Suasana sepi di dalam kereta menenangkan jiwa Adell. Sudah hampir pukul 12 tengah malam. Patutlah dari tadi mulutnya tidak habis-habis menguap. Matanya pula asyik mengeluarka air mata padahal petang tadi dia sudah tidur.
Tiba-tiba satu bunyi deringan mengejutkan semua di dalam kereta.
Menyedari itu telefon Hadi, dapat dilihat, terkocoh-kocoh Hadi menjawab panggilan itu.Kemudian, kepala dibaringkan kembali ke kerusi. Sempat matanya mengerling sekilas Harris disebelah yang nampaknya sudah termenung jauh sampai ke London.
"Hello." Mendatar saja suaranya menandakan ini bukanlah waktu yang sesuai untuk si pemanggil menelefonnya sekarang."Hye! Boleh jumpa?" Sedikit ceria suara di sebelah sana membuatkan Hadi mendengus. Dia ni buat-buat lupa atau memang lupa?
"I dekat Langkawi.. you dah lupa ke?" Bentak Hadi sedikit kasar. Dia benar-benar tiada mood saat ini ingin melayan karenah Riana yang pelbagai itu. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap.
Terdengar ketawa manja disebelah sana.
"Hadi... I tak lupalah.. I sekarang dekat Langkawi. So why not we meet each other? Sebab ada hal penting I nak bagitahu you..." Manja sekali suara Riana memujuk Hadi.Sedikit terkejut Hadi dengan penyataan Riana. Dekat Langkawi? Berkerut dahinya. Kemudian matanya mengerling sekilas ke belakang mencari wajah Harris yang leka termenung.
Harris tak tahukah?
Lalu jam di pergelangan tangan dipandang sekilas."Sekarang dah pukul berapa dah.. tak boleh tunggu esok ke?" Mendatar suara Hadi.
Lama Riana diam sebelum bersuara.
"Okayy.. esok kita jumpa, then breakfast sama-sama." Cadang Riana."No. Esok pagi kitaorang ada meeting lagi. Kita jumpa petang." Usul Hadi membuatkan Riana mendengus.
"Fine!" Terus talian dimatikan oleh Riana.
Hadi menggeleng kecil. Entah apalah Riana nak bincang dengan dia lagi. Tak cukupkah tempoh hari Riana menceritakan segala-galanya pada dia?Chemistry Cafe dimasuki Hadi memandangkan dia sudah berjanji dengan Riana ingin bertemu dia situ.
Setelah nampak kelibat Riana yang melambai-lambaikan ke arahnya, kakinya terus menapak ke meja yang dipih Riana. Suasana yang tidak begitu ramai orang yang membuatkan Hadi memilih Cafe ini sebagai tempat berbual mereka. Dia tahu sangat cafe ni."Kenapa?" Wajah sembab Riana direnung lama. "You menangis?" Soal Hadi lagi apabila melihat riak sedih diwajah Riana.
"I hate him." Luah Riana tiba-tiba. Berkerut dahi Hadi mendengarnya. Masih tidak dapat menangkap apa yang ingin cuba disampaikan Riana.
"Who?"
"Fahim." Terdiam seketika Hadi. Fahim... barulah otaknya dapat menangkap maksud Riana. Fahim, lelaki kacak yang menjadi rebutan kedua selepas Harris di tempat kerja mereka. Tapi dia tidaklah kenal sangat dengan Fahim itu memandangkan dia baru saja 3 hari bekerja disitu. Yang dia kenal hanyalah Riana, Harris, Fahim , Kak Syafa dan Adell, si cantik manis yang meruntun hati lelakinya. Baru pertama kali bertentang mata, hatinya sudah dipalu kencang dengan senyuman manis yang Adell hadiahkan kepadanya.
"Hadi! I cakap dengan you kan?!" Bentak Riana. Mencerlung matanya memandang Hadi yang tadinya mengelamun.
Hadi mengeluh kasar. "Chilllah. Tak payahlah nak jerit-jerit." Balas Hadi selamba seraya menjeling wajah mencuka Riana. Ah, malas dia ingin melayan Riana yang keras kepala itu. Kepala sama je macam hati. Keras! Kenal sangat dengan perangai Riana itu. Masuk tahun ini, sudah lebih 3 tahu mereka berkawan. Mereka mula mengenali antara satu sama lain pun sewaktu melanjutkan pelajan di MSU. Mereka juga mengambil bidang yang sama. Dia masih ingat, sewaktu dia diplomalah.. waktu kegemilangannya. Kaya, popular... semua disebabkan bapanya. Bapanya seringkali menghantar duit kepada keluarganya melalui bank. Sudahlah duit yang dihantar bukan sedikit. Hampir melebihi RM 5000 sebulan. Dia dan keluarganya yang kecil itu sudahlah jarang menghabiskan duit. Nak-nak lagi adiknya, Hana. Tak berminat langsung dengan duit.
Sebab itulah sampai ke MSU dia melanjutkan pelajaran. Kalau tak, dia boleh saja melanjutkan pelajaran di IPTA yang lain.

YOU ARE READING
Lelaki itu suamiku
RomanceAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...