♡ Lima Belas ♡

6.2K 158 0
                                    

"Wow..cantiknya Dhia..dari mana ni?"

Kak Baiti menegurku sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah.

Aku melabuhkan punggung ke atas sofa bersebelahan Kak Baiti.Dia menghulur cawan berisi minuman coklat padaku.

Aku menggeleng-gelengkan kepala.Penat melihat drama antara Mirza dan Farah masih belum hilang.

"Adik akak macam mana?"tanyaku pada Kak Baiti.

"Cedera ringan aje..Dah boleh discaj.Siapa hantar Dhia balik? Ni dress ni mahal ni.Alexis kan..Dhia dapat hadiah dari orang ke Dhia beli sendiri? Hebat!"

Kak Baiti masih belum berpuas hati.Dia membelek-belek beg tangan dan dress yang tersarung di tubuhku.

"Mirza belanja kak.."kataku.

Kak Baiti membulatkan mata.Mesti dia tidak percaya apa yang terjadi hari ini.Bagaimana aku boleh dibelanja oleh Mirza hampir empat ribu dalam tempoh sejam sahaja.

"Panjang ceritanya kak.Akak kenal Farah Hanim tak?"

Kak Baiti merenungku. Kemudian dia menghirup air coklat di dalam cawan.

"Manager kat Bangsar branch kan? Kenal.Ada la sesekali jumpa dia bila meeting antara designer dengan boss.Kenapa dengan Farah Hanim?"

Aku pun bercerita panjang lebar pada Kak Baiti apa yang terjadi hari ini.Bagaimana Mirza terdorong untuk menyiasat punca kerugian teruk di Bangsar, disusuli penemuan mengejutkan tentang Butik Meghna dan akhir sekali luahan berani mati oleh Farah Hanim kepada Mirza Fadhli.

"Fuh, akhirnya sampai juga pada Mirza ye tentang Meghna tu kan..Akak ingatkan dia nak kena tipu sampai mati..."

Kali ini giliran aku pula yang terkejut.

"Ya Allah, maknanya akak tahu la pasal Farah tu bukak butik baru tu ? Siap tarik customer Magenta lagi tau..."tanyaku.

"Tahu.Rasanya ramai yang dah tahu.Fatin dah bagi hint banyak kali, tapi tak berani nak bagitahu direct. Farah tu kesayangan Mirza daripada dulu lagi..risau kalau kita report..kita balik yang kena caras.."

"Oo.."kataku melopong.

Memang kesayangan sangat. Sayang dan percaya membabi buta sampai kena sabotaj hidup-hidup pun tak perasan, kutukku dalam hati. Terbayang-bayang wajah kecewa Mirza apabila berhadapan dengan Farah.

"Mirza pernah ada affair dengan Farah ke kak? Kenapa Farah selamba rock aje confess love dekat Mirza tadi? "

Tiba-tiba terdetik di hatiku untuk bertanya hubungan antara mereka berdua. Berdasarkan keberanian Farah dan keluhan Mirza tadi, aku pasti antara mereka bukan sekadar pekerja dan majikan. Ada sesuatu yang melangkaui garisan antara professionalisme dan peribadi di situ.

"Mirza ni akak bagitahu Dhia awal-awal ajelah ye..Supaya Dhia hati-hati. Dia dah mula nampak Dhia ni. Mirza tu memang baik. Very gentleman. Humble dan jaga kebajikan staf-staf dia macam kita ni. Tapi gaya hidup dia bukan macam kita.."

Aku memandang Kak Baiti lama. Mahu mendengar apa yang mahu disampaikan olehnya.

"Maksud akak?"

"Pada dia cinta-cinta ni dia tak mau layan sangat. Tapi dia bagi harapan pada perempuan.Dari seorang ke seorang. Bawak ke hulu hilir.Belanja macam-macam. Kadang-kadang sampai ke bilik tidur. Tapi katanya tak ada apa-apa. Kawan aje..."

Aku membuat muka menjengkelkan. Tidak ku sangka Mirza sebegitu.

"Perempuan-perempuan yang sama lifestyle macam dia mungkin boleh terima. Western sangat. Mana yang naif macam Farah tu mungkin dia berharap betul-betul nak kahwin, nak hidup semati dengan Mirza.."

"Alahai, playboy lah rupanya.."kataku ringkas membuat kesimpulan dari apa yang diceritakan oleh Kak Baiti.

"Haah...Dhia. Millionaire macam dia tu, Dhia ingat dia heran ke cinta-cinta ni sangat? Pada dia perempuan cuma nak hilangkan sunyi dia aje. Akak teringin nak tengok siapa yang kahwin dengan dia nanti.Entah-entah Dhia..."

Aku tersedak mendengar usikan Kak Baiti. Macam tahu-tahu aje dia ni aku berangankan jutawan menjadi suami.

"Tolong sikit ye kak..Dhia baru 20 tahun.."balasku sengaja hendak berlapik.

Kami sama-sama tergelak.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now