Bab 73

25.5K 695 16
                                        

ADELL kembali fokus semula pada kerjanya. Harris baru saja balik dari menghantarnya ke butik.
Tadi sempat mereka meluangkan masa bersama. Aaaa, bahagianya rasaa,

Tok! Tok! Tok!

Adell panggung kepala. Siapa lagi yang datang? Takkan Harris kut. Ada apa-apa tertinggal ke?

"Masuk."

Dewi muncul bersama sengihan diwajah.

"Cik, ada orang nak jumpa Cik Adell."

Adell kerut kening. "Siapa? Lelaki ke perempuan?"

"Ermm, perempuan. Dewi rasa macam pernah nampak dia. Rasanya dia pernah datang sini,"
Usai saja berkata begitu, terus Adell bangun. Rasa tertanya-tanya tak dapat ditahan lagi.

Menuju ke pintu diikuti dengan Dewi.

Keluar saja dari bilik, matanya sedikit terbeliak melihat wanita yang setia menunggu di sofa kecil miliknya.

Julia..,

———

"Kenapa datang jumpa saya?" Soal Adell apabila wanita didepannya hanya merenung kosong meja didepannya.
Langsung tiada tanda-tanda ingin memulakan perbualan.

Sudahlah dia banyak lagi kerja di butik, tiba-tiba pula Julia ajak dia minum bersama. Mulanya dia agak tidak sedap hati. Buatnya Julia sudah merangka rancangan untuk menculiknya ke apa ke?
Tak ke naya?
Jadi, dia sudah mempersiapkan dirinya terlebih dahulu.

Tak sedap hati, tak sedap hati juga.. tapi dia tak adalah nak bagitahu Harris tentang perjumpaannya dengan scandal suaminya ini walaupun Harris berhak untuk tahu.

Dia tidak mahu Harris terbeban lagi dengan semua masalah ini.

Julia menarik nafas panjang sebelum kepala diangkat, memandang Adell yang setia merenung Julia. Lama sebelum memulakan bicaranya.

"I nak minta maaf."

Adell membatu. Agak terkejut dengan kenyataan yang dibuat Julia.

"I minta maaf sebab ada niat nak robohkan rumahtangga you..." Sambung Julia lagi.

Namun Adell masih membatu.
Kemudian Julia tergelak perlahan. Tersenyum tawar sambil menunduk. Membuatkan Adell tertanya-tanya.

"I bodoh sebab suka dekat suami orang..., I bodoh sebab tunggu Harris bertahun lamanya walaupun I tahu perasaan dia tetap tak akan berubah.."

Adell tergamam apabila Julia menyeka air mata yang tumpah di pipinya.
Automatik rasa sebak mula bertandang.

Dia perempuan. Wanita.

Jadi dia faham perasaan Julia macam mana. Tapi dia juga tak adalah bodoh untuk biarkan Julia berkongsi kasih dengannya.
Sekadar memberi nasihat sebagai kawan mampulah dia..

Julia menelan air liur kasar. Wajah polos Adell dipandang.

"I janji, lepas ni I akan pergi jauh dari hidup Harris. I akan putuskan apa-apa hubungan yang mampu menghubungkan I dengan dia.."

Julia berjeda seketika. Menyeka lagi air matanya.

"...I promise,..."

Adell ketap bibir. Sayu dia memandang Julia yang makin menunduk. Jelas Julia cuba mengawal tangisannya dari menjadi lebih teruk di tempat awam begini.

Ingin dia berikan kata-kata semangat pada Julia, tapi entah kenapa suaranya bagai tersekat di kerongkong. Tak mampu nak keluar. Sudahnya dia hanya memandang sayu Julia.

Lelaki itu suamikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang