Bab 62

24.8K 779 75
                                    

RUMAH agam yang terbentang didepannya dipandang lama.
Rindunya dia pada rumah ini.
Masih dia teringat, kali pertama dia menjejakkan kaki ke rumah ini adalah sewaktu dia masih bergelar personal assistant kepada suaminya.
Waktu itu, dia ingin menjemput Harris untuk ke airport bagi menghadiri mesyuarat di Langkawi dan disitulah semuanya bermula.

Yang membawanya ke alam perkahwinan,.. dan tak lama lagi.., perkahwinan ini akan membawa kepada penceraian.

Mungkin.

Kemudian terasa tangannya digoncang.
"Ibu., ibu pandang apa? Jomlah masuk." Petah Harraz bersuara membuatkan Adell tergelak kecil.
Kepala Harraz diusap lembut.
"Yalah, jom."

Tangan anaknya dipimpin memasuki ruang hadapan yang besar itu.
Tetamu sudah mula beransur pulang.
Sengaja dia datang lambat ke majlis ini.
Dia tidak mahulah terserempak dengan bakal bekas suaminya tak lama lagi. Sakit dihati masih terasa, dan takkan hilang begitu saja.
Sudahlah dia bawa Harraz.

"Kak Adell! Lambatnya kak Adell datang. Hani ingatkan kak Adell tak nak datang sini?" Hani mendakap erat tubuh Adell sebelum tubuhnya memeluk Harraz pula.

"Hai! Lama tak jumpa." Mesra Hani menyapa.

Harraz cuma tersipu malu.

"Akak ada hal tadi. Tu yang lambat sikit."

Hani menjeling. Tidaknya dia percaya.
Bukan lambat sikit okay? Lambat banyak! Abang Hadi pun dah selamat ditunangkan!

Nasib baiklah majlis dibuat disebelah rumah lelaki diatas permintaan pihak wanita yang sudah tidak mempunyai ibu dan bapa.
Jadi semuanya berjalan dengan lancar!

"Hadi mana? Dekat atas?" Kepalanya tercari-cari bayang bakal pengantin namun tidak kelihatan.

"Tak. Ada dekat bawah. Dengan tunangnya lah apalagi."

Adell angguj sebelum wajah diseriuskan.
"Abang Harris tak ada, kan?"

Kini, Hani pula yang tergelak.
"Takk., pagi tadi dah berangkat."

Adell tarik nafas lega.
"Akak nak jumpa mummy dengan daddy."

Hani mengangguk. "Pergilah masuk. Ada kat dapur tu kot."

Hanya mengangguk, Adell beredar bersama si kecilnya. Rindu pada mertuanya!

"Eh cucu Tok Ma sayanggg...." tanpa dipinta, Harraz berlari ke dakapan Tengku Haziemah. Agak terkedu buat Adell namun cuma sebentar, kemudian dia tersenyum lebar.

Walaupun baru kali kedua Harraz berjumpa dengan mummy, namun dia sudah boleh membiasakan diri bersama atok dan nenek barunya.

"Ehh, Tok Ma je? Tak nak peluk Tok Dad ke?" Tengku Arlauddin mengusik membuatkan Harraz tersipu malu, lalu bergerak menghampiri Tengku Arlauddin.

Meriah dapur ini dengan tawa semua orang.

"Adell?"

Semua tawa tadi terhenti. Pantas Adell menoleh, memandang wajah yang agak dia rindui itu.

"Wow, tak sangka jumpa dekat sini." Agak sinis, namun riak wajah Riana kelihatan biasa saja.
Adell cuma diam. Tidak tahu mahu membalas apa kepada 'musuh'nya itu.

"Well, can I said.. I kinda miss you?" Soalan Riana membuatkan Adell senyum.

Tanpa menunggu lebih lama, Adell mendakap erat tubuh Riana dan Riana juga membalas laju.

Tersenyum Tengku Haziemah dan Tengku Arlauddin melihatnya. Betapa syukurnya mereka.
Sangkaannya , Riana akan membenci Adell.. namun sama sekali sangkaannya meleset!

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now