Bab 1

60.8K 1K 4
                                    

Pasir putih yang halus digenggam erat seakan akan dia menginginkan pasir itu hancur. Sehancur hatinya saat ini. Ya, hatinya hancur kerana seorang lelaki. Lelaki yang tak sepatutnya wujud dalam hidup dia. Bahkan tak layak langsung berada dalam ingatannya. Huh.

"Arghhhhhhhh!!!!" Adell melepaskan segala rasa yang terbuku di hati. Berharap agar semua tekanan perasaan yang menyesakkan dadanya ini terlepas.

Perlahan lahan, nada yang marah tadi bertukar kepada kepada sendu. Adella Kaisara menangis?! WHAT THE..?!!

Pantas tangannya menyeka air mata yang jatuh di pipi gebunya itu.

'No no no Adell. This is not you! Kenapalah senang sangat air mata kau tu nak jatuh?'

Hatinya berbelah bahagi. Dia memang nak menangis bagi melepaskan semua rasa tapi at the same time, perkataan 'menangis' memang tak ada dalam kamus hidup Adella Kaisara!

Pantas mukanya diraup kasar. Matanya dihalakan ke hadapan memandang laut biru yang terbentang luas. Tanpa disedari, ada air hangat yang menuruni matanya melalui pipi mulusnya itu. Bibirnya mencebik cebik seakan akan budak berumur 5 tahun ingin meminta ais krim dari ibunya.

Tanpa dapat ditahan, dia menghemburkan tangisannya. Tangannya pantas menekup bibirnya bagi menahan tangisannya menjadi lebih teruk. Mata dipejam rapat menghalau perasaan sedih yang sedang asyik bermain di hatinya saat ini.

"Adell!!"

Tubuhnya dipeluk erat.

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now