45

7.2K 195 7
                                    

Aku berjaya juga mengatasi ketakutanku memandu di kawasan perbukitan.Selepas 3 jam, aku dan mak tiba di rumah.

"Mak, kita pergi rumah Wahyu nak tak?" ajuku pada mak sebaik sahaja kereta ku hentikan di hadapan rumah.

"Mak mertua Dhia ?" tanya mak  sekaligus membetulkan kenyataanku. Aku malu sendiri. Mak dan ayah Wahyu adalah mertuaku.Mertua yang ku abaikan sebaik sahaja aku sah menjadi isteri pada anak mereka.

Aku mengangguk.Mak tersenyum sambil mengusap-ngusap lenganku.

"Dhia nak minta maaf pada mereka. Dhia tahu Dhia menantu yang tak guna.."kataku perlahan mengaku kekhilafan diri.

"Baguslah tu.Dhia patut syukur ada mertua macam tu.Sekali pun diorang tak suarakan marah pada Dhia.Masa mak suruh Wahyu kahwin dengan Iman, ayah dan mak mertua kamu yang beria marah mak.Mereka kata mak tak faham Wahyu.."

Mak terhenti di situ. Aku pula tersentak mendengar cerita mak.Mak aku sendiri mahu aku dimadukan?

"Dhia jangan kecil hati.Mak cuma rasa bersalah tengok Wahyu hidup macam orang dah tak beristeri.Iman pula beria-beria minta mak sampaikan pada keluarga Wahyu.Mak cuma nak Wahyu hidup bahagia.."

Aku diam sahaja.Tak mampu untuk menyuarakan rasa kesal di hati. Walaupun aku sedih mendengar mak sanggup merisik Wahyu untuk Iman, tapi aku lebih sedih kerana sebab aku, mak menanggung beban malu.

"Mak, Dhia minta maaf.Dhia betul-betul menyusahkan semua orang.."kataku perlahan.

Mak menggenggam tanganku kuat-kuat.Sebenarnya kami masih lagi duduk di dalam kereta di hadapan rumah.Sedang berkira-kira hendak terus ke rumah Wahyu atau masuk ke dalam rumah mak terlebih dahulu.

"Benda dah jadi Dhia.Tak ada apa yang boleh kita lakukan. Anggaplah ini pengajaran paling besar dalam hidup Dhia.Kalau Dhia ulang silap yang sama, mak tak rasa mak boleh terima Dhia semula."

Aku diam sahaja.Enjin kereta ku hidupkan semula dan kami menuju ke rumah mertuaku.

Selang 10 minit, kami tiba di hadapan rumah Wahyu.Suasana sunyi sahaja.

Mak memberi salam kuat.

"Kak Hajar ke, masuklah. Ika dekat dapur ni..."suara Mak Ika pula menyahut dari ruang dapur.

Aku menuruti langkah mak. Sebaik tiba di muka pintu berhadapan tangga untuk ke bahagian dapur, aku berhenti membiarkan mak turun terlebih dahulu.

Aku meletakkan tangan di dada. Debar kuat terasa. Orang berdosa kan, memang begitulah.

"Rajinnya Ika buat karipap banyak-banyak. Wali mana? Ika seorang aje ni, kenapa tak tutup pintu?"

Bertubi-tubi soalan mak pad Mak Ika. Aku memasang telinga mendengar perbualan mereka.

"Wali bawak budak berlawan silat kak.Dekat Tanjung Karang.Petang nanti ada lah dekat rumah.."

"Ika buat karipap ni sebab si Wahyu call semalam kata Dhia dah balik. Dhia kan suka karipap sardin ni. Betul ke Kak Hajar? Syukur sangat-sangat terbuka hati dia nak balik sini. Rindu sangat Ika dekat budak bertuah tu."

Suara Mak Ika menyebabkan hatiku terus jatuh sebak.Jarak masa 4 tahun memisahkan kami tidak sekali-sekali membuatkan dia lupa tentang diriku. Adakah ada lagi sekelumit sayang Mak Ika pada diriku.

Ingat lagi dulu, di pangkuan Mak Ika lah tempat aku dan Dhina menumpang sedih bila dimarahi atau dirotan mak.Malah, setiap hari di sekolah, Mak Ika akan mengirimkan bekal yang sama seperti Wahyu untuk aku dan Dhina. Mak Ika selalu menyebut bahawa aku dan Dhina adalah anak-anaknya juga memandangkan dia teringin sangat untuk memiliki anak perempuan.

"Ada. Tengah jawab call kawan dalam kereta tu.Sekejap lagi dia naik."jawab mak.

Apa tujuan mak berbohong pun aku tak pasti. Mungkin mahu aku lebih bertenang sebelum berjumpa Mak Ika.

"Si Wahyu telefon pagi semalam kata ada dekat Cameron Highland bawak akak dengan Dhia.Punyalah gembira suaranya.Siap suruh kita hantar pulut kuning ke masjid lagi kak.."

Emak kedengaran mengeluh. Aku menahan nafas. Nikmat Tuhan mana lagi yang harus aku dustakan. Bukan semua orang diberi peluang kedua selepas melakukan kesilapan besar.

"Yang akak mengeluh ni kenapa?"tanya Mak Ika pada mak.

"Taklah Ika.Tebal muka akak dekat kamu dan Wali.Anak akak buat perangai kamu masih lagi nak terima dia. Terima kasih Ika. Lepas ni kalau Dhia buat hal lagi memang akak tak mengaku dia anak lagi lepas ni..."

Aku tahu mak sengaja menekankan unsur ugutan di akhir kata-katanya kerana dia tahu aku sedang memasang telinga. Itulah sebenarnya personaliti emak yang aku rindu. Garang dalam diam.

"Akak, kita syukur banyak-banyak Dhia dah sedar silap dia kak. Maksudnya doa kita hari-hari ni dah makbul. Jangan buat dia lari lagi.Silap kita juga dulu, kita melulu aje nikahkan dia dengan Wahyu tanpa tanya pendapat dia. Dhia pun muda sangat lagi masa tu..Mujur kita dapat kesan dia dekat mana. Dapat jugalah Wahyu pantau dari jauh macam mana keadaan dia.Buatnya dia hilang tak ada jejak macam mana.."jawab Mak Ika panjang lebar.

Ok, ini satu lagi rahsia yang baru terbongkar.Maknanya selama kehilanganku dua tahun ini Wahyu sentiasa mengawasiku di dalam radar.Aduh, terasa sungguh aku ini seperti kanak-kanak yang tidak matang.

"Itulah Ika, terima kasih terima Dhia seadanya. Dan terima kasih tak terima cadangan akak untuk kahwinkan Wahyu dengan Iman,.."emak tergelak-gelak semasa menyebut ayat terakhir itu. Emak ini memang sengaja hendak aku ditekan rasa yang pelbagai. Cemburu, terharu, sedih, bangga..

"Isyh..tak inginlah saya Iman tu kak. Menantu saya Dhia seorang.Akak tahu Iman ada call saya pagi tadi. Sibuk aje dia nak bercerita tentang Dhia. Padahal dia bukan kenal pun dengan menantu saya tu. Orang macam tu akak nak saya kahwinkan dengan Wahyu?"

"Apa yang Iman cerita pada Ika tentang Dhia?"tanya mak. Aku juga berdebar menunggu jawapan Mak Ika. Wah, advance sungguh Iman ini. Baru hari ini kami bersemuka, dia sepantas kilat menggunakan teknologi untuk cuba memintas perhubungan aku dengan mertuaku.

"Biasalah kak..Iman tu.Mula-mula elok sahaja memuji-muji Dhia.Cantiklah, apalah. Kemudian dia buka cerita Dhia ada boyfriend kaya dekat KL. Macamlah kita tak tahu. Malas saya nak layan orang batu api macam tu..."

Ya Allah, malunya aku. Apa ni, semua aktivitiku di Kuala Lumpur rupa-rupanya bukan rahsia lagi pada emak dan keluarga mertuaku. Memang memalukan. Baik aku segera keluar dan berjumpa Mak Ika sebelum macam-macam lagi rahsia memalukan tentangku keluar dari mulut mereka berdua.

"Assalamualaikum...."kataku memberi salam dan menuruni tangga perlahan-lahan.

Mak Ika menjawab dan mendepakan tangannya untuk memelukku. Kami berpelukan erat dalam linangan air mata sambil diperhatikan oleh mak.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now