu padaku.
"Ada muka orang frust ke ni?"tanyaku semula. Aku rasa akulah perempuan paling bahagia hari ini. Allah telah melindungi aku daripada perceraian dengan lelaki yang baik.
"Baguslah kalau tak frust.Dhia tak patut frust.Sebab Dhia isteri abang.Sampai bila-bila Dhia hanya isteri abang.Jangan mimpi Mirza nak ambil Dhia dari abang.."Wahyu kedengaran masih marah berapi-api.
Bukan boleh percaya juga Wahyu ini bila marah. Mujur sahaja penumbuk Wahyu tidak lekat di muka Mirza hari ini.Jika tidak, jadi tajuk besar suratkhabar esok.
"Kenapa abang boleh ada dekat sini pulak?"tanyaku.Tiba-tiba teringat yang sepatutnya Wahyu dan Iman patut menghadiri mesyuarat dengan syarikat iklan.
"Kan abang kata abang takkan lepaskan Dhia lagi kali ni.Dhia lupa ke?"
Aku memuncungkan mulut.
"Abang tak percaya Dhia langsung ye?"tanyaku cuba memprovok Wahyu. Mahu lihat apa sebenarnya tujuannya mengekori aku hari ini.
"Percaya. Abang percaya Dhia. Kalau tak takkan sampai empat tahun abang tunggu Dhia.Cuma abang risau apa-apa jadi dekat Dhia.Sebab tu abang ikut Dhia.."jelasnya.
Aku senyum sahaja.Jemarinya ku genggam erat dan ku cium sesaat .
"Terima kasih percaya pada Dhia.Terima kasih tunggu Dhia.."ucapku.Lama ucapan itu terkepung di dalam hati, hari ini baru aku luahkan.
"Sama-sama.."balasnya dan kali ini dia pula mencium genggamanku.
"Sukalah kalau Dhia manja-manja macam ni.."usiknya miang.Lama kami merenung genggaman tangan itu.
"Dhia percaya pada abang?"tiba-tiba dia bertanya.
Aku mengangkat kening.
"Percaya tapi Dhia tak percaya pada Iman."jawabku tulus.Aku Aku tahu Iman memang bersungguh-sungguh mahu memiliki Wahyu.
"Iman tu Dhia sabar sikit lagi ya.Lama-lama nanti dia oklah tu.Lagipun abang memang dalam plan nak dapatkan dia.."
"Ha! Dapatkan dia untuk apa?"kata-kata Wahyu itu sangat memeranjatkan aku. Untuk jadi maduku atau apa?
Dia tergelak.
"Alamak terlepas pulak.Dhia tak payah risau.Tak ada kena mengena dengan kita.Ini hal kilang.Bila Dhia dah mula faham hal kerja, abang akan cerita.."
YOU ARE READING
Suami Bukan Pilihan
RomansaDhia Qaireen dilamar oleh jutawan muda industri fesyen Malaysia, Mirza Fadhli. Apa yang dimimpikannya selama ini bagai mimpi jadi nyata. Jadi isteri jutawan. Tapi realitinya tidak semudah itu. Dhia ada rahsia besar. Kisah rekaan semata-mata.Tiada ke...