♡ Dua Belas ♡

6.3K 164 1
                                    

Aku dibawa ke sebuah restoran Itali di Kota Damansara. Sebenarnya aku sedikit kagum dengan dekorasi restoran yang sungguh ekslusif.

Tetapi sengaja aku buat selamba.Tak mahu memalukan Mirza.Pasti dia segan jika aku berkelakuan seperti rusa masuk kampung.

"You nak makan apa?" tanya Mirza sambil membetulkan duduknya.

"Tak apalah boss. I makan banyak tadi masa lunch.Kenyang lagi.."tolakku.

Selain benar-benar kenyang, aku juga tak pasti menu yang patut ku pilih..

"Betul tak nak? I orderkan you pasta ye? Sedihlah I you tak makan sekali.."pujuk Mirza.

Alahai, cair dibuatnya.Beginikah cara dia melayan kekasihnya Fadhlina?

Sudahlah kaya, kacak pula tu, tambah pula pakej gentleman.Memang sesuai lah dengan model hot seperti Fadhlina.

"Okay boss.."kataku sambil tersenyum.Senyum ajelah kan, orang nak belanja.Lagipun entah bila lagi aku dapat merasa masuk ke restoran mahal begini.

Melainkan bakal suami jutawanku berjaya dijejaki.Huhuhu. Pagi sarapan di hotel lima bintang, tengahari di resort terkenal, malam pula pilih sahaja mahu ke mana. Aduhai, berangan memang indah.

"You tak payah panggil I boss boleh tak, orang semua panggil I Mirza lah.."tegur Mirza.

Aku tergelak.Aku sebenarnya segan untuk memanggil dia dengan nama sahaja.Maklumlah, aku staff baru, paling muda pula di situ.Macam kurang ajar pula bunyinya, jika ditukar sedikit nadanya menjadi lembut, mungkin kedengaran menggeletis.

"Ok boss, eh ok Mirza.."

Dia turut tergelak mendengar aku tersasul. Kami makan dan becerita. Habis dikoreknya cerita tentangku. Keluarga, asal mana, belajar takat mana, aku pula tiada daya hendak berselindung.

Kecuali rahsia yang satu itu. Aku akan simpan erat-erat status isteri yang ku pegang sekarang dan cerita tentang Wahyu Hanafi. Lagipun, soalan-soalan Mirza tidak pula menjurus ke arah peribadiku yang keterlaluan.

"Seronoklah ye, hidup di kampung. I tak pernah merasa pergi kampung. I meant, yang betul-betul kampung.."kata Mirza.

Aku senyum melebar.

"Biasalah Mirza, orang di Kl nakkan ke kampung, yang di kampung nak ke KL.Macam I ni haa."kataku.

"Haa..pasal tu.Kenapa you nak ke Kl..family you semua ada dekat kampung?"

Aku terdiam sejenak mendengar soalan Mirza itu. Apa jawapan terbaik ya yang patut ku jawab padanya.

"Impian. Tambah pengalaman. Yelah, I muda lagi.So nak cuba tambah pengalaman selagi boleh.."

Mirza menganggukkan kepalanya mendengar jawapanku. Telefonnya berbunyi dan dia menunjukkan isyarat meminta izin daripadaku untuk menjawabnya.

"Oh, so memang tak ada yang meragukan ye..Im totally no idea la..Ok, thank you very much for your help.."

Mirza terus mematikan talian.

"You nak tahu satu cerita?"tanyanya sambil memandangku tepat. Aku menganggukkan kepala.

"I pening kepala..Butik kita kat Bangsar tu dah 3 bulan rugi teruk. I pun tak tahu apa yang silap. Sebelum ni okay je..So I hired independent auditor untuk check tapi tak ada apa-apa yang luar biasa.."

Ceritanya tiba-tiba.  Aku mendengar dengan penuh khusyuk.Nampaknya Mirza betul-betul perlukan seseorang untuk bercerita. Apalah gadis muda dari kampung seperti aku ini tahu? Sekadar mendengar bolehlah.

"You dah pernah siasat sendiri ke? Mungkin dari segi kertas memang betul rugi. Mungkin pelanggan memang betul-betul tak ramai ke?"kataku mencuba-cuba nasib memberikan idea.

"Siasat sendiri ye? I memang jarang pergi sana. Yelah sebab ok je, malahan top sales selama ini.Tiba-tiba drop teruk macam ni.."

"Tak tahulah Mirza. I ni bukan tahu apa-apa. Tapi kalau tak puas hati, better you pergi tengok sendiri. Janganlah sampai staff kenal pula you datang spy diorang.."aku menyambung sarananku sambil tergelak-gelak kecil.

Macam kelakar pula ideaku. Tapi itu sahaja yang terlintas di fikiranku.Yelah, cara senang nak tahu, tengoklah sendiri depan mata. Mungkin apa yang dilaporkan tak sama dengan apa yang dilihat.

"Dhia, you teman I after this okay, we gonna spy Bangsar branch.."

Aku membulatkan mata. Tak sangka Mirza terpengaruh dengan ideaku.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now