♡ Dua ♡

9.3K 242 1
                                    

"Kak, ayah panggil kau.."

Aku menoleh.Dhina menghampiri kami dengan motosikalnya.

"Kenapa?"

"Entahlah.Tadi dia kena attack lagi.Tapi tak teruk mana.Ha...Abang Wahyu sekali...".

Aku dan Wahyu saling berpandangan.Kenapa Wahyu pula terbabit sekali? Hal kilang ke?

Kami bertiga masing-masing menuju rumahku. Ada kereta ayah Wahyu, Pak Wali di situ.

Pelik juga rasanya.Sewaktu aku keluar dari rumah tadi, ayah kelihatan biasa sahaja.Duduk di katil sambil membaca surat khabar.

Kami memasuki rumah. Ayah berbaring di katilnya yang kami letakkan di ruang tamu, Pak Wali, isterinya Mak Ika dan juga mak berada di sekelilingnya.

Semua memandang kami serentak. Aku dan Wahyu merapati mereka. Ayah menggamitku dan Wahyu untuk merapatinya.

"Kenapa ayah? Ayah okay tak ni..?"tanyaku lembut.

Risau pula rasanya dengab keadaan yang kelihatan tiba-tiba begitu serius.

Ya Allah, tolong pinjamkan aku ayah lama lagi. Aku tak sanggup kehilangan dia begitu cepat.

"Wali..tolong bagitahu budak-budak ni.."kata ayah sambil memandang Pak Wali.

Pak Wali memegang tangan Wahyu. Ibu pula yang berdiri di sebelahku spontan memegang tanganku.

"Macam ni..Wahyu.Pak Yusuf nak minta tolong Wahyu jaga kilang padi dia kalau dia pergi nanti. Ini bukan cakap saja-saja.Pak Yusuf dah letak nama Wahyu 60% pemegang syer, selebihnya Dhia.."tegas Pak Wali di hujung kata-katanya.

Wahyu menundukkan kepalanya. Aku tak pasti apa perasaannya ketika ini.

Aku tiada masalah tentang itu walaupun aku anak sulung. Sepatutnya aku yang lebih berhak menguasai kilang tersebut.Sayangnya aku tiada perasaaan hendak mengendali dan menguruskannya.

Tak apalah.Harta yang satu itu Wahyu dapat, lagipun dia memang bercita-cita hendak menjaga kilang tersebut.

Banyak tanah sawah dan ladang getah milik ayah sudah diturunkan kepada aku dan Dhina. Aku tiada sebab untuk membantah keputusan ayah untuk memberi Wahyu hak kilang tersebut.

"Ayah tak tahu berapa lama lagi ayah akan hidup.."ayah tiba-tiba bersuara dalam kepayahan sambil mengusap-usap tanganku.

"Ayah cakap apa ni...tak sukalah.."dengusku.Aku tak suka bila ayah mula berkata bukan-bukan begitu.

"Wahyu, Dhia..ada satu lagi benda penting..."Pak Wali menyampuk.

"Selain kilang, Pak Yusuf nak minta Wahyu jaga sekali Dhia dan Dhina..Jaga sekali Mak Ajar..Wahyu boleh tolong tak..?"

Wahyu mengangguk-anggukkan kepalanya.Matanya bergenang.

Dia memang sentimental jika berkait hal ayah.Hubungan akrabnya dengan ayahku kadang-kadang melebihi rapatnya aku dengan ayah.

"Pak Yusuf nak minta Wahyu jadi suami yang sah untuk Dhia..boleh kan.."tiba-tiba mak di sebelahku bersuara.

Aku dan Wahyu sama-sama berpandangan.Aku menunjukkan memek menolak pada Wahyu, dengan harapan dia juga turut membantah permintaan ini.

"Wahyu..."kata ayah perlahan.

Wahyu memandangku lama.Kepalanya diangguk sekali.

Semua di situ tersenyum kecuali aku.

"Tiada siapa mahu bertanya pendapat Dhia kah?"tanyaku marah.

Sayangnya soalan itu hanya bergema di dalam fikiranku sahaja .

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now