Bab 6

20K 661 9
                                        

           "Awakkk!!"
Menjerit Adell memanggil Fahim memandangkan bunyi angin yang kuat kerana kelajuan motor Fahim itu.

Fahim menoleh sedikit.  "Apa?!" Gila kau nak toleh belakang belakang. Tak pasal pasal dua dua masuk ICU.

"Saya sakit perutt lahh!" Mengadu Adell.

Fahim menjeling geram. Ada aje minah ni.

"So?"
"Jomlah berhenti makan jap."

Tanpa banyak bunyi, Fahim memberi signal ke kiri. Alang alang dah dekat dengan Restoran Pelita. Makan lah apalagi.

Adell membuka helmet dikepalanya lalu shawl di kepalanya dibetul betulkan.

'Rosak tudung aku kalau tiap tiap hari naik motor. Apalah mamat ni, ada kereta mewah tak nak naik. Nak jugak naik motor ni.'
Muka Fahim dijeling sekilas.

"Cepat sikit boleh? Kau dah habiskan waktu tidur aku 2 jam tau?" Bebel Fahim sambil melangkah masuk ke dalam kedai mamak itu.

Terkedek kedek Adell mengikutinya dari belakang.

"Alahh yelah sorry. Lepasni saya tak kacau lagi okay?" Adell membuat muka cute yang tak berapa nak cute.

Fahim sembunyi senyum lalu dengan segera dia mengambil nasi campur yang telah dipilih.
Begitu juga dengan Adell.

Meja yang berkerusi empat dipilih dan air diorder apabila pelayan restorang datang.

Mereka meneruskan menjamu selera memandangkan Fahim macam tak ada rasa nak berbual dengan dia. Sesekali matanya menjeling wajah Fahim yang boleh dikatakan sempurna.

Matanya.. sepet.
Hidungnyaa.... hm mancung.
Bibir dia? Hmm..... pink! Macam artis korea tu!
Kadang kadang dia terfikir, kenapalah si Fahim ni tak ada awek. Nak kata miskin? Uish kaya!
Kayalah kalau ada BMW sebiji dengan Ducati sebiji kat rumah tu. Penganggur? Memang taklah. Menurut Mak cik Lailan, Fahim merupakan seorang engineer di salah satu syarikat terkemuka di Ibu Kota ini.

Cukup kot semuanya?
Tapi kenapa tak ada awek?!

Jangan jangan.. suapan nasi campur ke mulut Adell terhenti.

'Gay?!' Cepat cepat Adell menggelengkan kepalanya laju.

"Kau kenapa?! Malulah sikit orang pandang!"
Suara Fahim tertahan tahan. Kang tengking menangis kat sini pulak susah!

"Hah?" Terkebil kebil mata Adell memandang Fahim, lalu dia memandang orang sekelilingnya dengan senyuman sumbing. 

Fahim menggeleng kepalanya perlahan.
"Dah habiskan? Jom. Dah lambat ni."
Fahim bangun dari kerusi lalu terus ke kaunter untuk membayar makanan.

Adell pulak terus menunggu Fahim di motornya. Mata diliarkan memandang sekeliling sebelum dia perasan ada seorang minah ni memandang tajam kearahnya.

Pantas kepala Adell dipusingkan menoleh ke arah lain. Dahinya berkerut.

'Dah kenapa prempuan tu?'

"Jom!"
"Oh mak kau jom ke sana! Eh! Eii!  Awak nii! Terkejut saya!"
Adell mengurut dada nya perlahan.

Fahim menjeling sebelum bibirnya sembunyi senyum yang tiada sesiapa boleh nampak. Terutama Adell.

     *******************************************

        "Terima kasih tau sebab hantar saya balik. Kalau tak tak tahulah saya pakai baju apa esok."

Adell tersenyum manis sambil tangannya menghukurkan helmet milik Fahim.

Fahim menganggukkan kepalanya tanda sama sama.

"Kirim salam Cik Mah dengan Pak Amri bila diorang dah balik sini nanti." Kata Fahim tanpa melihat wajah manis Adell sebaliknya melihat lihat helmet yang dipakai Adell tadi.

Adell mengangguk. "No problem!"

"Aku balik dulu."

"Ha okayy! Baa.. baiii!!"
Belum sempat dia menghabiskan bye dia tu Fahim dah meninggalkan dia.
'Uish, kejam betul.'

Adell mengeluarkan iPhonenya untuk memberitahu abangnya bahwa dia memerlukan khidmat abang dia esok untuk menghantar Adell ke tempat kerja baharunya.

Tak sabarnyaa!!

Lelaki itu suamikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang