♡ 22 ♡

5.9K 157 2
                                    

"Tak payah peluk-peluklah kak..."

Dhina meleraikan kedua-dua tanganku yang spontan memeluknya tadi.

"Aku rindu dekat kau dik.."aku meluahkan perasaan sebenarku pada satu-satunya saudara kandungku di bumi ini.

"Rindu konon, boleh pergi matilah dengan rindu kau kak.."Dhina menyumpahku sederet.Tidak langsung bertapis.

Aku mengetapkan bibir sahaja.Tidak pernah sekalipun Dhina biadap denganku sebelum ini.Kali ini matanya seolah berapi memandangku.

"Kau buat apa sini?Jom aku belanja makan"tanyaku lembut.Tak mahu terus dimarahi.

"Aku dah tiga bulan dekat sini kak.Belajar dekat UniKL.Adik kau masuk universiti pun kau tak tahu kan?"

Aku diam lagi.Sememangnya aku yang salah.Aku tak ada alasan untuk menjawab walau sepatah pun.

"Kau makan dengan kawan ke malam ni?"tanyaku perlahan.

"Kau tak perasan ye. Aku dari tadi perhatikan kau. Baru puas hati aku nampak kau depan mata. Kalau tak tengok gambar kau dalam majalah aje. Aku ada dengan suami kau, Abang Wahyu.Dia datang melawat aku hari ni.Selamat ada abang ipar baik macam tu..isteri dia lari pun still lagi dia jaga aku dengan mak macam keluarga sendiri.."

Terasa darahku naik ke muka mendengar nama Wahyu dan mak.

"Wahyu dan mak ada kat sini sekali ke?"

"Mak tak ikut.Demam. Dia asyik tak sihat lepas kau lari. Abang Wahyu datang dengan staf dia.Dua orang.Diorang ada meeting dekat RISDA."suara Dhina mulai lembut.Wajahnya yang tegang tadi mulai nampak tenang.

"Wahyu nampak aku tadi ke?"

"Tak rasanya.Dia tak kata apa-apa pun. Okaylah kak.Berapa lama lagi kau nak lari dari rumah?"

Dhina menyilangkan tangan di dada dan memandangku tajam.Adikku yang seorang ini nampak manis sekarang, sudah elok bertudung dan memakai kaca mata.

"Emmm..."

"Aku tak tahu apa yang jadi antara kau dan Abang Wahyu.Tapi kau fikirlah pasal mak.Mak yang jaga kau sampai kau dah 22 tahun ni.Dia dah tua pun kau nak bebankan lagi dah kenapa? Kau tahu kan mak tu keras hati. Sikit pun dia tak pernah sebut pasal kau lagi.Mesti dia sakit sebab memendam perasaan pasal kau.Tak boleh fikir ke?"

Aku membetulkan ikatan rambut.Pandangan ku halakan ke arah lain.Tak mahu Dhina lihat aku mengalirkan air mata.Kelemahanku adalah mak.Aku anak manja mak berbanding Dhina.Segala masalah ku biasanya pada mak tempat aku meluahkan.Kali ini aku berlaku zalim pada mak.Maafkan Dhia, mak..

"Abang Wahyu pulak.Kau punyalah berkepit dengan dia dari kecik.Bila ayah kahwinkan korang, kau lari.Kalau kau sayang dia, silap besar lah kau tinggalkan dia.Perempuan berderet nak kan lelaki macam tu.Dah lah hensem..baik pulak.."

Dhina semakin seronok membebel melihatkan aku mula menangis.Agaknya lama dia menunggu untuk menghamburkan kata-kata ini padaku.

"Kau ingat tau kak.Apa keadaan pun korang masih suami isteri.Dosa besar kau buat macam ni..Dia pun sama berdosa biarkan kau hidup macam ni..."

Dahlah Dhina.Cukuplah bercakap.Aku tak mampu lagi bertahan mendengar nasihatnya yang menusuk jantungku ini.Terdengar-dengar suaraku meraung di dalam hati.

Terlalu sakit hatiku ini kerana kata-kata Dhina benar.Terlalu benar sehingga akhirnya aku menangis juga tersedu-sedu.

"Aku pergi dulu kak.Nanti Abang Wahyu pelik pulak apasal aku lama sangat pergi toilet.Ingat tau,kitorang memang tunggu kau balik.Cepat atau lambat, kau tentukan.Kau jangan sampai menyesal tak sudah pulak nanti.."

Dhina memelukku erat dari belakang.Lama sebelum dia berlalu.

Air mataku terus melimpah laju.Terasa dadaku benar-benar sakit ketika ini. Ku ketuk-ketuk perlahan supaya ianya reda.

Ku paksa air mata untuk berhenti apabila bunyi panggilan masuk ke Iphoneku. Kak Baiti.

"Dhia, lamanya ke tandas.Chicken chop Dhia dah sejuk.."

"Kak, Dhia sakit perut la. Dhia tunggu kat taman depan restoran ye..Nak ambik angin.."kataku dalam sedu yang masih bersisa.

"Dhia okay tak tu? Kenapa macam baru lepas nangis aje bunyinya.."

"Okay kak..Mungkin tak berapa clear kot suara dalam toilet..Akak take time ye. Dhia tunggu akak kat depan..."

"Okay Dhia..jangan duduk tempat sunyi tau. Cari port yang ramai orang.."

Aku keluar dari tandas. Menyorok di sebalik dinding untuk mengintai di mana Wahyu dan Dhina duduk.

Dari jauh aku melihat Wahyu bersama seorang wanita berambut panjang di sebelahnya. Di hadapannya Dhina dan seorang lagi lelaki.Mungkin inilah 2 orang staff yang dimaksudkan oleh Dhina. Pastinya orang kampung ku juga. Sayangnya aku tidak mengenali mereka memandangkan aku tidak seramah Dhina.

Wanita di sebelah Wahyu beria-beria gelak sambil matanya merenung Wahyu tak henti-henti.Apa yang ditenungnya pada muka Wahyu itu? Siapa dia ni? Kenapa dia duduk di sebelah Wahyu, bukannya Dhina atau lelaki yang lagi seorang itu?

Sakit semula rasanya dadaku melihat aksi wanita itu.Menggeletis dengan suami orang.

Huh, apa kurangnya kau Dhia?Isteri orang yang tak sedarkan diri.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now