♡ Sebelas ♡

6.4K 174 0
                                    

Kak Baiti ku lihat terkocoh-kocoh mengemas begnya petang itu. Aku pula sedang sibuk mengemaskini stok.

"Dhia, Dhia balik naik bas petang ni boleh tak? Adik akak accident la..akak nak balik kampung terus ni.."terang Kak Baiti.

Kami biasanya bergilir-gilir menggunakan Alzanya atau Wira milikku tetapi hanya Kak Baiti yang menjadi pemandu.Aku memang penakut untuk memandu di Kuala Lumpur ini.Apatah lagi jika jalan sesak, menggelabah dibuatnya.

"Eh, tak apa kak..Nanti Dhia tanya diorang macam mana nak naik bas dari sini ke rumah.."balasku.

'Diorang' merujuk kepada staf yang lain di butik. Teruja pula rasanya hendak menggunakan kenderaan awam di Kuala Lumpur buat pertama kali.

Tepat jam 3 petang, selepas mengemaskini punch card aku terus menuju ke perhentian bas berhampiran butik.

Menurut Laila, dengan menaiki bas Rapid KL bernombor U89, aku akan tiba di Damansara Damai dari Kota Damansara tanpa perlu bertukar bas. Mungkin perlu berjalan kaki sedikit untuk menuju ke rumah Kak Betty.

Hujan mulai renyai. Semoga tidak lebat,doaku di dalam hati memandangkan aku tidak membawa payung.

Sebuah kereta BMW X5 berhenti betul-betul di hadapan bus stop. Siapalah pula yang hendak berlagak kereta mewahnya di hadapanku petang-petang begini?

Cermin diturunkan. Aku pura-pura meninjau ke tempat lain. Risau pula dengan situasi ini.

Manalah tahu jika ada muslihat jahat pemandu ini. Sekarang banyak kes pelik-pelik. Rogol, samun, culik. Hendak menyebutnya pun aku seriau.

"Dhia Qaireen.."

Tahu pula dia ni namaku. Aku berdiri untuk melihat dengan lebih jelas pemandu kereta mewah ini.

Mirza Fadhli rupanya.

"Hai boss..."aku menyapa bodoh. Tak tahu apa reaksi yang patut aku tonjolkan.

"Masuklah.I hantarkan you.Karang bas sampai susah pula I stop lama-lama kat sini.."

Secara spontan aku terus membuka pintu keretanya dan duduk.

"Hai..you nak jadi boss I pulak ke? I jadi driver yer..?"

Allah, bila diperli Mirza baru sedar yang aku duduk di tempat penumpang.

Kepala ku tepuk perlahan, dan terus membuka pintu kereta untuk berpindah ke depan.

'You ni kalutlah.."kutuk Mirza lagi. Aku tergelak besar hingga susah untuk dikawal kerana sememangnya aku betul-betul tak keruan waktu ini.

"Tapi cute..."sambung Mirza sambil memulakan pemanduan.Gelakku terhenti apabila mendengar pujiannya itu.

"So, you duduk serumah dengan Baiti ya?"

"Haah.."jawabku ringkas. .

"Boss tahu ke macam mana nak ke situ?"tanyaku berharap semoga dia tahu di mana kami tinggal.

Mudahlah jika Mirza sedia arif jalan menuju ke rumah memandangkan aku tidak tahu hendak menerangkan arahnya.

"Bolehlah, rasanya pernah tumpangkan Baiti dulu masa ada fashion show, kereta dia tayar pancit.."

Serta merta persepsiku tentang Mirza yang sombong berubah.Susah pula hendak mendengar pemilik bisnes tersohor sepertinya menumpangkan staf pulang ke rumah.

"Tapi sebelum tu, you temankan I makan kejap.I tak lunch lagi.."

Mirza menoleh padaku sekilas dan tersenyum.

Handsome la pula big boss ni, bisikku dalam hati.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now