♡ 25 ♡

6.2K 135 0
                                    

"Dhia..tak keluar dengan Mirza malam ni?"

Kak Baiti duduk di sofa bersebelahan sofa panjang tempat aku berbaring.Aku menghulurkan botol kerepek Mr Potato padanya.

Cerita Korea "On the Way to the Airport" di channel 391 mengambil tumpuanku malam ini.

"Tak kak.Mirza ada hal dekat Singapore. Sabtu nanti baru dia ajak Dhia jumpa.."

Tiba-tiba teringat janji Mirza untuk menunjukkan bukti sayangnya pada aku.Apa agaknya kejutan yang bakal disediakan untukku?

"Akak tak keluar dengan Abang Daim ke malam ni?"soalku pula.

Berbeza dengan suasana mula-mula aku berpindah masuk ke rumah ini, waktu malam di rumah ini sudah bertukar.

Aku selalu keluar malam dengan Mirza dan Kak Baiti selalu dating dengan Abang Daim.Tapi kami berpegang rules yang sama, tepat 11 malam mesti tiba di rumah.

Tak sangka lelaki yang sopan seperti Abang Daim berjaya membuka pintu hati Kak Baiti. Bila bercakap penuh tatasusila, gayanya pula selalu nampak kemas, dengan warna cerah seperti krim dan pink lembut.

"Tak, dia balik kampung.."jawab Kak Baiti. Tangannya memainkan rambutku. Antara sebab aku jarang rasa sunyi, adanya Kak Baiti yang sentiasa menjagaku seperti kakak kandung.Apabila aku mengadu penat, dia ada untuk mengurut-urut belakangku.

Jika aku sedih dengan kata-kata staf lain yang suka mengata hubunganku dengan Mirza, dia juga tak pernah gagal berada di belakangku.Memberikan kata-kata semangat dan kekuatan supaya aku terus berdiri kuat.

"Balik kampung buat apa?"soalku.Kampung Abang Daim jauh di Arau, Perlis dan hari ini bukannya hari cuti.

"Emm...dia nak discuss dengan family dia untuk merisik akak..."Kak Baiti menjawab selamba dan aku pula yang over, menjerit sekuat hati.

"Wah....tahniah! Tahniah !!"aku melompat kegirangan dan memeluk Kak Baiti.Habis pipinya ku cium.

"Isyh...Dhia ni.Over tau. ."Kak Baiti menolak aku perlahan.

Aku tergelak besar.Patutlah wajahnya berseri-seri.

"Mestilah Dhia over..Dhia berjaya saksikan pertemuan kembali Kak Baiti dengan Abang Daim dua tahun lalu.Dan hari ini berita paling gembira yang Dhia dengar..."luahku tak habis lagi teruja.

Kak Baiti sengih.Kami saling berpandangan.Cerita di televisyen pula menjadi penonton kami.

"Tak sangka kan Dhia.Akak lagi tak sangka coursemate akak yang dulunya selalu akak buli hari ini berjodoh dengan akak.."cerita Kak Dhia.

Wow..ini menarik.Cerita ini belum pernah aku dengar.

"Akak buli dia? Kenapa? Tak pernah cerita pun sebelum ni?"tanyaku mahu mengorek rahsia.

"Emm...Dhia tahulah kan course fashion and design tu ramai student yang a-aw.."

Aku mengangguk.Faham.A-aw itu merujuk kepada lelaki lembut.

"Daim one of them.Nama glamour dia dulu Dee.Dia punya bergayanya, kalah kita yang ladies ni.Dengan blousnya, heelsnya.sometimes in make up Dhia tahu.."

"Serious? Tak percayalah..Tengok dia tak ada gaya a-aw pun? Maybe terlampau sopan lah boleh dikatakan.."komenku.Sungguh, rahsia ini benar-benar memeranjatkanku.

"Akak and the geng selalulah kacau diorang ni.Prank them.Kadang-kadang paksa Daim buatkan assignment akak..tiru design dia.Yelah, set-set diorang ni walaupun a-aw..genius tau.So memang target yang baiklah untuk kitorang sebat apa-apa assignment untuk tiru.Sampai satu hari tu Daim jumpa akak.."

Kak Baiti berhenti seketika dan meneguk nescafe di hadapannya.

"Tak sangka jugak akak ni gangsta dulu-dulu.Selamat sekarang dah insaf..kalau tak Dhia jadi mangsa buli lah kan.."usikku.Saja seronok menyampuk ceritanya.

"Heheh..Tulah Dhia tak tahu.Ok sambung balik.Masa Daim jumpa akak sorang-sorang tu time tu dah final year. Daim kata dia maafkan akak.Tapi dia harap one day akak akan kahwin dengan lelaki macam dia supaya akak faham apa sebenarnya yang dia lalui..."

Aku terbayangkan wajah Abang Daim yang hitam manis.Sesekali ada dia mengajak aku turut serta bila mereka keluar makan.Memang dia baik.Tapi tak sangka ada sejarah yang gempak di sebalik dirinya yang tampak sempurna itu.

Sempurna kerana boleh dikategorikan kacak dan baik.

Tapi tidak kaya.

Jadi belum cukup sempurna .Huhuhu.Itu indeks rasmi lelaki sempurna buatku. Kacak + kaya = Sempurna.

Baik itu bonus. Kerana lelaki baik itu hampir pupus.Kalau adapun lelaki baik, itu adalah Wahyu. Kalau dia masih baik.

"Doa dia makbul kak.Akak bukan kahwin dengan lelaki macam dia..tapi kahwin dengan dia terus!"kataku membuat kesimpulan.

"Haha..tulah.Betul-betul tak sangka.Masa akak jumpa dia balik yang time Dhia temankan dekat Bangi tu..akak terkejut sangat tengok dia totally lain.Cara dia cakap, gaya dia bukan macam Daim atau Dee yang akak kenal dulu..he's totally hawwwt in my eyes..Terus rasa falling in love dan nak keep in touch forever dengan dia.."

Kak Baiti tersengih-sengih bercerita lagi.Ok, aku layankan sahaja orang yang tengah gembira ini.

"Totally hawt in your eyes lah kak..Not me.."aku sengaja mengusik lagi.

"Of course..nak hot kat mata Dhia buat apa..nak kena pelempang dengan Mirza?"

Kami sama-sama tergelak besar.Botol Mr Potato ku ambil dan ku lagakan ke cawan nescafe yang dipegangnya.

"For Norbaiti and Daim, happy wedding!"jeritku.Kak Baiti tersenyum gembira dan memelukku.

"So akak dah pecah rahsia nak kahwin, pecah rahsia Abang Daim dulu pernah ehem ehem, Dhia tak nak pecah rahsia Dhia ke?"

Kak Baiti tiba-tiba serius dan seolah-olah meminta penjelasan dariku.

Aku mengetapkan bibir.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now