♡ Lapan ♡

6.6K 181 1
                                    

Rutin harianku sejak berpindah ke Kuala Lumpur mudah sahaja.

Selepas solat subuh dan bersiap, aku menumpang Kak Baiti dengan kereta Alzanya untuk ke butik di Damansara.

Setiba di butik, aku harus mengemas apa yang patut.Vakum karpet, mengelap kaca pintu dan ruang pameran busana, memeriksa stok jika ada yang perlu ditambah, menggosok dan menggantung baju-baju.

Adakalanya aku diminta juga membantu bahagian jualan untuk melayan pelanggan di bahagian depan.

Ada 10 pekerja di butik itu tidak termasuk designer. 6 orang di bahagian jualan dan 4 orang pembantu butik termasuk aku. Kami bergerak dalam 2 shif, 8 hingga 3 petang atau 3 petang hingga 11 malam.

Pelanggan butik pula kebanyakannya golongan berada dan lingkungan usia 30 ke atas.

Sedikit sebanyak aku diajar untuk berurusan dengan mereka.Adakalanya staf yang lebih senior akan berbisik padaku jika pelanggan yang datang ada yang berstatus Datin, Dato' atau Puan Sri.

"Senang, kalau next time Dhia kena handle diorang, tak adalah tersasul panggil Puan.Kena set dalam otak ya Dhia title diorang tu.."nasihat Kak Fatin padaku.

"Tak boleh ke panggil puan aje, Kak Fatin? "tanyaku naif.

Staf yang lain menggelakkan soalanku.Mungkin terlampau bodoh agaknya aku ini kelihatan.

"Dapat yang ok, oklah Dhia.Dapat yang cepat sentap, muncung sedepa la jawabnya..Nasib tak baik, nama kita naik ke bos besar.Haa...jangan sampai kena buang kerja sudah..."Laila pula menambah.

Aku menelan liur.Berat juga rupanya penangan isu pangkat ni.Takut pula mulutku terlebih garam tersasul memanggil gelaran yang tidak disukai pelanggan.

"Nasib baiklah akak tak payah nak melayan mak-mak datin tu..Tak kuasa lah nak mengampu aje kerjanya.."kata Kak Baiti sewaktu kami dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Nak buat macam mana kak.Dah butik tu clientnya golongan macam tu, terpaksalah kita ikut rentak diorang."balasku cuba mengikut logik akal.

"Haah..pandai pun Dhia.Tapi tu lah, orang ni kalau dah berduit.Pandang kita yang serve dia ni sebelah mata aje."Kak Baiti masih mahu meluahkan ketidakpuasan hatinya.

Aku tergelak sahaja. Biarlah dia.Mungkin Kak Baiti lebih selalu berdepan dengan pelbagai karenah pelanggan.

Terkenang mak di kampung.Walau dikatakan isteri pemilik kilang yang boleh dikatakan penyumbang ekonomi orang kampung kami, gayanya tetap sederhana.

Sentiasa berbaju kurung dan tudung bawal. Wajahnya tidak pun dikenakan make up.Namun wajahnya menenangkan.

Berbeza dengan datin-datin yang ku temui di butik.Mereka nampak lebih muda dengan make up dan fesyen baju terkini.Gaya pun tampak. berkeyakinan.Nampak elegan dan berkarisma.

Aku mahu jadi seperti itu.Aku menanam azam di dalam hati.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now