♡ 21♡

6.1K 144 0
                                    

Episod hampir dicium oleh Mirza membuatkan aku lebih berhati-hati dengannya.Penolakanku padanya malam itu tidak pula menjadikan Mirza serik mengajakku keluar bersama lagi.

Sesekali kami keluar makan malam, ada kalanya pagi-pagi lagi Mirza sudah menungguku untuk bersarapan sama-sama.

Jika dia tidak berkesempatan untuk berjumpa denganku, pemandunya akan singgah untuk menghantar pelbagai hadiah buatku.

Bunga,kasut,pakaian, coklat, barang kemas dan macam-macam lagi.

Tapi hubungan antara kami masih belum berjaya dihidu oleh staf-staf lain di butik melainkan Kak Baiti.

Aku pula semakin selesa bekerja di Magenta walau banyak perubahan yang berlaku. Kak Fatin sudah dilantik menjadi pengurus baru di Bangsar merangkap pengurus jenama menggantikan Farah Hanim.

Manakala Laila akan menerajui cawangan Damansara. Sebenarnya Mirza ada bertanyakan aku sama ada mahu menjadi Assistant Manager kepada Laila.

Laju sahaja aku mengatakan tidak.

Pertamanya aku memang sah-sah staf baru. Aku juga yang paling muda. Keduanya, sijil terakhirku adalah SPM sahaja. Sedangkan ramai lagi staf yang lebih berpengalaman dan mempunyai kelulusan yang lebih baik daripadaku.

Paling penting, aku memang tak khatam lagi selok-belok perjalanan bisnes Magenta. Nampak sangat Mirza seorang yang agak beremosi apabila membuat keputusan. Saat ini mungkin dia tertarik denganku, mudah sahaja dia menawarkan aku jawatan sedangkan secara logiknya aku memang tak layak.

Di sudut lain, aku mahu menumpukan fokus kepada bidang modelling. Sambil-sambil aku menjadi model utama untuk Magenta, ada juga aku menerima tawaran menjadi model produk kecantikan keluaran tempatan.

Dapat juga menambah pendapatan di samping memperkenalkan namaku perlahan-lahan.

"Jauh menung Dhia. Fikirkan Mirza ke?"suara Kak Baiti mengejutkan aku daripada lamunan.

Pandanganku yang sekian lama ke arah jalan raya ku alihkan kepada Kak Baiti yang sedang memandu.

"Pandai aje akak ni.."nafiku.

"Sebenarnya Mirza dengan Dhia dah declare in love ke belum?"selamba sahaja Kak Baiti mengorek rahsia dariku.

Aku mengetapkan bibir.

"Entahlah Kak.Tak pernah pula kami bincang tentang tu.Biar ajela macam sekarang.Malas Dhia nak serius.."jawabku.

"Dhia fikir baik-baik ya jika Mirza nak serius.Akak dengar dia still lagi keluar dengan Fadhlina.."nasihat Kak Baiti lembut.

"Mungkin diorang berkawan aje kak Dhia rasa..."balasku memberi alasan berlapik.

Aku tak pernah mengajukan isu Mirza bersama wanita lain apabila keluar dengannya.Kerana aku sedar aku tiada hak untuk mempersoalkannya.

Antara aku dan Mirza tiada sebarang ikatan.

Sebenarnya aku bukan malas hendak serius.Walaupun aku tidak pasti apakah perasaan sebenar aku kepada Mirza, hatiku kuat mahukan ikatan yang kukuh dengan Mirza.

Rugilah jika aku melepaskan merak emas sepertinya.Ya, aku memang mengejar duitnya.Bukankah itu matlamat utama yang mahu aku capai sejak dulu?

Sayangnya aku tak boleh.Aku isteri orang.Isteri kepada lelaki bernama Wahyu Hanafi.

Aku memegang dada.Ada debar yang laju di situ setiap kali suara hatiku menyebut nama lelaki itu.

"Jom, sampai dah.."Kak Baiti mematikan enjin keretanya.

Aku keluar dari kereta dan memerhatikan landskap taman yang menarik di hadapan restoran.

Malam ini Kak Baiti mengajakku menemankannya ke Bangi berjumpa rakan satu universitinya dulu.Atas urusan apa aku pun tak pasti.

Kak Baiti menarik tanganku masuk ke dalam restoran.

"Hai,Daim.."Kak Baiti menegur seorang lelaki. Hitam manis orangnya.Bila bercakap, sopan sahaja.Agak kontra dengan Kak Baiti yang suka tergelak besar.

Nampak keterujaan Kak Baiti berbual dengan lelaki bernama Daim itu. Jarang aku melihat dia ceria apabila berbual dengan lelaki.Perkembangan yang baik nampaknya.

Aku duduk di sisi Kak Baiti sambil bermain game di dalam Iphone pemberian Mirza. Sesekali aku menyuap Chicken Chop di hadapanku.Sepatah pun aku tidak menyampuk.

"Akak, Dhia pergi ladies kejap.."bisikku pada Kak Baiti dan berlalu menuju tandas.

Selesai melepaskan hajat, aku membelek wajah di cermin.

"Kak Dhia..."satu suara menegurku daripada belakang.

"Dhina..."aku rasa hendak terkucil semula apabila melihat wajah adikku Dhina di cermin.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now