Hembusan nafas hangat di pipi menbuatkan lenanya terganggu. Bebola mata yang tertutup rapat bergerak-gerak. Tidak ingin rasa hangat tadi melekat di pipi, Adell pantas menampar pipi kirinya. Aduhh!! Apa bendalah ni.. sejak bilalah pulak hotel ni ada heater? Dah tu heater ni pulak asyik difokuskan pada dia aje! Sunggu menganggu tidurnya betullah! Sudahlah hangat semacam!
Pantas, badannya yang sedang berbaring tegak, mengiring ke sebelah kiri. Lagi sekali, rasa hangat menerpa di seluruh mukanya. Ya Allah apa benda ni!!
Mata terus dicelik. Ingin melihat benda alah apa yang dari tadi menganggu tidurnya. Hilang terus kantuknya. Mata yang tadinya kuyu juga sudah terbuka luas. Tangan yang memegang selimut pantas menekup mulutnya. Tidak ingin mengeluarkan sebarang suara yang boleh membuatkan makhluk Allah disebelahnya ini terbangun.
Hampir saja tadi dia ingin menjerit, tapi nasib baik jugalah tangannya menekup mulut sendiri. Bagus, kerjasama yang baik! Namun, bila teringatkan kejadian semalam, barulah perasaan yang menggila tadi turun mendadak tenang. Harris suaminya, sudah tentulah Harris tidur disebelahnya. Tapi.. dia akwardlahh. Macam mana Harris boleh selamab badak macam tu je? Menyampah betul.
Bibir mula mengukir senyum apabila terdengar dengkuran halus dari bibir suaminya. Wajah tenang dan lena Harris dipandang penuh minat. Sangat tenang!
Tanpa sedar, tangannya mula bergerak perlahan.. ingin menyentuh segenap wajah Harris.Bibir semakin melebar apabila tanganya selamat mendarat di pipi Harris. Nasiblah Harris tidak sedar.
Kemudian, dari cuma sentuhan.. bertukar menjadi belaian. Belaian kasih darinya yang telus ikhlas dari hati. Berharap, dengan belaian itu, dia mampu menyalurkan rasa cinta dan sayang kepada suaminya. Dia ingin Harris turut sama merasai kasih sayangnya. Walaubagaimanapun, dia yakin.. pasti ada rasa sedikit cinta Harris padanya. Mengingatkan kejadian di pantai tenpoh hari, dimana Harris telah menyelimuti dirinya dari terkena hujan dan sewaktu mereka berlari dalam hujan seakan-akan cerita hindustan itu. Lagi satu ketika Harris memanggilnya sunshine.Tidak cukupkah bukti itu untuk menunjukkan bahwa Harris juga punya perasaan yang sama dengannya? Dari cara pandangan Harris padanya... selalu membuatkan dia rasa berdebar-debar. Adakah pandangan Harris yang semacam atau dia saja yang lebih-lebih berdebar tak tentu hala padahal Harris kalau pandang orang memang macam tu? Ei serabut betul!
Anganya tiba-tiba melayan saat dia terasa pergelangan tangannya dipegang kejap. Terus mata membulat memandang Harris yang masih terpejam matanya, tapi pegang tangannya? Eii apa ni? Mengigau ke apa?
Terus tangan digoyang-goyangkan, ingin meleraikan pegangan itu.
"Kejap." Suara serak-serak basah Harris menerombos masuk ke dalam telinganya. Terus terhenti perbuatannya. Awww.. suara Harris....., begitu menggoda pada pendengarannya!
Adell tersenyum malu sambil memandang Harris. Nasib baiklah Harris masih memejam mata, kalau tak jangan haraplah dia nak tersenyum kambing macam ni. Kenalah cover macho sikit!
Lama mereka berkeadaan begitu dan kesempatan itu diambil Adell untuk meneroka wajah Harris lagi. Biarlah, Harris bukan nampak pun, cuma tangan Harris saja masih kejap memegang tangannya yang berada di pipi Harris.
Tiba-tiba Harris membuka mata perlahan. Terkaku Adell menerima pandangan redup dari Harris. Mati terus senyumannya diganti dengan perasaan kekok. Kemudian, laju matanya memandang ruang bilik sekeliling. Tidak sanggup melawan panahan mata Harris. Bibir diketap sebelum tangan kembali digoyang-goyangkan.
Namun masih, Harris tidak mahu melepaskan dia. Aduh, mungkin inilah balasan menyentuh muka orang tanpa izin!

ANDA SEDANG MEMBACA
Lelaki itu suamiku
RomanceAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...