48

7.2K 193 3
                                    

Selesai perhimpunan, Wahyu meminta semua eksekutif dan penyelia masuk ke bilik mesyuarat. Mesyuarat bulanan akan diteruskan.  Aku hanya menurut sahaja dan mendengar selaku orang baru.

Wahyu meminta aku mempengerusikan majlis. Aku menggeleng-gelengkan kepala sahaja , menolak dengan sopan.

"Bagi Dhia tengok dulu, next time Dhia akan handle ..."kataku lembut.Wahyu senyum sahaja mendengar jawapanku. Dia masih tak mahu berenggang. Duduk bersebelahan denganku, sesekali tangannya memegang pahaku di bawah meja.

Gatal sungguh. Aku menahan geram sahaja dengan perangai merenyamnya hari ini.Baru dua hari berpisah.Kalau dua bulan aku tak tahu apa yang akan jadi.

Seorang demi seorang penyelia dan eksekutif memperkenalkan diri. Selepas sessi pengenalan, mereka terus ke agenda mesyuarat. Sesekali Wahyu ke hadapan menerangkan apa yang dimahukannya di papan putih. Aku mendengar dengan khusyuk, sesekali aku mencatit di buku nota untuk rujukan di masa akan datang.

Aku jadi tergoda pula dengan karisma Wahyu pada hari ini. Gayanya memusing-musingkan pen marker sambil berdiri menyilangkan kaki di hadapan seolah-olah dikhususkan buatku seorang. Dengan kemeja putih dan seluar khakhis hitam, dia kelihatan seksi.

Ah, aku ni. Orang sedang berbincang hal serius, aku sempat berfikir ke lain.Itulah, tadi asyik mengutuk di dalam hati Wahyu miang, rupa-rupanya aku lebih kurang dua kali lima.

"Dhia, okay tak sayang..." Wahyu mengejutkan aku dari fantasi terhadapnya. Aku tersenyum malu sambil menunjukkan ibu jari petanda okaŷ.

Semua dalam bilik mesyuarat tersenyum-simpul melihat aksi romantis Wahyu yang tak berselindung langsung. Aku jadi malu sendiri.

"Encik Wahyu, Puan Dhia, i hope we can maintain our professionalism in this company.Tak perlu nak show off sangat your honeymoon mood."

Lupa pula aku Iman ada di sini.Semua seolah tersentak dengan tegurannya itu. Wahyu juga terdiam tak bersuara apabila ditegur.

Aku tersenyum lebar.

"Betul tu Cik Iman.I hope Encik Wahyu can control your gedikness ya.Nak beromantika kita di rumah sahaja cukup.You can gedik as much as you wish."kataku selamba sambil mengenyit mata ke arah Wahyu.

Kata-kataku disambut gelak besar oleh semua.Lagi-lagi Wahyu di hadapan.Bukan main seronok dia apabila aku mengusik begitu. Iman sahaja yang tambah mencuka.

"Puan Dhia nak air tak? Saya buatkan kopi ke teh?" tanya Baizura, salah seorang penyelia kepadaku.

"Eh tak apalah.Saya okay.Awak nak kopi ke?"tanyaku pula.Seronok rasanya sudah ada yang mula berbual denganku.Terasa bagai ada sahabat baru selain Wahyu di kilang ini.

"You buatlah Dhia kopi untuk semua.You pun bukan tahu apa-apa sangat untuk ada dalam meeting ni.You know nothing, so better you contribute something."

Sekali lagi semua terdiam mendengar Iman bersuara.Aku pula terasa disimbah dengan sebaldi air longkang ketika ini.Terasa maruahku dipijak-pijak.

Aku mengharapkan Wahyu bersuara membelaku.Tapi sayangnya selama hampir dua minit masing-masing sunyi tidak bersuara, dia hanya mendiamkan diri.Perhatiannya dialihkan ke arah laptop.

"Okay Iman, saya buatkan kopi untuk semua.."kataku tersenyum lebar dan bangun keluar dari bilik mesyuarat menuju ke pantri.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now