♡ Empat Belas ♡

6.1K 159 3
                                    

Butik Meghna seperti yang disebut oleh staf di kaunter tadi memang tak jauh dari butik Magenta.Hanya selang satu barisan deretan kedai.

Dekorasi, susun atur rak dan patung baju saling tak tumpah seperti Magenta.Hanya logo dan nama yang bertukar.

Butik ini juga kelihatan lebih 'hidup'.Aku dan Mirza sama-sama membelek helaian baju yang digantung.Kesemuanya hampir menyerupai desain Magenta.

Cuma kualiti kain yang membezakan dan ada sedikit perubahan identiti sahaja pada setiap model baju.

Berani sungguh peniru ini. Dan bijak juga sebenarnya.Nampak gayanya bukan sebulan dua butik ini beroperasi.

Untuk kelihatan semeriah ini, dengan staf-staf yang kelihatan mesra dan mahir, juga pelanggan-pelanggan yang boleh tahan ramai, pasti paling kurang setahun usia butik ini.

"Mirza, lama tak nampak.."seorang wanita persis model menegur Mirza.

Mereka bersalaman dan melaga-lagakan pipi di antara satu sama lain.Wow, ini kali pertama aku melihat secara 'live' contoh budaya mat salleh seperti ini yang biasanya ku tonton di kaca tv.

"Mir, I dah lama nak tanya, I tengok Magenta still masuk lagi runaway and fashion show, Farah kata dah slowly stop business?" tanya wanita tersebut.

Aku berpura-pura membelek baju sambil cuba memasang telinga. Mahu tahu juga aku apa jawapan Mirza.

"I dont know what to say la Bibi.Later we talk boleh? I ada hal nak discuss dengan Farah.You ada nampak dia tak?" tanya Mirza tidak bertangguh.

Nampaknya dia sudah terhasut dengan buah fikiranku.Branch Manager bernama Farah itu berkebarangkalian besar adalah pengkhianat kepada Mirza.

Seorang wanita bertudung keluar dari belakang dan terpaku memandang Mirza.
Mirza mengangkatkan tangannya memanggil.

Perlahan-lahan wanita itu menghampiri Mirza. Aku masih lagi seperti tadi.Memerhati dari jauh

"Kita minum sekejap Farah.."pelawa Mirza dan terus keluar dari butik.

Tangannya digamit padaku untuk turut serta dalam perbincangan yang ku jangka akan panas ini.

Kami duduk di kafe Starbuck berhampiran Butik Meghna.

Kagum pula aku melihat Mirza yang kelihatan tenang sahaja walaupun sudah nyata orang kepercayaannya itu sebenarnya pembelot.

Farah pula senyap sahaja sejak tadi.Aku masih belum berjaya mendengar suaranya.

"You tolong orderkan boleh tak Dhia.."pinta Mirza padaku.

Aku bangun dan membiarkan mereka berdiskusi.Dari kaunter ku perhati sahaja Farah, orangnya tampak menarik.Gaya duduk dan pakaiannya menonjolkan ciri-ciri wanita elegan.

"I can sue you, Farah. I boleh make sure poket you tak ada sesen pun sebab you pecah amanah.." kata Mirza.

Aku duduk di meja lain.Membelakangi Mirza.

"I dont know what to say Mirza.I tahu I tak layak langsung untuk minta maaf.."kata Farah dalam suara bergetar.

"Tapi kalau you want to sue me, go ahead.I will fight.Just for your knowledge, tak ada satu bukti pun yang you boleh claim I pecah amanah.."kata Farah yakin dan bertenaga.

Fuh, berani sungguh dia ni.Dah sah-sah bersalah pun tak mengaku takut lagi.Kalau aku dah merayu habis-habisan.

Aku terdengar Mirza mengeluh.Sedih agaknya dia apabila mendengar jawapan Farah.

"Farah, you know I trust you a lot.You antara side kick I yang paling awal tolong I setup Magenta.We do so many things together.Sampai hati you kenakan I macam ni.."luah Mirza penuh emosi.

Betullah Farah sangat dipercayainya.Farah mungkin bukan sekadar staf padanya, tetapi adalah penggerak awal jenama Magenta bersamanya.

"Tahu pun.We do so many things together.You trust me.I your sidekick lah, apalah. Tujuh tahun I kerja dengan you. I tak dapat apa Mirza.Only the dull store that you need me to manage like my own.."Farah mula meluahkan.

"Habis you nak apa, I pay you highest you tahu tak? Last two year I bagi you kereta, apartment to appreciate your hardwork..Tak cukup ke?"tanya Mirza.Ada bunyi kekesalan di situ.

"You nak tahu apa yang tak cukup?"tanya Farah.

Mirza menjawab lemah.

"Tell me Farah.I need to know why you do this to me.."

"Your love Mirza.Your love..."

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now