♡ 29 ♡

5.8K 139 4
                                    

"So will you, Dhia Qaireen..?"

Mirza bertanya lagi sedang aku sudah mula mundar-mandir.Masih dalam keadaan tak percaya dan menggelabah memikirkan apakah pelan selanjutnya.

"You serius ke ni, Mirza.Jangan nak main-mainkan I."kataku tegas.

"Main-mainkan apa pulak.Kan you yang mintak bukti haritu.So this is the extreme proof that you need.Be my wife and you know that Im not playing a game..'

"Tapi kenapa I? You kan ramai perempuan yang gilakan you.Nak kahwin dengan you...Farah Hanim..Fadhlina..siapa lagi?"kataku sekadar menyebut satu dua nama.

"You tahu tak Dhia, sejak keluar dengan you, I memang dah tak ada apa-apa hubungan dengan mana-mana perempuan lain.You dah ikat I.You ubah I dalam banyak benda.Takkan you tak sedar, I am crazy about you.."suara Mirza seolah-olah merayu.

Dia berdiri di belakangku sambil aku pula merenung ke bawah dari balkoni.

Alahai, cantiknya pemandangan.Kan bagus kalau dapat tengok hari-hari.Tapi nak dapat kondo ni kena kahwin pulak..

"Dhia.."

"Hmm.."aku menyahut perlahan.Boleh tak jika isu ini berhenti di sini? Aku kehabisan idea untuk memberi jawapan.

Ya atau tidak.

Ya maknanya aku harus selesaikan tali yang mengikat antara aku dan Wahyu.

Tidak maknanya aku akan kehilangan sumber kekayaan yang membahagiakan aku sepanjang 2 tahun ini.

Dan juga kondominium maha mewah ini.

"I suruh my parent hantar rombongan merisik you ye.."

"What?"aku hampir terjerit kuat mendengar cadangannya itu.

Mirza nampak kecewa dengan diriku yang jelas tidak teruja dengan kejutannya ini.Mungkin dia mengharapkan aku seperti perempuan lain, menutup mulut menahan girang, atau memeluknya erat tanda 100% setuju zaman bujang bakal berakhir.

Bakal berakhir dengan jutawan muda yang kacak, kaya dan sempurna pula.

Mungkin dia menyangkakan aku gila atau ada masalah emosi kerana asyik bertubi-tubi bertanya soalan mengapa dan kenapa aku yang dilamar.Cincin yang dihulurkannya tadi pun tidak ku sambut.

"Kenapa pula? I tak boleh hantar rombongan meminang ke? Atau you nak our family buat pre-meeting, kita kenal dulu between both families..?

"Parent you kenal I ke?"aku bertanya perlahan.

Sepanjang kami keluar bersama, Mirza tak pernah lagi memperkenalkan aku kepada Dato'Tarmizi dan isterinya Datin Faizah.Aku juga tak berharap untuk bertemu mereka.

Entahkan suka atau tidak pasangan hartawan itu dengan aku ini.Model yang baru meningkat naik dan datang dari keluarga biasa-biasa.

"Sebab tu lah I nak bawa you jumpa diorang.Esok okay, nanti I arrangekan dinner with them.Sorry Dhia, you know my parent.Kalau you rasa I ni gila kerja, they are crazier than me.."

"Kejap I call diorang, kita set dinner malam esok.."Mirza mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail.

"Mirza.."aku menutup permukaan telefonnya dengan tanganku.

Mirza terhenti dari mendail.Memandangku.

"Why Dhia?"

"Bagi I masa.Bagi I masa 4 bulan.Sampai hujung tahun ni.."

Mirza mengetapkan bibirnya dan memandangku.

"You dont love me right?" Soal Mirza.Wajahnya kusut sekali.

"Tak.Bukan.I terima lamaran you.Sungguh.Tapi bagi I masa. I kena explain dengan my family I ..I tak nak diorang terkejut..."laju aku menjawab.

Bagaikan peluru namun tersusun satu persatu perkataanku untuk meyakinkan Mirza.

"Tapi lamanya sampai 4 bulan.."

4 bulan. 3 bulan iddah jika aku berjaya dapatkan cerai hari ini.1 bulan masa tambahan.

"Please Mirza..Bagi I masa.Ada family issues yang I kena settlekan before we get married.You boleh faham kan?" Kataku memujuk.

Family issues.Family antara aku dan Wahyu, iaitu suamiku.

Mirza mengangguk akhirnya

"Thank you Dhia.."

Aku mengangguk sambil tersenyum.Tangan laju mengeluarkan IPhone untuk menghantar whatsapp pada Kak Baiti.

Dhia :Kak, saya balik kampung sekejap..

K.Baiti: Alhamdulillah.Moga Allah mudahkan urusan Dhia.Akak sokong Dhia walau apa juga keputusan yang Dhia pilih.

"Dhia, sorry.I ada appointment pukul 3 ni.Tak boleh nak temankan you. Jom, I hantar you balik atau you nak follow me?"tanya Mirza seolah-olah tahu aku ada rancangan tergempar selepas ini.

"Tak apa Mirza.I ada hal lain.I naik cab aje.."kataku.

Mirza tersenyum.Dia mengeluarkan kunci dan sekeping kad dari poket seluarnya.

"Ni access card for this house.Yang ni kunci kereta..All yours ."

Aku mengerlipkan mata sahaja tanda sedikit terkejut.Tak larat lagi hendak mengejutkan jantungku hari ini.Lamaran Mirza tadi sekaligus membuatkan aku kebal untuk kejutan-kejutan lain.

"Gila lah you ni.Habis you nak balik naik apa?."kataku pura-pura marah.Tapi tanganku menyambut juga kunci-kunci itu.

"Kan I kata, I gilakan you.."dia menyebut lagi punchline itu untuk kesekian kalinya.

"Tentang I you jangan risau..driver dah tunggu I dekat bawah.."kata Mirza dan mengusik hidungku lagi.

Aku menghantarnya ke pintu lif .Sebaik pintu lif ditutup, aku terus berbaring ke lantai memandang syiling lama.

Misi meminta cerai bermula saat ini.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now