Bab 66

27.3K 786 32
                                    

ADELL senyum saat Riana menerpa ke arah Harraz. Jelas kelihatan wajah Riana rindukan Harraz. Sudah agak lama sejak kali terakhir mereka berjumpa.
Adell meletakkan makanan yang dibawanya dari rumah. Kek coklat dan kek batik. Kedua-duanya buatannya sendiri.

"Harraz!! Eii rindunyaa kita dengan dia!!" Wajah Harraz dicium bertalu-talu.

"Harraz pun rindu.." petah Harraz berkata-kata menimbulkan gelak Riana.

"Dah sampai menantu mummy.." muncul pula mummy dan daddy membawa bekas kaca berisi makanan. Seperti puding. Mungkin ingin dibawa ke depan. Tetamu pun belum ada yang sampai lagi.
Adell senyum membalas sapaan mummy dan daddy sebelum pipi Tengku Haziemah dicium perlahan.

Mata dijengah keluar sekejap. Belum ada tetamu yang sudah sampai, jadi lebih baik dia solat maghrib dulu sebelum memulakan kerja-kerja menolong keluarganya.

"Mummy, Adell nak solat maghrib kejap." Adell meminta izin. Bukan sekadar meminta izin, tapi lebih kepada 'memberitahu' supaya dia ingin solat di tempat lain, kerana dia pasti tak lain tak bukan pasti mummy menyuruh dia solat di bilik dia dan Harris.
Bercakap tentang Harris, batang hidung lelaki itu pun dia tak nampak.

Rasa gementar mula menyelubungi hatinya saat Tengku Haziemah menyuruhnya naik saja ke tingkat atas. Ingin dia bersuara, tapi tatkala melihat kesibukan mummy dan daddy sibuk menyiapkan apa yang patut, terbantut terus niatnya yang satu itu.

Pantas, mata dia hala ke Riana yang sibuk bermain dengan Harraz.

"Riana, Adell nak solat." Ujar Adell perlahan mengundang pertanyaan pada Riana. Tubuh Harraz diangkat sambil kening diangkat.

"So? Solat jelah. Bilik abang still ada telekung dengan sejadah kau." Sejurus selepas itu, Riana sambung bermain dengan Harraz membuatkan Adell berdecit geram.

Tak boleh harap langsung. Kang dia melebih-lebih, kecoh pula dekat sini. Riana bukannya boleh percaya sangat.

Hish!

"Kai? Dah solat belum?"

Adell berpaling. Dia menggeleng perlahan.

"Err.., nak naiklah ni." Kemunculan mak dan bapanya membuat Adell cepat-cepat naik ke tingkat atas. Takut. Mak bapanya kalau bab solat memang pantang kalau dilambat-lambatkan.

Sesampai saja Adell di tingkat atas, mata Adell menangkap kelibat Hani yang baru saja keluar dari biliknya.
Hani kelihatan sopan dengan jubah hitam dan tudung putih menutupi dada.
Tanpa berlengah, cepat-cepat dia menerjah Hani membuatkan Hani tersentak.

"Eh, kak? Bila sampai?" Soal Hani pelik melihat wajah cemberut kakak iparnya.

"Hani, akak nak tumpang solat bilik Hani boleh?" Mata dikerdip berkali-kali meminta pengertian Hani. Saat ini, hanya Hani saja yang boleh dia harapkan.

Dia betul-betul terdesak. Tak ingin dia jumpa suaminya lagi disaat pertemuan terakhir mereka hanya diakhiri dengan pelarian.

Dia tidak sedia ingin berjumpa Harris!

"Erk, kenapa tak solat dekat bilik abang Harris? Kan ada telekung akak dekat sana?" Hani menyoal hati-hati. Bukan tak nak bagi, tapi dia ingin melihat kakak iparnya dan abangnya bercakap. Tak naklah bergaduh saja.

Adell mengeluh. "Tahu.., tapi bagilah akak tumpang solat bilik Hani kejap. Kejappp je! Please?" Adell merayu lagi. Siap digenggam erat lagi tangan Hani.

Hani hanya tersengih sebelum matanya melekat ke arah seseorang. Sengihannya mati.

"Hani? Please? Akak nak solat je, bukannya buat apa pun..," Adell mencebik. Genggaman di tangan Hani dilepaskan.

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now