42

7K 192 0
                                    

"Iman tu betullah.Aku suruh dia tunggu dekat sofa tengah tu aje.Pandai-pandai aje dia ketuk bilik korang.."bebel Dhina sambil menekan butang lif.

Aku diam sahaja.Malas hendak menyampuk.Penting sangatkah hal pejabat hingga sanggup Iman mencari Wahyu di Cameron Highland?

"Iman tu memang syok gila dengan abang kalau kau nak tahu kak..Dia pernah lempang  budak admin sebab try nak mengorat abang.."

"Iyer..?"tanyaku.Sedikit terkejut sebenarnya.Kalau begitu patutkah aku melempang pula muka Iman kerana mengganggu saat-saat intim kami pagi tadi?

Aku tersipu-sipu sendiri mengenangkan kegilaan Wahyu pagi tadi.Aku pula? Malu tapi mahu kah?

"Iye.Budak tu terus berhenti 24 jam.."Dhina terus bercerita.

"Iman tahu kan Wahyu dah kahwin?"tanyaku mahukan kepastian.Entah kenapa aku musykil jika ada wanita yang mengejar lelaki beristeri.

"Orang yang bahagia dengan isteri , muka kepam pun ada orang kejar kak.Inikan pulak lelaki handsome, ada jawatan tapi ditinggalkan bini.."perli Dhina.

Aku mencebikkan bibir sahaja.Laju sahaja Dhina mengenakan aku.

"Bila kau balik ni makin menggelabah lah dia.Kadang-kadang dengan aku pun dia jealous..Tak faham betul betina psiko macam tu.."

"Tak baiklah dik cakap orang psiko.Mungkin Wahyu pun sama melayan.Sebab tu dia pun berharap.Jangan letak salah kat dia sepenuhnya.."

Aku cuba meletakkan diri di tempat Iman pula.Iman mungkin sejenis yang agresif, bukan seperti aku yang suka memerhati dan membiarkan sahaja segalanya berjalan mengikut aturan.

Lelaki yang dia minati, kelihatan kosong dan bermasalah dalam rumahtangga, takkan dia mahu membiarkan sahaja di depan mata.Baik dia yang mulakan proses mengejar.

"Suka hati kau lah kak..jangan kata aku tak pesan pulak ye.."Dhina memberikan amaran.

Kami berjalan seiringan menuju ke meja di mana mak dan Wahyu sedang duduk. Wahyu menarik kerusi untukku sementara Dhina terus duduk di sebelah emak.

Aku malu sendiri apabila mak  memerhati sahaja aksi sweet Wahyu.

"Pompuan tu mana mak?"tanya Dhina pada mak.

"Tak baik cakap macam tu dik.Iman memang betul-betul ada hal kerja.Tu dia, terserempak dengan kawan pulak.."mak membela Iman sambil jarinya dihalakan ke meja di sudut tepi kafe.

Mataku memerhati dengan siapa Iman berbual.

Hmm kebetulan lagi.Iman sedang berbual dengan Farah Hanim.

Punyalah banyak hotel di Cameron, mengapa hotel ini yang dipilih oleh Farah? Rasanya tak mustahil rahsia aku sudah bersuami akan dijadikan modal mereka berbual pagi ini.

Sesekali mereka berdua memerhatikan aku.

"Sayang nak makan apa? Abang ambilkan.."

"Erk.."aku terhenti seketika melihat mak dan Dhina sama-sama menunggu reaksiku.

Wahyu ni memang betullah..tak sabar-sabar lagi dia hendak bermesra di hadapan semua orang.

"Em..tak apalah.Sayang ambil sendiri.."aku terus bangun.

Malu sendiri apabila terpaksa menggelarkan diri sendiri "sayang" di hadapan mak.

"Tak apalah, abang temankan.."Wahyu juga turut bangun.

Kami berjalan seiringan ke meja buffet. Dari jauh Iman memandang kami dengan tajam.

"Amboi, bukan main geletis lagi ye..Abang la..sayang la..Tu ha..girlfriend kau tgh bagi killer look.."marahku pada Wahyu apabila langkah kami sudah menjauh dari mak dan Dhina.Mulut ku juihkan ke arah Iman.

Wahyu menarik pinggangku..Ya Allah, dia ni.Memang betullah.Mimpi apa semalam sampai jadi miang teruk pagi ni.

"Janganlah.Depan-depan orang main peluk-peluk macam ni.Malulah.."kataku perlahan.Iman masih lagi memerhatikan kami.

"Tak nak abang peluk depan-depan orang, janji 3 benda.."pinta Wahyu.Dia bagai tidak peduli lagi banyak mata yang sedang memerhatikan kami ketika ini.

Aku berhenti di hadapan meja buffet dan menjeling dia dari ekor mata.

"Pertama.No more aku and kau.Panggil abang dan sayang.."

Aku menjebikkan bibir.Sambil itu tanganku terus mengambil pastri dan roti di meja buffet.Tiap kali aku bergerak, Wahyu juga turut bergerak memandangkan sebelah tangannya sedang memelukku.

"Second, sayang pulangkan semua hadiah yang Mirza bagi.Resign dan tinggal dengan kami semula.Kalau sayang nak jadi model freelance abang izinkan.Kontrak dengan Magenta dah nak tamat this month kan..So far ada sign new contract..?"tanya Mirza.

Kali ini suaranya tegas dan tidak romantis seperti mula-mula tadi.Aku menggelengkan kepala.Dari mana agaknya dia tahu perihal kerja dan kontrakku?

"Good.Semalam abang dapat rasa sayang dah nampak jalan yang betul.Kejar kemewahan buat sayang tak tenteram.Kita start new chapter ok.."

Aku memandang Wahyu.Sepatutnya ini perbincangan yang maha serius.Tak patut dibincangkan sambil berdiri apatah lagi di meja buffet.

"Nantilah aku..emm...sayang fikirkan.Bagi masa ok.."kataku.

Kami menuju ke sudut minuman pula.Aku mengambil gelas dan mengisi jus oren.

"Boleh bagi masa tapi setengah jam aje..Sekarang pukul 8. Jadi 8.30 abang nak jawapan.."dia berbisik di telingaku.

Aku membuat muka lagi.Diktator betul.

"Nombor tiga apa?Cepatla lepaskan pinggang aku...err..sayang..."

Sebenarnya ada perasaan selamat dan selesa bila tangannya berada di tubuhku.Paling penting haruman tubuhnya yang wangi pada hidungku. Hanya masalahnya ini di tempat awam.Sangatlah tidak manis dipandang orang walaupun kami suami isteri yang sah.

"Third..jangan tolak kalau abang nak peluk sayang.."katanya sambil tersenyum nakal.

Aku tak mampu menahan senyum kali ini. Aku tolak juga tangannya kali ini.

"Dah, kau..erm ..abang ni dah kenapa? Miang teruk pagi ni?"tanyaku.

Dia senyum manis.T-shirt putih dan jeans yang dikenakannya pagi ini menonjolkan sisi handsomenya di tahap maksima.Pada mataku.

"Semalam,abang buat keputusan takkan lepaskan sayang lagi.Walau sesaat.."bisiknya di telinga.Tangannya cuba lagi memeluk tubuhku tapi sempat aku tolak perlahan.

"Okay..okay.Please stop for being people attention this morning..."aku memintanya dalam nada geram.

"Semua tu sayang setuju tapi yang nombor dua tu biar sayang fikir dulu.."

Wahyu merenung dalam apabila mendengar jawapanku.

"Setengah jam sahaja masa diberikan.."

Aku mencebikkan bibir dan terus berlalu menuju mak dan Dhina.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now