♡ 26 ♡

5.8K 159 1
                                    

"Maksud akak, rahsia Dhia yang mana?"

Aku bertanya sambil tergelak-gelak memandang Kak Baiti.Kenapa ku rasakan Kak Baiti ada motif terpendam di dalam soalannya kali ini?

"Rahsia yang Dhia tak pernah bagitahu akak.."Kak Baiti membalas.Dia menutup televisyen dan menarik kerusi malas bersebelahan televisyen.Berpindah duduk agar betul-betul di hadapanku.

Suspend pula dibuatnya.Aku bagaikan tahanan penjara berhadapan dengan pendakwa raya.

"Pasal Mirza ke?Hujung minggu ni dia plan nak bagitahu Dhia something.Tak sure lagi pasal apa? Hopefully a good hint about us.."aku meneka.

Apa lagi tentang aku yang menjadi persoalan pada Kak Baiti? Aduh, rasa hendak terkucil dibuatnya.

"Bukan pasal Mirza..ni totally about Dhia.Nak akak terus straight to the point ke?"ajunya.

Aku menganggukkan kepala.Pertama, aku benci meneka.Kedua,aku benci berdebar diasak soalan begini.

"Cakaplah kak.Dhia pun tak tahu apa salah Dhia.."jawabku perlahan.

"Okay, akak banyak sangat persoalan dalam kepala ni tentang Dhia.Sejak Dhia mula-mula duduk dengan akak lagi.Tapi akak tak nak malukan Dhia.Since akak pun dah nak kahwin ni, so akak rasa better akak terus terang dengan Dhia, supaya akak tak terus tertanya-tanya..."

Mukadimah sahaja sudah berjela.Alahai,apa benda Kak Baiti ni? Cepatlah cakap.

"Biasanya penyata kad kredit Dhia lepas Dhia tengok, Dhia buang aje kan dekat bakul sampah bawah meja tv tu?"

Kak Baiti menundingkan jarinya ke arah bakul sampah biru di bawah meja tv.Aku mengangguk lagi.

Takkanlah pasal aku buang kertas pun jadi isu, berkira kederat betul! Aku mula menyumpah di dalam hati.

"Bukan masalah Dhia buang tu yang akak marah.Tapi akak minta maaf awal-awal.Mulanya akak tak sengaja tertengok apa yang Dhia belanja.Kemudian tiap-tiap bulan akak semakin pelik.Kenapa tiap-tiap bulan Dhia check in hotel?Kejap-kejap Janda Baik, Klang, Shah Alam, Port Dickson. Kemudian akak semak tarikh-tarikh tu, itu semua masa Dhia bagitahu akak Dhia nak balik kampung.."

Aku menarik nafas.Oh My God!Macam mana aku boleh jadi sebegitu cuai?

Memang aku menipu Kak Baiti dan semua orang yang mengenaliku di sini, tiap kali aku katakan mahu pulang ke kampung, sebenarnya aku pergi bercuti sendiri.Aku tak mahu sesiapa tahu aku lari dari rumah 2 tahun yang lalu.Jadi alasan aku pulang ke kampung walaupun sebenarnya pergi bercuti hanyalah untuk mengaburi mata mereka.

"Kak, biar Dhia explain.."kataku meminta diberi ruang memberi penjelasan.

"Dhia check in dengan Mirza ye, tidur berdua?"tuduh Kak Baiti.

Aku membulatkan mata.Gila!

"Kak, saya takkan buat benda gila tu.Mirza nak cium Dhia pun Dhia tak bagi, ini pulak nak masuk hotel sekali.Memang taklah!"aku mula meninggikan suara.

Geram pula dituduh sebegitu hina.Ini rupanya pandangan Kak Baiti padaku selama ini.

"Ye ke?"

"Yelah kak.Takkan Dhia nak tipu.Kalau betul pun Dhia nak check in dengan Mirza, baik mintak hotel 5 star terus.Tak pun terus pergi oversea.Tak payah risau kena tangkap khalwat.Lagipun, apa ke bodohnya Dhia nak bayar guna kad kredit Dhia.."aku menghamburkan jawapan sedas terus buat Kak Baiti.Biar otaknya berjalan sedikit.

Aku mengaku aku menipu.Tapi tuduhan bermalam dengan Mirza itu melampau.

"Atau bukan Mirza.Tapi orang lain.Orang yang Dhia peluk dua tahun lepas masa kat Bangi dulu.."tuduh Kak Baiti lagi.

Ok..kali ini aku ternganga.Aku terus terasakan hangat tubuh Wahyu tiba-tiba.Perkara itu sudah lama berlalu dan aku hampir berjaya lupakan sepenuhnya suamiku itu.

"Dhia terkejut akak tahu kan? Punyalah terkejut akak bila nampak Dhia berpeluk sakan dengan lelaki tu.Dia lelaki yang sama jumpa Dhia kat butik masa Dhia mula-mula kerja kan?"teka Kak Baiti.

"Kenapa baru sekarang akak tanya, kenapa kak?"giliran aku pula menyoal Kak Baiti.

Daripada terkejut, aku akhirnya meraung, menangis sekuat-kuat hati.

Kak Baiti menggelabah melihat aku meraung seperti orang gila.Ini sebenarnya gabungan kesedihan dan rasa bersalah yang aku pendam selama ini.

Akhirnya ada orang yang mampu ku kongsi rasa perit ini.
Lama aku menangis kuat seperti remaja histeria sehingga Kak Baiti memanggil Abang Daim ke rumah.

"Dhia, maafkan akak.Akak tak tahu soalan akak menyebabkan Dhia jadi macam ni.."

Kak Dhia mengusap-usap rambutku.Aku berbaring di ribanya.Abang Daim duduk sahaja di tepi pintu yang terbuka sedikit memerhatikan kami.

"Dhia, cerita dengan abang.Abang tak akan judge Dhia..Kalau Dhia buat salah pun abang dengar je..kalau Dhia tak salah apa-apa pun, Dhia cerita jugak.Yang penting, Dhia share.."Abang Daim memujukku lembut.

Mungkin Kak Baiti sudah bercerita apa puncanya aku meroyan sebegini dan Kak Baiti rasa bersalah kerana dia yang memulakan.

"Dhia tak tidur dengan siapa-siapa pun.."kataku tersengguk-sengguk.

Seperti biasa, air mataku memang degil untuk berhenti.Jika ada suis on atau off, mudah juga untuk aku kawal.

"Okay, abang percaya cakap Dhia.Tapi masa tu kan Dhia patut balik kampung,kenapa Dhia tidur hotel pulak?"

Abang Daim memang bijak memujuk sehingga rasa sedihku surut secara perlahan.

"Dhia memang tak balik kampung..Dhia lari dari rumah masa Dhia mula-mula pindah sini.Dhia tipu aje kata balik kampung sebab tak nak orang tahu rahsia Dhia.."aku merungkaikan sedikit demi sedikit rahsia yang aku simpan selama ini.

Aku bangun daripada berbaring dan duduk memandang Kak Baiti.Muka Kak Baiti berubah.Agaknya dia kecewa aku menipunya selama ini.

"Maafkan Dhia, kak.Akak jangan marah Dhia.Dhia dah tak ada orang lain kat sini selain akak.."

Spontan aku memeluk Kak Baiti dan menangis lagi.

Kak Baiti merungkaikan pelukanku.

"Okay, akak maafkan Dhia.Tapi bagitahu akak siapa lelaki yang peluk Dhia masa kat Bangi dulu?"

Aku mengetapkan bibir.Mataku bergilir-gilir memandang Kak Baiti dan Abang Daim yang menanti jawapanku.

"Dia suami Dhia kak.Wahyu nama dia.Dhia lari dari rumah sebab kena kahwin dengan dia. "

Kak Baiti dan Abang Daim menggeleng-gelengkan kepala.Kedua-dua mereka nampak terkejut dengan kenyataan terakhirku itu.

"Masih lagi suami ke?Dhia dah lama tak jumpa dia"Abang Daim tenang bertanya.Aku faham maksudnya itu.Persoalan nafkah sama ada zahir atau batin.

"Dhia cuma duduk dengan Wahyu seminggu.Kemudian Dhia lari.Tapi masa Wahyu jumpa Dhia dekat butik rasanya masa bulan kedua Dhia kat KL , Wahyu bagi Dhia buku ASB, dia janji tiap-tiap bulan akan masukkan duit."

Kali terakhir aku mengemaskini buku ASB 3 bulan lepas.Dan Wahyu masih berpegang pada janjinya malah jumlah yang dimasukkan meningkat ke RM1500 sebulan..

Boleh sahaja aku tutup buku akaun itu memandangkan sesen pun duit itu tidak aku gunakan.

Namun aku terasa berat.Itu satu-satunya tali yang tinggal antara aku dan Wahyu.

"Entahlah Dhia, jangan main-main benda ni.Selesaikan cepat sebelum lagi teruk Dhia terluka.."

Abang Daim menasihatiku lembut.Aku merenung lantai.Setitik demi setitik air mataku jatuh semula.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now