34

6.9K 184 2
                                    


Aku menekapkan muka di bantal. Ya Tuhan, malunya! Macam mana aku boleh tak sedar sebelum Wahyu . Hajatku semalam hanya mahu menghilangkan sejuk sahaja dan berpindah balik ke lantai untuk menyambung tidur.

Dulu waktu tingkatan tiga aku pernah jatuh tersembam di kantin akibat terpijakkan kulit pisang.Satu kantin menggelakkan aku. Di situ juga aku menangis kerana terlalu malu. Mujur ada hero sekolah yang menjadi kegilaan pelajar perempuan memimpin aku untuk duduk di bangku.

Gelagat Wahyu itu menyebabkan kisah memalukan itu bertukar plot menjadi fantasi romantik.Terus ramai senior yang menegurku kata sengaja menarik perhatian Wahyu dengan buat-buat jatuh.Mujur tak ramai pula yang cuba meniru aksiku jatuh tersembam.

Tapi kisah malu paling epik itu tidak semalu hari ini.Bagaimana aku boleh kalah dengan suhu yang sejuk sehingga sanggup memeluk suami yang aku rancang untuk tinggalkan?Mesti dia dilanda perasan tahap dewa sehingga mahu cuba untuk mencium aku tadi.

Laju pula tiba-tiba jantungku.Di mana agaknya dia mahu menciumku tadi? Dahi, pipi atau bibir? Paling penting apa agaknya perasaanku andai perkara itu terjadi tadi?

Argh...gila! Baik pergi mandi dan solat subuh dari memikirkan adegan merepek itu. Sekejap lagi aku akan bertemu mak.Bercampur-campur perasaanku.Tak sabar hendak memeluk satu-satunya wali keramat ku itu dan paling nyata aku takut untuk berdepan dengan mak.

Selesai mandi dan solat subuh, aku turun ke dapur.Hajat di hati mahu membuat cucur bawang kesukaan mak.Manalah tahu boleh menyejukkan sedikit hati mak yang sah-sah marah padaku.

Aku kenal sangat mak.Marahnya lama.Dan tidak bersuara.Orangnya keras hati, susah untuk dipujuk.Kata arwah ayah, aku memang mengikut perangai mak.Ego namun baik hati.

Macam mana pula agaknya mahu memasak cucur ini?Itulah masa di kampung pun tak mahu ke dapur, duduk di KL pun asyik makan di kedai.Kalau tak mahu makan di restoran atau lebih tepat jika tiada dating dengan Mirza, rendam sahaja mi segera dalam air panas, selesai masalah.

"Nak buat apa tu?"

Aku mengangkat kepala.Wahyu berdiri di muka pintu dapur, sudah kembali dari masjid.Siap berkopiah lagi.

"Cekodok bawang.Mak mana?"tanyaku dalam suara berbisik.Risau mak ada berdekatan.

"Mak pergi pasar pagi.Dia suruh aku balik dulu.Risau kau sorang-sorang kat rumah."

"Habis mak nak balik nanti macam mana?Senang ke nak dapat teksi?"

Aku terbayang suasana pasar pagi Sabak Bernam.Rindunya.Rindu dengan teh tarik madu dan nasi lemak kerang di Gerai Pak Leh, rindu dengan suasana bising peniaga ikan dan sayur, rindu segalanya lah!

"Mak balik dengan Iman nanti.Terserempak pulak dengan dia.."

Jawapan Wahyu itu menyebabkan aku mendongak kepala. Iman lagi!

"Perempuan dalam bilik meeting semalam tu ye? Apasal mana-mana ada dia?"

"Nama dia Iman lah.Tak baik panggil perempuan..perempuan..Dia memang selalu pergi masjid jugak subuh.Biasa pagi Ahad ada kuliah subuh.."terang Wahyu menegur bahasaku.

"Amboi..backup nampak.."perliku.Memang betullah Wahyu ada hubungan dengan perempuan itu.Kalau tak kenapa sungguh-sungguh mahu menegurku.

"Amboi, jeles aje bunyinya.."perli Wahyu pula.

Aku mencebik sahaja.Malas hendak bersoal jawab lagi.Tak apa, selesai urusan dengan mak, aku akan sambung aktivitiku meminta persetujuan dari Wahyu untuk berpisah.

Lepas tu kau bolehlah sambung urusan untuk kahwin pula dengan Iman tu..Berkepitlah sampai berkepam masing-masing.

Wahyu berdiri di sebelahku, memerhatikan aku memotong bawang besar.Nervous pula dibuatnya.

"Besarnya potong bawang.Kau nak bagi orang tercekik ke makan cekodok kau tu?" tegur Wahyu sambil mencapai pisau dari tanganku.

Akhirnya aku berdiri sebelah sahaja menjadi pembantu.Pemerhati sebenarnya.

Memanglah dia ini cekap di dapur.Berbeza langit dan bumi dengan aku yang perempuan ini jika dibandingkan ketangkasan di dapur.

"Kau memang tak masak eh kat sana?"tanya Wahyu.Dia berhenti seketika memotong bawang dan memandangku.

"Tak.Makan kedai aje.."jawabku jujur.Rugi kan kau beristerikan aku, masak pun tak pandai.

"Makan dengan Mirza lah tu.."katanya sinis.Aku memandangnya.Alamak, dia tahu ke hubunganku dengan Mirza.

"Kau pasang spy ye mengendap aku?"tanyaku, marah sedikit.

"Tanggungjawab aku kan kau ni.Kau tak suka aku macam mana pun, aku wajib ambik tahu hal kau.."balas Wahyu perlahan.

"Emm..aku ringankan kerja kau.Tak payah jaga aku lagi.Tak payah bagi aku duit bulan-bulan lagi.Kita pisah cara baik.."kataku mula menyucuk jarum.

Dia senyum sahaja.Langsung tidak terusik.Tak ada perasankah Wahyu ni?

"Kan aku dah kata semalam.Mimpi lah aku nak lepaskan kau.Aku mati baru kita berpisah.."jawabnya sambil tergelak-gelak.

Aduhai, apa cara ni untuk aku bebas dari Wahyu dan kahwin segera dengan Mirza?

Agaknya kalau aku menangis, lembut tak hatinya?Dulu dia paling risau jika aku menangis.Cepat-cepat dia memujuk atau menolongku menyelesaikan apa sahaja masalah yang aku hadapi.

Belum sempat aku cuba untuk menangis, ada suara menegur kami dari belakang.

"Amboi, romantiknya masak sama-sama.Berdiri dekat-dekat.Rindu sangatlah tu sampai masak pun nak berkepit."

Aku menoleh.Dhina sedang tersenyum memandang aku.

Aku mengetapkan bibir.Takut juga untuk berhadapan dengan adikku yang garang ini.Masih terbayang-bayang aku ditengkingnya sewaktu terserempak di Bangi dua tahun lalu.

Berbeza denganku yang beku berdiri tegak di sebelah Wahyu, Dhina datang menghampiri dan memelukku erat.

"Alhamdulillah kak, kau balik jugak.."

Aku senyum nipis.Nampaknya penerimaan Dhina padaku positif.Bagaimana jika dia tahu aku balik atas tujuan lain?

"Dik, kau jangan marah aku lagi ye..Minta maaf atas semua salah aku..."kataku perlahan.Ada sebak juga yang hadir tiba-tiba

"Kan aku dah cakap dulu kak, kau balik aje aku lupakan terus apa yang kau buat.Asal kau jangan lari lagi.Jangan tinggalkan suami kau dan mak lagi .."

Kata-kata Dhina membuatkan aku terperangkap kali ini antara dua kehendak yang bertentangan.

Berpisah dengan suamiku dan jadi isteri jutawan tetapi hilang keluarga yang bersama denganku sejak kecil

Atau

Kembali ke pangkuan suami, mak dan Dhina tetapi hilang impian sejak aku kecil untuk menjadi isteri jutawan

"Kau bukan ada kat universiti ke? Macam mana boleh sampai awal pagi kat rumah?"tanyaku.Sebenarnya cuba lari dari kemelut dalam diri.

"Dah sampai pukul 8 malam semalam.Ada orang sms aku suruh aku tidur hotel.Takut kau tak nak tidur dengan dia.Takut kau nak tidur dengan aku pulak.."

Dhina memandang Wahyu.Dia tersenyum-senyum sahaja.Maksudnya Wahyu sudah merancang untuk membawaku pulang ke rumah dari petang semalam lagi.Jika tidak bagaimana Dhina tahu kepulanganku?

"Hotel? Sampai hati kau suruh Dhina tidur hotel.Dia perempuan tahu tak?"Marahku pada Wahyu.

"Tak apa kak..bukan hotel mana pun.Hotel abang....."

Dhina terhenti bila Wahyu menendang kakinya.

"Sakitlah..apa abang ni?'marah Dhina.

"Kau busuklah dik..Pergi mandi!"

Aku memerhati sahaja tingkah laku mereka ini.Nampaknya Wahyu telah mengambil hati mak dan Dhina sepenuhnya.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now