54

8.1K 196 1
                                    

Bunyi telefon Wahyu mengejutkan aku dari lena.Segera aku mencapainya.Aku meraba di tepi namun Wahyu tiada di sebelah.

"Iman".Nama perempuan itu tertera di skrin telefon. Dan sekarang jam menunjukkan pukul 6.10 pagi.

Aku segera menjawabnya.

"Assalamualaikum, puteri katak.Ya, nak apa?"kataku kasar.Malas lagi hendak bersopan santun dengan perempuan yang selalu merendah-rendahkan aku ini.

"Waalaikumussalam.I bukan puteri katak.Jangan nak sakitkan hati I pagi-pagi ni ya.Wahyu mana?"balasnya lebih kasar di hujung sana.

Aku tergelak.Tahu pula marah ya.

"Wahyu tak ada.Katak adalah.Nak?"aku masih lagi mahu mengusik.Terbayang bagaimana dia berlari lintang pukang masuk ke dalam kereta apabila ku suakan katak ke mukanya.

"Jangan main-mainlah Dhia.I tak nak cakap dengan you.I nak cakap dengan Wahyu.Bagi phone ni dekat dia!"Dia mendesak lagi.

"Cik Iman, matahari pun tak terbit lagi.Kenapa you cari suami I.Mengigau ke?"

"Urusan kerja la.You mana tahu.."jawabnya.Berani betul perempuan ini.Agaknya jika aku tarik rambutnya sekali, baru dia tahu siapa aku ini agaknya.

"Tak apalah.Lepas ni you report dengan I directly.Jangan involve apa-apa lagi dengan Wahyu.You nak I buat macam tu? I suruh HR keluarkan memo hari ini jugak.."jawabku keras.Benci betul.Pagi-pagi dah merosakkan mood bulan madu ku.

Aku mematikan terus talian.

"Siapa sayang?"Wahyu keluar dari bilik air.Hanya bertuala sambil mengelap rambutnya yang basah.

"Iman yang tak beriman.Telefonlah dia balik.Urusan kerja katanya.."jawabku sambil menutup muka dengan selimut.Perasaan marah tadi lenyap sekelip mata.

Malu pula tiba-tiba apabila melihat suamiku seksi begitu.

"Oh, nantilah abang call lepas solat subuh.Dhia pergi mandi dulu.Nanti solat.."Wahyu menepuk-nepuk pehaku.

Aku bangun dan berjalan laju-laju sambil selimut ku selubungkan menutup tubuh yang tidak berpakaian menuju ke bilik air. Wahyu tergelak besar.

"Abang nak mandi lagi sekalilah dengan Dhia.."jeritnya dari luar.Aku cepat-cepat mengunci pintu dari dalam.

**********

Kami menghabiskan masa sepanjang pagi di bilik.Sarapan pagi juga dihantar ke bilik sahaja.

Selepas bersarapan, Wahyu khusyuk menghadap laptopnya di sofa. Manakala aku pula sibuk mengaktifkan semula akaun laman sosialku menggunakan I Phone baru pemberian Wahyu.

Perkara pertama yang aku lakukan ialah 'block' Mirza dari senarai kenalanku di semua akaun.Aku tak mahu lagi ada kena mengena dengannya.Aku juga tak mahu dia mengambil tahu sebarang aktiviti dan perkembangan terkiniku.

Seterusnya aku meninjau email.Ada dua email dari jenama produk kecantikan dan kesihatan yang menggunakan khidmatku sebagai model sepanjang tiga tahun kebelakangan ini.

"NOTICE OF TERMINATION"

Aku membaca sekali lalu. Tiada penjelasan yang terperinci sebab mengapa aku ditamatkan kontrak.Tapi sekilas ikan di air aku dapat menduga.

Mesti arahan daripada Mirza.Industri fesyen dan kecantikan ini semuanya berkait dan Mirza mempunyai pengaruh yang sangat besar.Jika tidak masakan sekelip mata sahaja aku dipilih menjadi model beberapa produk.

Aku mengeluh dan merebahkan badan ke atas katil.Nasib badan.Tak apalah. Tak ada yang lebih penting dari berada di sisi suamiku dan mak di kampung ketika ini.

"Kenapa sayang..?"tanya Wahyu.

"Kontrak-kontrak Dhia semua dah kena terminate.Mirza la tu punya kerja.."jelasku pada Wahyu.

"Oh, tak apalah."Ada nada simpati di situ.

Kemudian dia menyambung.

"Anggap sahaja tak ada rezeki.Lagipun kalau sayang continue, mesti selalu jumpa Mirza.So abang pun akan jadi bodyguard sayang 24 jam.Mirza pun ada potensi nak kena tumbuk.Nak?"jelasnya.

Aku tergelak.Nampak pantang betul dia jika nama Mirza ku sebut sekarang.Terus berubah menjadi samseng Kampung Dusun.

"Sinilah temankan abang.."panggil Wahyu. Aku menghampirinya dan duduk di sebelahnya. Dia menepuk pehanya.

Aku berbaring di sofa sambil kepala ku letakkan di peha Wahyu.Sesekali dia mengusap-usap rambutku sambil matanya tekun memandang laptop.Bagai anak kecil, aku terasa selamat sekali berada di pangkuannya.

"Abang tengah buat apa?"tanyaku sekadar menyibuk.Graf turun naik sepanjang tahun tidak mampu ku fahami sekali pandang.

"Forecasting next year untuk bisnes abang tu.Kalau semua on plan, abang fokus kat sini.Dhia take over kilang beras ya.."katanya.

Aku mengangguk-angguk sahaja.Dalam hati, aku akan tetap memeningkan kepala kau wahai suamiku sama ada aku fully take over atau tidak.Jangan risau.

"Bisnes jual petai pun sampai ada forecasting bagai ye?"tanyaku.Dalam hati aku masih tertanya-tanya apa relevannya bisnes petai untuk Wahyu.

Wahyu memandangku.Bibirnya dikemam lama.Sekelip mata bibirnya mendarat di hidungku.

"Sayang ni comellah.Dari dulu sampai sekarang sama aje comel."

Aku mengangkat kening.Tiba-tiba teringat pada Iman.

"Eh, abang dah call Iman belum?Entah-entah urgent.."

"Allah, lupa pulak.."jawab Wahyu dan terus mencapai telefon bimbitnya. Aku bingkas dari peha Wahyu namun ditarik semula. Mungkin dia sengaja mahu aku mendengar perbualan mereka.

"Ya, I ada dekat KL dengan Dhia.Kenapa?"

..

"Dah dia isteri I.Memangla dia ada dengan I 24 jam.."

..

"You call I pukul 6 pagi Iman.Logikla kalau Dhia nak marah.Sekejap, you nak apa sebenarnya?"

..

"Tak apalah.Benda tu bincang dekat ofis.I tengah investigate lagi.."
..

"Apa kena mengena you dengan I?"
..

"You jangan macam-macam la Iman.Nak I cakap berapa kali lagi baru you faham?"

..

"Kalau you berani buat macam tu, siap you.I dah lama sabar sangat dengan you ni."

Dia mematikan telefon dan mencampakkan peralatan paling malang dalam peradaban manusia itu ke atas meja.Memang kami suami isteri yang serasi.Suka menjahanamkan telefon.

Wajah Wahyu merah padam menahan marah.Apa agaknya yang dikatakan Iman sehingga Wahyu naik angin sebegini?

Aku takut hendak bertanya.Sekadar tapak tanganku singgah di pipinya memberikan usapan lembut.Wahyu mencapainya dan memberikan ciuman.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now