♡ Tiga Belas ♡

5.9K 162 0
                                    

Setiba di Bangsar, Mirza mengheret ku masuk ke sebuah butik di Bangsar Village. Dia memilih dress berwarna coklat beige untukku dan mengarahkan aku mencubanya.

"Nak buat apa ni?"tanyaku pada Mirza.Aku menjeling tag harga.Wow, RM899.

"Takkan kita nak spy sana with your Magenta's uniform?"soal Mirza.

Betul juga.Semua pekerja butik Magenta milik Mirza di kesemua cawangan memakai pakaian seragam yang sama.

Memang tidak bijaklah jika aku menemani Mirza ke sana dengan berpakaian yang boleh dikenali mereka.

"Ok, cun..Now, your shoes and handbag.Lepas ni kite pergi saloon and do your hair."komen Mirza padaku seraya menyerahkan padaku kasut dan beg tangan untuk digayakan.

"Alahai, kenapa I pulak yang kena transform.You kan yang nak jadi spy.."komenku pelik.

Beria-ia dia mahu menukarkan diriku sedang sepatutnya identitinya yang perlu dirahsiakan.

"Takpe.I just try my luck.Rasanya only a few staff yang kenal I.Itupun kalau diorang masih kerja lagi. Branch manager off duty today.."terang Mirza..

Aku menganggukkan kepala sahaja.

Dalam hati punyalah bahagia.Jumlah yang dibelanjakan untuk diriku di butik ini sahaja hampir mencecah tiga ribu.

Mati hidup balik pun aku tak akan merasa berbelanja semewah ini.

"Kan cantik.Baru ada style Magenta's type of customer.jom kita start our mission.."kata Mirza sebaik sahaja aku selesai didandan dan disolek.

Aku tersenyum sahaja dalam kesipuan.Hari ini sahaja sudah beberapa kali Mirza memuji aku cantik.

Dia juga turut menukar gaya rambutnya.Kelihatan lebih santai dan trendy.Kaca mata dengan tona sedikit gelap dikenakan.

Okaylah, ada sedikit perubahan pada wajahnya. Sut yang dikenakannya juga digantikan dengan jaket kulit yang tampak mahal.

Sebaik sahaja kami masuk ke dalam butik Magenta di Jalan Maarof itu, Mirza dan aku sedikit terkejut.

Tiada seorang pekerja pun yang menyambut kami.Baju-baju yang dikenakan pada patung juga tidak mengikut tema bulanan yang ditetapkan.

Berjalan lebih ke dalam, terdapat tiga orang staf yang sedang berbual-bual di kaunter pembayaran.

Mirza memulakan agendanya.

"Hi, can you assist us. Tunang I nak cari dress for her party this weekend..Boleh tolong suggest tak?"tanya Mirza dalam nada sopan.

Mereka saling berpandangan.Nampaknya staf-staf di sini tidak mengenali lelaki yang sedang berdiri di hadapan mereka ini.

Aku mendiamkan diri sahaja sambil melihat-lihat sekitar butik.

Berlakon menjadi tunangan orang kaya, haruslah ditonjolkan elemen bongkak di situ.Huhuhu, gelak sahaja aku di dalam hati.

"Sir, actually our store dah nak business shut down.So dah tak banyak choice yang ada.You may try to look at our new store, tak jauh dari sini.."

Mirza terbatuk mendengar penjelasan itu. Mahu dia tidak terkejut, sejak bila pula dia membuka cawangan yang lain di Bangsar ini.

"I tak tahu pun Magenta ada bukak new store here. Actually I loyal customer to Magenta.."kataku menambah rencah.

Ku lihat muka Mirza merah padam.Menahan marah agaknya.Aku berharap dia tidak melampiaskan amarah di sini.

"Oh, bukan Magenta lagi namanya.Meghna..Rebranding.."jawab gadis yang sejak tadi setia menjawab soalan kami.

Aku tidak merasakan staf-staf di sini tahu apa sebenarnya yang terjadi. Dari agakanku pasti ini kerja Branch Manager.

"Meghna?Really?"kata Mirza sinis dan kuat.Nampaknya sedikit demi sedikit dia mula mempamerkan emosi yang disimpan sejak tadi.

"Jom sayang, kita cari butik Meghna tu.."kataku dan terus menarik tangan Mirza keluar dari situ.

"Why you stop me?"tanya Mirza padaku.

Aku menggeleng-gelengkan kepala.

"Apalah you ni, tak nak tengok ke Meghna yang diorang cerita tadi?Kat situ barulah you tahu siapa dalangnya, mungkin Branch Manager?"marahku balik pada Mirza.

Tak sangka aku mampu "mengajar" boss besar di hari pertama dia di sampingku.

"Takkan Farah sanggup tipu I.I trust her a lot.I trust her untill I allowed her manage using her own style and system."keluh Mirza.

Pelik juga aku dengan sistem perniagaan mereka ini.Jika mempunyai banyak cawangan, bukankah semuanya perlu mengikut konsep yang sama.

"Susahlah kalau you run business using trust only.Kilang padi buruk arwah ayah I pun ada sistem yang semua orang kena follow.."kataku menasihati Mirza keras.

"Sorry okay Mirza.I tak layak nasihatkan you since you terlampau-lampau success.I ni diploma pun tak habis.Hehe.."kataku merendah diri.

Risau juga dikatakan aku ini melebih-lebih.

"Tak apa.Betul kata you.Jom kita cari Farah..By the way, apa yang I sangkakan tentang you tepat sangat.."suara Mirza mulai lembut semula.

"Apa?"

"You ni walaupun muda.Tapi brilliant.Matured.Beauty with brain kata orang..."pujinya lagi.

Aku terasa kerongkongku tersumbat dengan gula. Pandai sungguh dia ini mengambil hatiku.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now