♡ 27 ♡

5.7K 144 0
                                    

"Dhia nak pergi mana awal-awal pagi dah siap ni?"tanya Kak Baiti.

Aku menyikat rambut dan menyembur perfume sejauh 5 inci dari tubuh.

"Emm..."aku teragak-agak untuk menjawab.Takut dibebel Kak Baiti sementelah sekarang dia sudah memegang jawatan baru.

Pemegang Besar Mohor Diraja Dhia Qaireen.

"Nak keluar dengan Mirza lah tu.."tekanya.

Aku senyum sahaja.Membiarkan dia membuat penilaian sendiri.

"Akak tak perlu nasihat Dhia sangat sebab Dhia pun dah besar panjang.Tapi kalau Dhia tulis dalam buku, dosa sepanjang Dhia duduk KL ni, rasanya tak cukup cawangan MPH dengan Kinokuniya tahu tak?"Kak Baiti sudah memulakan sessi ceramahnya.

"Dhia tahu kak.."jawabku selamba.Bibir ku oles lagi sekali dengan lipstik merah menyala.

Begitulah aku.Semalam aku meraung sedih, hari ini aku bangkit semula seolah tiada apa-apa berlaku.Aku rasa aku psiko.Psiko bercampur buta.Sengaja buta kerana mataku hanya mahu melihat duit.

"Habis, takkan Dhia nak terus hidup macam ni? Dosa lari dari suami, dosa keluar dengan lelaki lain.."

Elleh, cerita pasal dosa pula Kak Baiti ni.Engkau buat design baju yang tak cukup kain tu tak pernah pulak engkau fikir.

Aku menjawab tetapi di dalam hati sahaja.Rasa hormatku masih lagi tinggi pada wanita ini.

"Biar masa menentukan kak.."jawabku.Kata-kata yang asalnya daripada Wahyu 2 tahun lalu menjadi benteng kuat untuk aku tidak lagi menoleh ke belakang.

"Mana boleh macam tu Dhia..Masa tu tak boleh tentukan apa-apa.Kita ni yang menggerakkan masa. Buruk baiknya kita ni..semua terletak atas apa yang kita lakukan.."

"Masa tu jalan laju sangat.Ketentuan Allah kita tak tahu.Kalau Dhia tak sempat nsk minta maaf pada suami, apa nama dia, haa Wahyu..macam mana? Kalau salah seorang dari korang meninggal dunia dulu tak sempat taubat macam mana?"

Cukuplah Kak Baiti.Bingit rasa telingaku mendengar tazkirah perdana seawal 9 pagi.

"Tengoklah macam mana kak..Okay kak, Dhia keluar dulu.."kataku cepat-cepat mencapai beg tangan dan kasut.

Kak Baiti menyentap tanganku. Aku menegakkan badan memandangnya.

Kau patut bersyukur kak aku ni melawan dalam hati sahaja.Ikutkan geram mahu sahaja ku tolak Kak Baiti kuat-kuat, biar jatuh ke lantai dan terlanggar bucu meja.Ya, kemudiannya amnesia, terus lupa kisah aku ini.

"Akak tak kira.Kalau Dhia sayang akak, akak nak Dhia setelkan masalah Dhia ni cepat.Balik kampung untuk tuntut cerai pada Wahyu atau balik kampung jangan balik sini lagi.Clash terus dengan Mirza..."

Kak Baiti mengugutku.Aduh, dia sudah memasukkan elemen sayang pula.Ini yang aku lemah kerana aku memang sayangkan Kak Baiti sepenuh hatiku.

Aku memeluk Kak Baiti erat-erat.Ada rasa sebak di hati tapi aku tahan air mata supaya tidak keluar.Aku penat meraung semalam.

"Dhia cuba ye kak, akak doakan yang terbaik untuk Dhia boleh?"pintaku lembut.

Kak Baiti memegang kedua-dua belah pipiku.Dia mencium pipi kananku.

"Akak sayang sangat Dhia tau.Akak marah sebab sayang, bukan akak benci Dhia.."

Aku mengangguk dan terus membuka pintu untuk keluar.

Air mataku tumpah juga.


Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now