♡ Lapan Belas ♡

5.6K 148 9
                                    

Air mata masih setia menemani aku walaupun Wahyu sudah sejam meninggalkan aku. Di dalam kereta Kak Baiti juga aku hanya memandang ke luar tingkap.Menyembunyikan titisan demi titisan air mata yang degil tak mahu dikawal.

"Dhia, kenapa ni? Bagitahulah akak.."Kak Baiti tak henti-henti bertanya sejak tadi.

Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala.Terbeku dalam perasaan bersalah yang memuncak.Namun egoku menahan untuk aku mengaku salah.

Aku harus ingat apa tujuan aku tiba di Kuala Lumpur ini.Wahyu lama kelamaan akan terus melupakanku.Jika sekarang aku dibenci olehnya, lama kelamaan aku akan dihapus terus dari hatinya.

Jadi aku tak boleh berpatah balik dari matlamat asalku.

Langkahku semakin jelas.Jika tidak kaya bersebabkan suami jutawan, aku boleh mencipta nama melalui dunia modelling.

"Sebab lelaki tadi ke? Fatin kata ada lelaki cari Dhia tadi? Siapa dia?"bertubi-tubi soalan dari Kak Fatin kepadaku.

Aku menyeka air mata.Berhentilah air mata! Jika kau boleh bertukar menjadi mutiara tak mengapa juga, boleh juga dibuat harta.

"Satu hari nanti Dhia cerita pada akak boleh? Hari ini memang tak boleh.."jawabku pada Kak Baiti dalam sedu sedan yang masih bersisa.

"Yalah, akak tak tanya lagi.."

Kak Baiti meneruskan pemanduan.Sesekali mulutnya mengeluh dek pemanduan yang tersekat-sekat.

Jalan di Damansara ini tak pernahnya tak jammed.Jika hari hujan, lagilah teruk tersekatnya.

Lama kelamaan aku pasrah inilah sebahagian dari warna Kuala Lumpur.Dunia yang menghiasi imaginasiku sejak usia awal belasan tahun.

"Eh Dhia, ada beg kertas besar untuk Dhia tadi. Fatin kata Mirza bagi.."

Mirza.Baru teringat temujanji dengannya malam ini.

"Akak ada bawakan balik tak?"

"Ada kat seat belakang..Baju kot dalam 3 pasang.Sorry akak tertengok.."

"Tak apa.."kataku.Terlupa langsung tentang beg kertas dan Mirza.Kehadiran Wahyu menyebabkan keterujaanku terhenti seketika.

"Untuk apa baju-baju tu?"

"Mirza ajak Dhia dinner kak malam ni.Baju-baju tu dia belanja.Ada satu baju dia suruh pakai masa dinner malam ni.."terangku pada Kak Baiti.

Entahlah, tak reti rasanya aku hendak berselindung dengan wanita berusia 30an ini yang banyak membantuku.

"Kan betul akak teka, dia dah mula suka pada Dhia.."

"Entahla kak.Harap-harap tak lah.Tak bestla kalau gitu.."kataku.

Sebenarnya aku sudah terpengaruh dengan cerita Kak Baiti tentang Mirza.Tentang dirinya yang suka mempermainkan hati perempuan.

Ada lampu isyarat di dalam hatiku yang menyuruh aku berhati-hati agar tidak mudah terbuai.

"Tak apalah Dhia, layan ajelah.Tapi pandai-pandailah bawak diri.."

"Tak apa ke kak? Nanti orang kata apa pulak.."

"Biar Mirza kejar Dhia, jangan Dhia kejar dia pulak..Dhia kalau nak tahu, orang kaya macam Mirza tu lagi menghargai orang yang susah dia nak dapat.."

Bersungguh-sungguh Kak Baiti memberikan tip untukku.

"Tak ada maknalah kak ni.Saya tak fikir lagi sampai ke situ.."jawabku.

Hilang seketika perasaan remuk redam di dalam hati.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now